• Maklumat Terkini Covid-19

    Klik untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan Covid-19 seperti jumlah kes baharu, kes sembuh baharu dan kematian baharu.

  • Facebook Fanpage

    Klik untuk mendapatkan perkongsian terus melalui fanpage. Terdapat sesetengah perkongsian yang hanya dibuat melalui fanpage sahaja.

  • Ciapan Twitter

    Klik untuk mengikuti kemaskini secara terus melalui twitter.

  • Youtube Channel

    Klik untuk menonton video tutorial beserta dengan penerangan terperinci di channel youtube.

  • Kisah 25 Rasul

    Bermula 4 May 2020, satu kisah nabi dari 25 Rasul akan dikongsi setiap hari dan dijangka akan tamat selepas Hari Raya Aidilfitri. Semoga kita semua mendapat manfaat.

Memaparkan catatan dengan label pkp. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pkp. Papar semua catatan

1 Apr 2020

Cara tebus 1GB internet percuma sepanjang PKP

Mungkin ada lagi yang masih tertanya-tanya cara untuk menebus 1GB internet percuma. Saya pengguna Hotlink Postpaid dan baru ja menebus 1GB untuk hari ini. Saja nak mencuba..

Saya telah melanggan unifi internet unlimited, jadi mobile data hanya diguna semasa di luar rumah sahaja. Namun saya akui, pemberian 1GB ni kepada pengguna prepaid dan postpaid sangat-sangat bagus kerana mengikut keadaan sekarang, semua maklumat boleh didapati secara terus melalui telefon. Jadi agak membebankan sekiranya perlu tambahan duit untuk topup dan sebagainya.

Internet percuma 1GB ni hanya boleh digunapakai bermula jam 8 pagi sehingga 6 petang bermula hari ni sehingga tamat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Caranya adalah seperti berikut;

Celcom
- automatik terus masuk ke telefon

DIGI
- tebus melalui aplikasi MyDigi

Maxis
- tebus melalui aplikasi MyMaxis, MyMaxis Biz, Hotlink Flex, Hotlink RED atau UMB dan pilih 1GB daily pass

UMOBILE
- Prepaid  : dail *118*6# kemudian pilih special offer
- Postpaid : dail *118*7# kemudian pilih special offer

TUNETALK
- sms STAYHOME ke 2222

ONEXOX
- tebus melalui aplikasi ONEXOX Black atau dail USSD*150#


Perkongsian oleh kenalan di laman facebook.


30 Mac 2020

Kempen haiwan angkat dan penajaan Zoo Negara

Terdahulu saya pernah menyiarkan masalah dana yang dihadapi Zoo Negara ekoran penyusutan jumlah pengunjung dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Covid-19.
Pautan : https://www.simiey.info/2020/03/zoo-negara-perlukan-dana-ketiadaan.html

Beberapa inisiatif telah diambil oleh pihak Zoo Negara untuk menjana pendapatan antaranya dengan memperkenalkan kempen haiwan angkat dan penajaan semua haiwan di sana.

 Menurut Astro Awaini, "menerusi kempen ini, orang ramai boleh memilih sama ada mahu memberi sumbangan secara one off atau secara bulanan, mengikut pakej yang tersedia. Mereka yang memberi sumbangan akan dihadiahkan e-sijil yang akan turut dicatitkan dengan nama haiwan yang dipilih, malah nama mereka juga akan dipamerkan di laman web Zoo Negara."
Kempen haiwan angkat bantu dana berterusan Zoo Negara
Pautan : http://www.astroawani.com/berita-malaysia/kempen-haiwan-angkat-bantu-dana-berterusan-zoo-negara-235836


Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan melawat laman facebook Zoo Negara Malaysia.
Pautan : https://www.facebook.com/znegaramalaysia/

Lapisan ozon kembali menebal kesan positif Covid-19

Beberapa hari lepas harga petrol dan diesel menjadi tajuk utama perbualan di antara saya dan isteri. Secara keseluruhannya kami bersetuju penurunan harga setiap minggu disebabkan oleh permintaan minyak yang menurun, supply vs. demand.

Saya turut berseloroh kalau harga petrol cecah RM1.00 pun kita boleh buat apa kalau masih dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Kualiti udara sememangnya akan menjadi semakin baik sekiranya jumlah asap dilepaskan kenderaan berkurang secara drastik.

Saya beranggapan antara kesan baik lain kepada bumi ialah kemungkinan besar akan berlaku proses pemulihan pada lapisan ozon disebabkan pemberhentian operasi kilang berskala besar ekoran keputusan kawalan pergerakan dan "lockdown" yang telah diambil oleh beberapa negara di dunia semenjak beberapa minggu kebelakang.


TunCarlos.com telah berkongsi entri Lapisan ozon semakin pulih kesan dari Covid-19.
Pautan : https://www.tuncarlos.com/2020/03/lapisan-ozon-semakin-pulih-kesan-dari.html

"Imej satelit dari China, Russia dan NASA menunjukkan penurunan ketara pencemaran nitrogen dioksida selepas Wuhan dan keseluruhan negeri di China menjalankan perintah "lockdown".


Di New York, saintis dari Columbia Universiti melaporkan pelepasan karbon dioksida (CO2) telah jatuh 5 hingga 10% dalam minggu ini sahaja."



Entri di Indozone berkaitan pemulihan lapisan ozon bertajuk Lubang Mulai Tertutup, Lapisan Ozon di Bumi Mulai PulihNamun begitu menurut Indozone, pemulihan lapisan ozon sedang berlaku sejak 1987 lagi.
Pautan : https://www.indozone.id/tech/DNskM4/kabar-baik-lapisan-ozon-di-bumi-mulai-pulih


"Penipisan di lapisan ozon di atas Antartika menunjukkan pemulihan dan perubahan sirkulasi atmosfer. Hal itu bisa berdampak pada peningkatan kualitas oksigen dan udara di permukaan bumi. 

Berdasarkan data dari pengamatan satelit dan simulasi iklim di University of Colorado menunjukkan ada perubahan pola angin terkait dengan pemulihan lapisan ozon yang selama ini sudah berlubang. 

Diketahui, pemulihan tersebut sebagian besar berkat Protokol Montreal yang disepakai secara globat pada 1987 untuk melarang produksi zat perusak ozon. "


Kepada yang nak tahu status terbaru lapisan ozon boleh layari laman web NASA Ozone Watch: Latest status of ozone.
Pautan : https://ozonewatch.gsfc.nasa.gov/

29 Mac 2020

Sahut cabaran tayang gambar keluarga di facebook undang penyakit 'ain

Sehari dua ni saya perhatikan wujud satu trend challenge seperti "bergambar dengan Pasangan", "bergambar dengan anak sulung" dan sebagainya. Saya hanya mampu mengeleng kepala dan berharap tiada perkara buruk yang berlaku.


Maaf sekiranya anda merasakan saya seorang yang kolot, namun apa yang saya risaukan ialah Penyakit 'Ain. Ditambah dengan keadaan kita sekarang yang dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) disebabkan Covid-19. Anda mungkin tidak mahu menambah masalah dengan satu lagi penyakit. Kepada yang telah sahut cabaran tu, anda disarankan agar memadam dengan segera dan kepada yang masih berkira-kira untuk turut menyahut cabaran..fikir-fikirkan lah sekiranya berbaloi dan semunya terpulang kepada anda untuk menentukan.


Tak pernah dengar Penyakit 'Ain?

Berikut adalah penerangan terperinci berkaitan penyakit ini dan boleh dibaca secara terus di laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan bertajuk AL-AFKAR #43: PENYAKIT ‘AIN DAN RAWATANNYA.
Pautan : https://muftiwp.gov.my/artikel/al-afkar/3072-al-afkar-43-penyakit-ain-dan-rawatannya

Penyakit ‘ain adalah thabit di dalam nas-nas syara’. Allah SWT berfirman:
وَإِن يَكَادُ الَّذِينَ كَفَرُوا لَيُزْلِقُونَكَ بِأَبْصَارِهِمْ
MaksudnyaDan sesungguhnya orang-orang yang kafir itu, hampir-hampir menggelincir dan menjatuhkanmu dengan pandangan mereka (yang penuh dengan permusuhan dan kebencian),
Surah al-Qalam (51)
Ibn Abbas, Mujahid dan lain-lain berkata: (لَيُزْلِقُونَكَ) bermaksud mereka hendak menggelincirkan. (بِأَبْصَارِهِمْ) "Dengan mata mereka, maksudnya mereka dengki kepadamu kerana kebencian mereka terhadapmu. Seandainya bukan kerana perlindungan dan pemeliharaan Allah pada dirimu dari mereka (nescaya engkau tidak selamat)
Di dalam ayat ini terdapat dalil yang menunjukkan bahawa sasaran dan pengaruh "mata" benar-benar nyata adanya atas perintah Allah SWT. Sebagaimana disebutkan dalam beberapa hadis yang diriwayatkan dari pelbagai jalan yang banyak. (Lihat Tafsir al-Qur’an al-‘Azim, 8/260)

28 Mac 2020

Sijil kompetensi AGTES dilanjutkan 90 hari lepas Perintah Kawalan Pergerakan

Terbaru Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) telah mengeluarkan notis awam dan ditujukan khas kepada orang yang kompeten (Penguji Gas Bertauliah dan Penyelia Kemasukan - AGTES sahaja) yang berdaftar dengan JKKP.

Mana-mana AGTES yang tarikh sah laku sijil kompetensinya tamat semasa PKP dianggap dilanjutkan secara automatik sehingga 90 hari daripada tarikh akhir PKP.

Kementerian Pendidikan buat penjadualan semula peperiksaan bawah kendaliannya

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengeluarkan tarikh pindaan bagi beberapa peperiksaan di bawah kendaliannya ekoran perintah kawalan pergerakan yang masih berlangsung sehingga 14 April 2020.

Diantara peperiksaan yang terlibat adalah PT3, SPM, SPMU, SVM, STAM, STPM, MUET, PPISMP, PDPM, PISMP, PDPP dan UPBA. Manakala tarikh peperiksaan UPSR kekal.

Keputusan ini dibuat ekoran gangguan pada sesi pembelajaran.