• Maklumat Terkini Covid-19

    Klik untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan Covid-19 seperti jumlah kes baharu, kes sembuh baharu dan kematian baharu.

  • Facebook Fanpage

    Klik untuk mendapatkan perkongsian terus melalui fanpage. Terdapat sesetengah perkongsian yang hanya dibuat melalui fanpage sahaja.

  • Ciapan Twitter

    Klik untuk mengikuti kemaskini secara terus melalui twitter.

  • Youtube Channel

    Klik untuk menonton video tutorial beserta dengan penerangan terperinci di channel youtube.

  • Kisah 25 Rasul

    Bermula 4 May 2020, satu kisah nabi dari 25 Rasul akan dikongsi setiap hari dan dijangka akan tamat selepas Hari Raya Aidilfitri. Semoga kita semua mendapat manfaat.

Memaparkan catatan dengan label plastik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label plastik. Papar semua catatan

10 Mei 2021

Polis buru pelaku vandalisme terhadap penghadang plastik dan kawat duri di sempadan Terengganu-Kelantan

 

Segelintir individu tidak bertanggungjawab dipercayai membakar penghadang plastik dan kawat duri di Kampung Gong Lapang, di sini, semalam sebagai protes terhadap penutupan laluan tikus di sempadan Terengganu-Kelantan.


Ketua Polis Daerah Besut Superintendan Abdul Rozak Muhammad berkata, perbuatan vandalisme itu disedari anggota polis yang membuat rondaan di kawasan laluan tikus itu malam semalam.



Katanya, ia bukan kejadian vandalisme pertama sebaliknya sudah beberapa kali apabila penghadang jalan plastik ditebuk dan dibuang air serta dialihkan di beberapa laluan tikus sepanjang sempadan negeri ini.


"Sebelum ini, hanya 15 lorong tikus sahaja yang ada bagi menghubungkan penduduk di dua negeri ini tetapi bertambah kepada 26 lorong tikus baharu sebaik sahaja tindakan menutup lorong tikus dilaksanakan.


"Perbuatan membakar penghadang jalan itu menunjukkan ada pihak tidak puas hati dengan tindakan tutup laluan untuk menghalang pergerakan rentas sempadan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan menjelang Aidilfitri, Khamis ini," katanya ketika dihubungi, hari ini.


Rozak berkata, pihaknya kesal dengan sikap segelintir masyarakat yang masih berdegil, keras kepala, tidak ambil kisah dan ambil tahu mengenai arahan PKP yang dikuatkuasakan kerajaan.


"Mereka seolah-olah memberontak kerana laluan tikus yang biasa dilalui ditutup sepenuhnya di sempadan Besut, Terengganu dan Pasir Putih, Kelantan," katanya.


Katanya, tindakan pantas memasang penghadang jalan konkrit di laluan tikus berkenaan diambil dengan kerjasama Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi mengelakkan kembali dirosakkan.


"Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung perbuatan vandalisme diminta tampil menyalurkan maklumat dengan menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Daerah Besut di talian 09-6959999," katanya.


Kenapa keras kepala bakar 'halangan' di laluan tikus?

Pautan : https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/05/704288/kenapa-keras-kepala-bakar-halangan-di-laluan-tikus

12 Apr 2021

Lelaki cemas kemaluan tersekat pada muncung botol plastik membengkak

 

Seorang lelaki berusia 47 tahun berdepan detik mencemaskan apabila kemaluannya tersekat pada muncung sebuah botol plastik, semalam.


Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pontian, Julia Sani berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 7.18 malam.


Katanya, sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) bersama enam anggota dihantar ke Hospital Pontian, di sini, bagi membantu menyelamatkan mangsa.



"Setibanya di Hospital Pontian, didapati seorang lelaki dewasa berusia 47 tahun dengan kemaluannya tersekat pada muncung sebuah botol plastik.


"Alat sulit lelaki berkenaan membengkak menyebabkan ia sukar dikeluarkan dari muncung botol plastik itu menyebabkan dia ke Hospital Pontian bagi mendapatkan bantuan.


"Anggota bomba bertindak memotong botol berkenaan menggunakan satu unit alat peralatan khas pemotong sebelum berjaya mengeluarkan kemaluan lelaki itu dari muncung botol plastik berkenaan," katanya dalam kenyataan, di sini.


Julia berkata, operasi berjalan kira-kira 20 minit.


'Anu' tersekat pada muncung botol plastik

Pautan : https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/04/693907/anu-tersekat-pada-muncung-botol-plastik

11 Feb 2012

plastik mapan (Bio-Degredable) ganti plastik konvesional

Semua pihak diminta menggunakan plastik Bio-Degredable atau dikenali sebagai plastik mampan untuk mengurangkan penggunaan plastik konvensional bagi membantu memulihara alam sekitar di Subang Jaya sejajar dengan Kempen Penggunaan Plastik Mampan dilancarkan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), semalam.

Yang Dipertuanya, Datuk Asmawi Kasbi, berkata pasar raya besar, peniaga, rumah kediaman dan pengguna di sekitar kawasan itu digalak untuk menggunakan plastik berkenaan.

“Ia inisiatif untuk mengurangkan pembuangan plastik yang boleh mencemarkan alam sekitar di sini, termasuk keadaan tanah.

20 Nov 2010

pembedahan plastik hadiah lulus peperiksaan kelayakan memasuki universiti

SEOUL: Selepas bersusah payah mengharungi peperiksaan kelayakan memasuki universiti, kebanyakan pelajar Korea Selatan kini memilih ganjaran bagi membayar penat lelah mereka itu dengan menjalani pembedahan plastik.

Sebilangan hospital bedah plastik mengambil peluang aliran semasa ini di mana kebanyakan ibu bapa memberi ganjaran kepada anak mereka yang gigih belajar selama beberapa tahun dengan menjalani pembedahan plastik, menawarkan potongan bagi operasi hidung dan mata.
Bentuk pembedahan popular termasuk menjadikan hidung lebih tinggi dan membedah mata supaya ia kelihatan lebih besar, terutama sekali popular di kalangan wanita muda.

“Kami sudah mempunyai satu senarai yang panjang dengan nama pelajar malah sebelum mereka menjalani peperiksaan lagi,” kata pengurus sebuah hospital kepada JoongAng Daily.

7 Jul 2010

suntik minyak masak kerana ketagih silikon

Gila tak gilanya perempuan zaman sekarang. Sampai minyak masak yang patut buat goreng ayam dengan tempe pun dia hentam suntik dekat muka.
Akibatnya, kau orang tengoklah sendiri. Dah macam ayam goreng yang baru masak separuh jalan, tiba-tiba gas habis.

Perkara ni dilakukan oleh seorang wanita korea yang berusia 48 tahun, Hang Mioku. Mioku mengaku telah mula menjalani pembedahan plastik semasa berusia 28 tahun. Sejak itu, Mioku mula ketagih untuk melakukan pembedahan plastik pada wajahnya. Mioku memilih untuk mendapatkan khidmat pembedahan plastik yang murah dan tidak selamat untuk memenuhi keinginannya.

wajah Mioku sebelum dibedahplastikkan