• Maklumat Terkini Covid-19

    Klik untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan Covid-19 seperti jumlah kes baharu, kes sembuh baharu dan kematian baharu.

  • Facebook Fanpage

    Klik untuk mendapatkan perkongsian terus melalui fanpage. Terdapat sesetengah perkongsian yang hanya dibuat melalui fanpage sahaja.

  • Ciapan Twitter

    Klik untuk mengikuti kemaskini secara terus melalui twitter.

  • Youtube Channel

    Klik untuk menonton video tutorial beserta dengan penerangan terperinci di channel youtube.

  • Kisah 25 Rasul

    Bermula 4 May 2020, satu kisah nabi dari 25 Rasul akan dikongsi setiap hari dan dijangka akan tamat selepas Hari Raya Aidilfitri. Semoga kita semua mendapat manfaat.

Memaparkan catatan dengan label plus. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label plus. Papar semua catatan

8 Jun 2020

Aliran trafik PLUS lebih 1 juta bermula 10 Jun 2020


Semalam Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bermula 10 Jun hingga 31 Ogos ini, menggantikan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Di antara kelonggaran yang telah diberi adalah seperti berikut;
1- Perjalanan rentas negeri akan dibenarkan kecuali di kawasan yang diisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan atau PKPD.

2- Perkhidmatan gunting rambut, salun, pasar terbuka, pasar pagi, pasar malam, pasar tamu,bazaria, medan selera, pusat penjaja, food truck dan gerai makan juga akan
dibenarkan.

3- Aktiviti komersial yang melibatkan urus niaga jualan dan pemasaran bukan dalam premis perniagaan juga dibenarkan. Termasuk dalam senarai yang dibenarkan juga ialah lawatan ke muzium, indoor busking, dobi layan diri, aktiviti perikanan rekreasi termasuk kolam pancing komersial dan penggambaran filem. Mesyuarat dan bengkel juga dibenarkan dengan syarat mematuhi sepenuhnya protokol kesihatan dan mengoptimumkan ruang.

4- Dalam kategori sukan, beberapa jenis sukan dan rekreasi akan dibuka semula dengan pematuhan kepada SOP. Ini termasuk latihan persediaan pasukan permainan sukan, aktiviti sukan yang tidak melibatkan sentuhan badan seperti bowling, badminton, memanah, menembak dan lain-lain. Aktiviti berkumpulan di luar seperti kayuhan basikal dan konvoi motosikal juga dibenarkan.

5- Selaras dengan fasa penjanaan semula ekonomi negara dan tiada lagi sekatan rentas negeri, aktiviti pelancongan domestik akan dibenarkan.

6- Sambutan Hari Raya Aidiladha dan ibadah korban akan dibenarkan tertakluk kepada SOP pihak berkuasa agama Islam. Untuk solat berjemaah dan aktiviti keagamaan di masjid dan rumah-rumah ibadat pula, kelonggaran untuk membenarkan lebih ramai jemaah hadir mengikut ruang keluasan masjid atau rumah ibadat sedang diperhalusi oleh kerajaan dan akan diumumkan sedikit masa lagi.

7- Sekolah akan dibuka secara berperingkat dalam tempoh PKPP ini setelah mendapat nasihat daripada Kementerian Kesihatan. Kementerian Pendidikan akan membuat pengumuman terperinci mengenainya sedikit masa lagi.

8- Beberapa aktiviti dan sektor di dalam senarai negatif semasa PKPB akan dilonggarkan atau dibuka berdasarkan SOP yang ditetapkan. Umpamanya, waktu operasi perniagaan akan kembali seperti biasa dengan pelaksanaan kebiasaan baharu yang melibatkan pemilik premis dan pelanggan.

Teks Perutusan YAB PM-PKPP-07062020
Pautan : https://www.pmo.gov.my/PerutusanKhas070620.php



Sejujurnya perkara yang paling menarik tentang pengumuman ini adalah kebenaran rentas negeri. Sementelahan kita masih lagi dipertengahan Syawal, pasti ramai yang akan mengambil peluang ini untuk pulang menziarahi ibu bapa di kampung dan meraikan hari raya Aidilfitri.

Perkara ini turut menarik perhatian pihak PLUS dan mereka menjangkakan sehingga 15 peratus tambahan aliran trafik bermula 10 Jun sehingga 14 Jun. Jumlah kenderaan pada hari biasa menggunakan rangkaian lebuh raya PLUS pada hari biasa dicatat sebanyak 1 juta.

Untuk makluman umum, semua gerai R&R termasuk tempat makan dibuka mulai 15 Jun ini, selain PLUS akan menjalankan kerja pembersihan menyeluruh di semua R&R sebagai langkah tambahan bagi kerja pembersihan berjadual. Transaksi langsung bagi urusan tambah nilai di lorong perkhidmatan tambah nilai kad Touch 'n Go tidak disediakan bagi membendung penularan COVID-19.

PKPP: PLUS jangka aliran trafik lonjak hingga 15 peratus
Pautan : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/06/697761/pkpp-plus-jangka-aliran-trafik-lonjak-hingga-15-peratus

19 Okt 2010

Pengambilalihan PLUS Expressways Bhd (PLUS) oleh UEM Group dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) membabitkan kos RM23 bilion

PENGAMBILALIHAN PLUS Expressways Bhd (PLUS) oleh UEM Group dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) membabitkan kos RM23 bilion dijangka dapat di selesaikan selewat-lewatnya Oktober tahun depan.

SHAHRIL RIDZA (kanan) dan Izzaddin pada sidang media mengenai pengambilalihan PLUS, di Kuala Lumpur, semalam.

KWSP dan UEM Group pada sidang media bersama semalam turut memberi jaminan, kadar tol di empat lebuh raya milik PLUS tidak akan dinaikkan bagi tempoh lima tahun akan datang, sejajar langkah kerajaan meringankan beban pengguna lebuh raya di negara ini.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Eksekutif UEM, Datuk Izzadin Idris, berkata bagi memastikan tiada pihak menerima kesan negatif daripada langkah pembekuan kenaikan kadar tol itu, UEM dan KWSP akan mencadangkan terma baru dalam Perjanjian Konsesi Utama bagi menggantikan Perjanjian Konsesi sedia ada.

“Kami prihatin dengan kerajaan, kerana setiap kali jika tidak berlaku kenaikan tol, mereka terpaksa membayar sejumlah pampasan kepada PLUS.

4 Sep 2010

PLUS tutup lorong tambah nilai Touch 'n Go

LORONG TAMBAH NILAI DITUTUP BAGI LANCARKAN TRAFIK LEBUHRAYA UTARA-SELATAN

KUALA LUMPUR: Lorong tambah nilai Touch 'n Go Lebuhraya Utara-Selatan ditutup mulai Isnin hingga Khamis ini dan dari 16 hingga 19 September bagi memastikan kelancaran trafik sempena cuti umum Aidilfitri dan Hari Malaysia.


Sebagai alternatif, PLUS Expressways Berhad (PLUS) akan membuka kaunter tambah nilai di beberapa kawasan rehat dan rawat sepanjang lebuh raya itu semasa lorong tersebut ditutup.

Bagi tempoh Isnin hingga Khamis, kaunter tambah nilai akan dibuka di kawasan rehat dan rawat Gurun (Arah Utara), Gunung Semanggol (Arah Utara), Tapah (Arah Utara), Restoran Jejantas Sungai Buloh (Arah Utara), Seremban (Arah Selatan), Restoran Jejantas Ayer Keroh (Arah Selatan) dan Pagoh (Arah Utara).