• Maklumat Terkini Covid-19

    Klik untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan Covid-19 seperti jumlah kes baharu, kes sembuh baharu dan kematian baharu.

  • Facebook Fanpage

    Klik untuk mendapatkan perkongsian terus melalui fanpage. Terdapat sesetengah perkongsian yang hanya dibuat melalui fanpage sahaja.

  • Ciapan Twitter

    Klik untuk mengikuti kemaskini secara terus melalui twitter.

  • Youtube Channel

    Klik untuk menonton video tutorial beserta dengan penerangan terperinci di channel youtube.

  • Kisah 25 Rasul

    Bermula 4 May 2020, satu kisah nabi dari 25 Rasul akan dikongsi setiap hari dan dijangka akan tamat selepas Hari Raya Aidilfitri. Semoga kita semua mendapat manfaat.

Memaparkan catatan dengan label potong. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label potong. Papar semua catatan

7 Apr 2021

Potong kemaluan tiada ereksi lepas ketuk ketampi

 

Lelaki berusia 32 tahun yang juga warga Pakistan mengalami detik ngeri dalam hidupnya apabila kemaluannya dipotong sekumpulan lelaki tidak dikenali di Klang, Selangor baru-baru ini.


Malaysiakini melaporkan, rakan mangsa yang juga warganegara Pakistan, Rizwan Ahmad membuat laporan polis kelmarin dan menceritakan bagaimana insiden berkenaan terjadi.



Menurutnya, mangsa pada awalnya duduk bersantai berseorangan berhampiran Masjid Alam Impian pada malam Ahad lalu, sebelum didekati empat lelaki.


Katanya, rakannya itu ditanya beberapa soalan seperti sama ada dia sudah berkahwin, pasangannya dan sama ada mangsa pernah melakukan hubungan seks ketika di Malaysia.


Namun, mangsa menjawab dia sudah berkahwin dengan pasangannya di Pakistan dan tidak melakukan hubungan seks ketika berada di negara ini.


"Lepas tu dia (salah seorang daripada suspek) kata buka baju, seluar. Lepas tu 10 kali naik turun, duduk bawah, naik (ketuk ketampi). Lepas dah 10 kali (ketuk ketampi), dia (kawan saya) naikkan seluar.


"India tu cakap saya tak ada cakap you (kena) naikkan seluar. Kenapa you naikkan seluar?" katanya.


Rizman berkata, suspek kemudian bertanya kepada mangsa mengapa kemaluan mangsa tidak menegang.


Bagaimanapun mangsa menjawab dia tidak boleh berereksi ketika itu.


Suspek berkata, memandangkan kemaluan mangsa tidak boleh menegang, suspek ingin memotong kemaluan mangsa kerana dianggap tidak berguna lagi.


Namun mangsa merayu kepada suspek supaya jangan memotong kemaluannya.


"Dia (mangsa) cakap jangan potong (kemaluan). Kaki saya boleh potong, tangan boleh potong," katanya.


Malangnya, kemaluan mangsa dipotong sebelum ia dicampakkan.


"Dia (suspek) sudah potong habis… lepas tu dia terus lari," katanya.


Apabila ditanya mengapa rakannya tidak melarikan diri ketika kejadian, Rizman berkata, rakannya ditahan oleh suspek dengan lengannya dicengkam kiri dan kanan.


Katanya, rakannya pengsan kerana menahan kesakitan sebelum berjaya menghubungi salah seorang daripada rakan mereka yang lain untuk mendapatkan bantuan.


Katanya, telefon bimbit mangsa dicampak di kawasan berdekatan sebelum kejadian. Namun mangsa berjaya mendapatkannya walaupun terpaksa menanggung kesakitan yang teramat.


Dia juga menghantar lokasi kepada rakannya itu walaupun mengambil masa sekitar setengah jam untuk mencari tempat kejadian.


Apabila ditanya apakah yang terjadi kepada kemaluan yang telah dicampakkan itu, katanya ia masih tidak dijumpai.


"Tak ada jumpa. Kita ramai pergi cari, polis pun ada sampai sana, polis pun ada tolong cari tapi tak dapat lagi," katanya.


Menyifatkan mangsa sebagai seorang yang baik hati, dia turut yakin bahawa mangsa tidak mempunyai sebarang musuh.


Menurut Rizman, mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang dan kemudian dipindahkan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).


Mangsa merupakan pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR).


Keluarganya di Pakistan tidak dikhabarkan mengenai kejadian yang menimpanya.


Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmat ketika dihubungi, mengesahkan laporan itu.


Fadzil berkata, siasatan masih dijalankan untuk mengetahui motif sebenar kejadian.


"Untuk mengesahkan perkara itu berlaku, memang betullah," katanya.


Kemaluan dipotong selepas dipaksa ketuk ketampi

Pautan : https://www.hmetro.com.my/utama/2021/04/692157/kemaluan-dipotong-selepas-dipaksa-ketuk-ketampi

16 Ogo 2020

Keperluan memotong kuku kucing secara berkala dengan cara yang betul

 

Kuku dan rambut / bulu manusia serta haiwan akan bertumbuh dari hari ke hari dan memerlukan sesi perapian seperti menggunting dan memotong untuk memastikan badan dalam keadaan yang kemas dan bersih.

Kepada pemilik haiwan seperti kucing, kuku kaki kucing yang anda bela perlu dipotong untuk mengelakkan kuku memanjang dan melengkung ke dalam sehingga mencucuk tapak kaki kucing.


Anda pasti tidak mahu perkara ni terjadi kepada kucing anda.

[Penting] Jangan potong kuku kucing sebelum anda membaca artikel ini!

Pautan: http://www.catswonderland.my/jangan-potong-kuku-kucing-anda-sebelum-anda-membaca-artikel-ini/


Ini merupakan 5 panduan dalam memotong kuku kucing anda.

1. Terima yang kucing suka mencakar

2. Tahu bila perlunya memotong kuku kucing

3. Dapatkan peralatan untuk memotong kuku kucing

4. Cara memotong kuku kucing

5. Mulakan dengan perlahan-lahan untuk megelakkan kucing anda gelisah


Memotong Kuku Kucing: 5 Perkara Pemilik Kucing Yang Baru Perlu Tahu

Pautan : https://themamamiaow.com/memotong-kuku-kucing-5-perk4ra-pemilik-kucing-yang-baru-perlu-tahu/


Setiap daripada kita perlu perlulah membiasakan diri memotong kuku kucing. Walaupun nampak macam susah tetapi ia senang ja.

Tidak ada jadual paling unggul di dunia dalam bab memotong kuku kucing. Ada yang syorkan dua minggu sekali, ada yang sebulan sekali.


Menjaga Dan Memotong Kuku Kucing

Pautan : http://www.alamkucing.com/2014/12/menjaga-dan-memotong-kuku-kucing.html


Sebelum memotong, pastikan menggunakan penyepit kuku yang dibawah sahaja, jangan guna gunting atau alat yang lain. Gunting boleh dibeli di kedai haiwan dan banyak jenis yang bersesuaian dengan kucing. 

Rujuk gambar di atas dan harap dapat membayangkan keadaan kuku kucing, Jangan terlalu rapat sebabnya terdapat daging bawah kuku yang boleh menyebabkan pendarahan.


Cara potong kuku kucing

Pautan : http://www.nurfuzie.com/2016/05/cara-potong-kuku-kucing.html


Berbalik kepada cerita Si Milo. Dia suka menggunakan tangannya untuk menyentuh Si Harraz. Bila kukunya dah mulai tajam, secara tidak sengaja kukunya yang tajam akan terkeluar dan terkena pada kulit. Jadi secara rutinnya saya akan potong kukunya setiap 2 minggu.

19 Jun 2020

Gaji penjawat awam akan dipotong dan tiada bonus tahun ini


Ini berita yang kurang enak untuk dikongsikan. Ditambah lagi sekarang seluruh dunia sedang bergelut dengan pandemik covid-19. Terkadang keputusan yang tidak popular perlu dilaksanakan oleh pihak kerajaan. Diharap pihak yang terkesan dengan keputusan ini dapat menghadapi ujian ini dengan tabah dan semoga pandemik Covid-19 cepat berlalu.

Berita Harian Singapura melaporkan, dengan keadaan ekonomi muram itu, kerajaan Singapura telah memutuskan bahawa tiada bonus pertengahan tahun akan diberikan kepada penjawat awam tahun ini.

Malah, pegawai awam dalam gred 'superscale' akan dipotong gaji sekali sebanyak 0.5 hingga 1 bulan, dengan mereka yang bergaji lebih tinggi dikenakan potongan gaji lebih besar.


Ini berikutan potongan gaji yang diumumkan sebelum ini membabitkan pegawai kanan perkhidmatan awam dalam kedudukan kepimpinan utama yang dipotong gaji sebanyak 0.5 bulan pada Februari lalu.

Pengumuman itu dibuat Jabatan Perkhidmatan Awam dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Keputusan itu diambil selepas jabatan itu membuat rundingan dengan kesatuan sektor awam.

"Berdasarkan anggaran terkini, Kementerian Perdagangan dan Perusahaan menurunkan ramalan pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) 2020 kepada -7.0 peratus hingga -4.0 peratus daripada ramalan sebelumnya iaitu -4.0 peratus hingga -1.0 peratus," kata kenyataan itu.


Potong gaji penjawat awam, tiada bonus tahun ini
Pautan : https://www.hmetro.com.my/global/2020/06/591181/potong-gaji-penjawat-awam-tiada-bonus-tahun-ini

4 Feb 2016

Hukum potong lidah ganggu gadis

Pelawat yang mengunjungi Jordan perlu lebih berhati-hati apabila melihat gadis cantik.

Ini kerana mereka kemungkinan hilang lidah sekiranya mengganggu gadis biarpun hanya dengan perkataan.

Seorang lelaki tempatan baru-baru ini didapati bersalah oleh panel satu kabilah Badwi kerana mengganggu seorang gadis masyarakat itu di Aqaba, bandar di selatan Jordan.

Panel berkenaan menjatuhkan hukuman potong lidah ke atas lelaki itu.

Hukuman itu hampir dilaksanakan apabila keluarga lelaki itu berjaya mengumpul 40,000 dinar (RM237,000) dan membayarnya kepada mangsa pada saat akhir.