• Maklumat Terkini Covid-19

    Klik untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan Covid-19 seperti jumlah kes baharu, kes sembuh baharu dan kematian baharu.

  • Facebook Fanpage

    Klik untuk mendapatkan perkongsian terus melalui fanpage. Terdapat sesetengah perkongsian yang hanya dibuat melalui fanpage sahaja.

  • Ciapan Twitter

    Klik untuk mengikuti kemaskini secara terus melalui twitter.

  • Youtube Channel

    Klik untuk menonton video tutorial beserta dengan penerangan terperinci di channel youtube.

  • Kisah 25 Rasul

    Bermula 4 May 2020, satu kisah nabi dari 25 Rasul akan dikongsi setiap hari dan dijangka akan tamat selepas Hari Raya Aidilfitri. Semoga kita semua mendapat manfaat.

Memaparkan catatan dengan label pulau. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pulau. Papar semua catatan

3 Apr 2021

Artifak Zaman Kesultanan Melayu Melaka ditemui di Pulau Melaka

 

Sebanyak 30 kepingan kayu dipercayai serpihan rangka atau struktur kapal yang karam pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, ditemui di kawasan tambakan pasir di Pulau Melaka di Bandar Hilir di sini.


Exco Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan Datuk Muhammad Jailani Khamis berkata, serpihan struktur kapal daripada kayu merbau itu, dipercayai milik sebuah kapal perdagangan buatan tempatan yang digunakan untuk aktiviti perdagangan.



Beliau berkata, antara yang turut ditemui di tapak berkenaan ialah ratusan kepingan mata wang dipercayai digunakan pemerintahan Sultan Mahmud antara tahun 1488 hingga 1511, di samping pecahan atau taburan seramik seperti tembikar dan porselin dari Dinasti Ming dan Qing, mata wang Belanda jenis VOC dan mata wang Portugis.


"Kesemua penemuan itu ditemui menerusi kerja-kerja ekskavasi penyelamatan artifak, yang dilaksanakan Bahagian Arkeologi Jabatan Warisan Negara (JWN) dan Perbadanan Muzium Melaka (Perzim), di Pulau Melaka bermula 25 Mac lalu.


"Justeru, kerajaan negeri menerusi Perzim akan mengambil langkah segera, bagi memastikan kerja-kerja ekskavasi kepada pencarian artifak atau khazanah negara dan negeri di Pulau Melaka dijalankan, agar harta itu dapat dilindungi," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di Pulau Melaka di sini, hari ini.


Hadir sama, Timbalan Pengerusi Perzim Datuk Akramuddin Abdul Aziz, Timbalan Pesuruhjaya Warisan JWN Mohamad Muda Bahadin, Pengurus Besar Perzim Drs Mohd Nasruddin Rahman, Ketua Penyelidik Datuk Dr Dionysius S K Sharma dan Pengarah Bahagian Arkeologi JWN Rozairy Arbi.


Mengulas lanjut, beliau berkata, kerajaan negeri bercadang memberikan peruntukan kecemasan, bagi memastikan kerja-kerja ekskavasi di tapak berkenaan dapat diteruskan dengan lebih lancar, kerana dipercayai lebih banyak artifak atau penemuan bakal ditemui.


Katanya, peralatan khas seperti 'ground-penetrating radar' (GPR) digunakan bagi mengesan rangka atau serpihan lain artifak dan rangka kapal, yang mungkin masih berada di bawah tambakan pasir di kawasan itu ekoran perubahan paras air dan kerja-kerja penambakan laut di Pulau Melaka sejak 2015.


Muhammad Jailani berkata, kerja-kerja menganalisa artifak yang ditemui turut dijalankan bagi membuktikan kaitannya dengan sejarah Kesultanan Melayu Melaka, dan aktiviti perdagangan pada zaman berkenaan.


Beliau berkata semua penemuan berkenaan akan dipamerkan di Kompleks Pelancongan Samudera Perzim untuk tatapan rakyat.

5 Jun 2013

Penduduk Pulau Pinang buang 129 tan makanan sehari

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendakwa sebanyak 129,769 tan makanan dibazirkan setiap hari oleh penduduk di negeri ini pada tahun lalu.

Presidennya S.M. Mohamed Idris (gambar kecil) berkata, ini berdasarkan kira-kira 45 peratus daripada 288.377 tan sisa pepejal yang dikutip Majlis Perbandaran Pulau Pinang dari kawasan isi rumah setiap hari adalah sisa makanan.

Katanya, angka yang cukup besar itu menunjukkan sikap boros penduduk dan ia satu pembaziran yang melampau. “Jumlah itu tidak termasuk kira-kira 10 peratus daripada makanan bermasak di beberapa buah restoran dan syarikat katering yang dibuang setiap hari kerana tidak dimakan atau tidak habis.

“Kajian CAP juga mendapati kira-kira 10 peratus lagi makanan yang telah dipesan pelanggan di restoran tetapi tidak dimakan pula berakhir sebagai sisa makanan dan dibuang ke dalam tong sampah,” ujarnya. 

18 Ogo 2009

sunburn

Kelmarin Kawe ikut 3 orang budak cina pergi mancing kat pulau. Dari kecik2 dulu Kawe memang kaki pancing, maklumla sungai Kelate 1km ja kat blakang rumah. Lepas jejak kaki kat skolah teknik,Kawe da xjadi kaki pancing..maklum la tinggal kat hostel.

Disebabkan ramalan cuaca mengatakan ari ahad minggu ni akan jadi hari ahad yang boring, Kawe terima pelawaan budak2 cina tu gi mancing..walaupun xda batang joran.hehee..

Pukul 7 pagi keluar rumah, 10.30 baru btolak dari jeti..ni dia natijah "janji melayu+cina".pulau yang dituju 5 minit ja dari darat, menunggu ja yang lama.huhuu..
berbekalkan nokia 5300, sempat la Kawe snap beberapa keping gambar.

Masa kat pulau, mancing xigt dunia..smalam masing2 menanggung azab. muka merah da macam ape..budak2 kilang naik heran tgk muka kamiorang sampai ada yang cakap budak2 cina tu mabuk,demam,kena tumbuk.hahaa..ni la namanya sunburn.



merokok membahayakan kesihatan




keliling pulau pukul 12tengahari




pemandangan laut dari pulau




makhluk laut paling besar berjaya di pancing




buah nenas pulau




bukan buah nenas pulau