• Maklumat Terkini Covid-19

    Klik untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan Covid-19 seperti jumlah kes baharu, kes sembuh baharu dan kematian baharu.

  • Facebook Fanpage

    Klik untuk mendapatkan perkongsian terus melalui fanpage. Terdapat sesetengah perkongsian yang hanya dibuat melalui fanpage sahaja.

  • Ciapan Twitter

    Klik untuk mengikuti kemaskini secara terus melalui twitter.

  • Youtube Channel

    Klik untuk menonton video tutorial beserta dengan penerangan terperinci di channel youtube.

  • Kisah 25 Rasul

    Bermula 4 May 2020, satu kisah nabi dari 25 Rasul akan dikongsi setiap hari dan dijangka akan tamat selepas Hari Raya Aidilfitri. Semoga kita semua mendapat manfaat.

Memaparkan catatan dengan label raja. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label raja. Papar semua catatan

26 Okt 2021

Raja dadah Columbia diberkas pihak berkuasa

 

Raja dadah, Dairo Antonio Usuga David atau lebih dikenali sebagai Otoniel diberkas pihak berkuasa Columbia, kata kerajaan negara itu pada Sabtu.


Pengumuman itu menyaksikan kejatuhan seorang lelaki yang berasal dari keluarga miskin sebelum bertukar menjadi individu paling dikehendaki di Columbia.



Sejak 2012, Otoniel yang mengetuai geng penyeludupan dadah terbesar negara itu, Gulf Clan sering meloloskan diri daripada ditahan pihak berkuasa.


Sebelum ini, 1,000 anggota penguat kuasa memburunya dan ganjaran berjumlah AS$5 juta (kira-kira RM20 juta) ditawarkan untuk penangkapan lelaki itu.


Ganjaran ditawarkan pada 2009 itu dibuat Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) yang menganggap geng berkenaan sebagai kumpulan penjenayah bersenjata, ekstrem dan organisasi keganasan.



Menurut laman web jabatan itu, kumpulan berkenaan mampu mengawal laluan penyeludupan dadah menggunakan bot laju dan mengatur tempat pendaratan bahan terlarang itu.


Presiden Ivan Duque menganggap penahanan Otoniel sama seperti kejatuhan Pablo Escobar yang terbunuh dalam serangan dengan polis Colombia pada 1993.


Otoniel yang dilahirkan pada 15 September 1971 di Necocli adalah anak ketujuh daripada sembilan beradik.


Raja dadah Columbia akhirnya tumpas jua

Pautan : https://www.hmetro.com.my/global/amerika-selatan/2021/10/770392/raja-dadah-columbia-akhirnya-tumpas-jua

4 Apr 2021

Perbarisan Emas Firaun pemindahan mumia raja dan permaisuri berusia lebih 3,000 tahun

 

Perarakan besar-besaran bagi memindahkan 22 mumia dari Muzium Mesir di Tahrir ke Muzium Tamadun Nasional Mesir di Fustat di bandar raya ini, diadakan malam tadi.


Dikawal ketat pihak keselamatan, kenderaan khas yang membawa mumia itu melalui perjalanan sekitar bandar raya ini sejauh tujuh kilometer dari Muzium Mesir ke Muzium Tamadun Nasional Mesir yang baharu.



Laluan konvoi membawa puluhan mumia diraja itu melalui jalan raya yang dipasang dengan lampu dan sepanduk bagi acara yang digelar Perbarisan Emas Firaun, sekali gus menarik perhatian penduduk bandar raya ini.


Mumia yang dipindahkan terdiri daripada 18 raja dan empat permaisuri yang dianggarkan berusia lebih 3,000 tahun.


Setiap satu akan diletakkan di dalam kapsul berisi gas nitrogen untuk perlindungan dan kereta yang direka khas untuk memastikan keselamatan dan kestabilan setiap mumia.


Perarakan itu adalah antara usaha bagi menarik pelancongan di Mesir setelah jumlah pelawat merosot dari 13.1 juta pada 2019 kepada 3.5 juta tahun lalu.


"Dengan rasa bangga, kita menantikan kedatangan raja dan permaisuri firaun untuk ditempatkan di rumah baharu.


"Rakyat dapat menyaksikan tamadun unik dan sejarah kebanggaan negara kita," ciap Presiden, Abdel Fattah al-Sisi di Twitter. - AFP


Perarakan besar-besaran pindah mumia firaun di Kaherah

Pautan : https://www.bharian.com.my/dunia/afrika/2021/04/803279/perarakan-besar-besaran-pindah-mumia-firaun-di-kaherah

16 Mei 2020

Raja Gincu China cuba 380 batang gincu sehari

Seorang selebriti berpengaruh di China digelar Raja Gincu China kerana begitu obses dengan kosmetik itu sehingga mampu mencuba 380 batang gincu sehari.

Oddity Central melaporkan kemampuan lelaki itu mencuba ratusan gincu berbeza dalam satu sesi penstriman secara langsung hingga tujuh atau lapan jam sehari tanpa rehat.

Walaupun ramai wanita mungkin mendapati bibirnya sakit selepas mencuba tiga gincu berturut-turut, dia mendakwa dapat memakai 380 gincu sehari.

Dari situ asal nama panggilan Iron Lips.



Tak penat oles 380 gincu sehari
Pautan : https://www.hmetro.com.my/utama/2020/05/578978/tak-penat-oles-380-gincu-sehari





Ada yang tidak kisah mengoleskan gincu sama setiap hari namun kebanyakan wanita lebih suka untuk memilih warna yang bersesuaian dengan warna pakaian, tema dan gaya pada hari itu


Itu semua, ada kalanya difikirkan dengan serius sehingga membuatkan anda yang mampu bersiap pantas, terpaksa lewat ke tempat kerja.
Panduan dalam memilih rona sesuai, mungkin ia boleh membantu anda bersiap dengan lebih pantas.
1. Bentuk bibir
2. Satu warna gincu yang mudah dipadankan dengan pelbagai warna pakaian
3. Warna kulit sesuai
4. Warna hangat untuk kulit sederhana
5. Si pemilik kulit gelap
6. Ketahui warna bibir
7. Sebelum membeli, cuba terlebih dulu
8. Sesuaikan dengan penampilan



Bukan sekadar tenyeh lipstik
Pautan : https://www.hmetro.com.my/hati/2017/10/269468/bukan-sekadar-tenyeh-lipstik



Ada antara kita yang tidak pernah melakukan perawatan bibir kerana tumpuan biasanya lebih diberikan terhadap kulit wajah.

Oleh kerana bibir anggota yang sentiasa terdedah, secara tidak langsung ia mudah mengalami dehidrasi. Kulit pada bibir juga tidak seperti mana-mana kulit badan, ia nipis dan tidak mempunyai kelenjar minyak untuk melembapkan.

Hasilnya, bibir boleh menjadi kasar dan kadang-kadang menyakitkan akibat luka (bibir merekah). Bibir menimbulkan masalah apabila ia tidak boleh memerangkap lembapan yang cukup dan menyimpannya di sana.


Perawatan dengan salap bibir antara kaedah mudah untuk melembap dan menyegarkan bibir sekali gus menambah seri pada anggota itu.



Salap Bibir Minyak Daun Kayu Manis

Bahan:

- 2 sudu lilin lebah (beeswax)
- 1 sudu minyak kelapa organik
- 5 titis pati minyak daun kayu manis


Cara membuatnya:

1. Campurkan lilin lebah dan minyak kelapa ke dalam mangkuk tahan panas.
2. Panaskan periuk kecil, letakkan mangkuk tahan panas berisi beeswax dan minyak kelapa di atasnya. Kacau hingga cair dan rata.
3. Dalam bekas berasingan, titiskan minyak daun kayu manis dan kacau hingga rata.
4. Tuang campuran dalam bekas kecil bertutup. Tunggu hingga mengeras.

Perkara membahayakan bibir yang perlu dielakkan:

1. Merokok boleh merosotkan peredaran darah di bibir dan menyebabkan kedutan lebih cepat.
2. Tiada perlindungan SPF boleh menyebabkan selaran matahari. Beberapa minyak semula jadi yang memberi perlindungan daripada matahari adalah minyak biji lobak merah, biji rasberi, avokado, kelapa dan bijan.
3. Paraben yang sering terkandung dalam kebanyakan gincu komersial boleh merosakkan kulit.
4. Pewangi yang juga terdapat dalam sesetengah gincu boleh mengeringkan kulit.
5. Pemanis tiruan boleh menyebabkan masalah kesihatan.
6. Camphor dan menthol adalah bahan mengeringkan yang sering ditemui dalam produk penjagaan kulit.
7. Udara kering yang terhasil apabila pendingin hawa digunakan boleh menyebabkan bibir kering.



Jaga kesihatan bibir
Pautan : https://www.hmetro.com.my/hati/2019/07/476924/jaga-kesihatan-bibir

30 Jan 2012

Raja dadah Brazil Fabiano Atanazio da Silva (FB) ditangkap polis

RIO DE JANEIRO: Polis menahan seorang raja dadah yang disyaki menembak jatuh helikopter polis di bandar raya ini pada 2009 dalam pertempuran untuk menguasai kawasan setinggan di sini, lapor media Brazil, semalam.

Fabiano Atanazio da Silva atau ‘FB’ ditahan di bandar Campos di Sao Paulo malam kelmarin, lapor kenyataan itu.

Da Silva dikehendaki kerana menembak jatuh helikopter polis pada Oktober 2009 ketika serbuan pihak berkuasa ke atas pusat pengedaran dadah di Morro dos Macacos yang menyebabkan 17 orang maut. - AFP