• Maklumat Terkini Covid-19

    Klik untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan Covid-19 seperti jumlah kes baharu, kes sembuh baharu dan kematian baharu.

  • Facebook Fanpage

    Klik untuk mendapatkan perkongsian terus melalui fanpage. Terdapat sesetengah perkongsian yang hanya dibuat melalui fanpage sahaja.

  • Ciapan Twitter

    Klik untuk mengikuti kemaskini secara terus melalui twitter.

  • Youtube Channel

    Klik untuk menonton video tutorial beserta dengan penerangan terperinci di channel youtube.

  • Kisah 25 Rasul

    Bermula 4 May 2020, satu kisah nabi dari 25 Rasul akan dikongsi setiap hari dan dijangka akan tamat selepas Hari Raya Aidilfitri. Semoga kita semua mendapat manfaat.

Memaparkan catatan dengan label ramadhan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ramadhan. Papar semua catatan

13 Apr 2021

Kerajaan Kelantan mohon maaf batal bazar ramadhan dan program Madinah Ramadhan

 

Kerajaan negeri memohon maaf kerana terpaksa membatalkan penganjuran bazar dan Madinah Ramadan susulan peningkatan kes COVID-19 di Kelantan.


Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Dr Izani Husin, berkata bagaimanapun peniaga di gerai tepi jalan, restoran dan hotel dibenarkan beroperasi sepanjang Ramadan dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.



Katanya, pihaknya terpaksa membatalkan program yang biasa dijalankan di Madinah Ramadan, termasuk berbuka puasa secara berjemaah, tazkirah, tadarus dan program lain untuk dijadikan Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC).


"Selain itu, semua acara rasmi kerajaan negeri turut dibatalkan sepanjang bulan Ramadan kecuali mesyuarat penting.


"Punca peningkatan kes harian COVID-19 di Kelantan adalah disebabkan pergerakan masyarakat yang terlalu bebas, selain menghadiri perjumpaan dalam program sosial serta majlis perkahwinan ketika cuti sekolah baru-baru ini," katanya pada sidang media di pejabatnya di Kota Darulnaim, di sini, hari ini.


Dr Izani berkata, nilai kebolehjangkitan (RT) atau R-naught (R0) COVID-19 di negeri ini adalah 1.12, lebih tinggi daripada kadar bacaan Rt kebangsaan iaitu 1.03 dan berada pada kedudukan keempat selepas Terengganu, Putrajaya, dan Sabah.


"Kita mengesan 70 peratus daripada pesakit COVID-19 adalah kontak rapat, namun 22 peratus lagi kita tidak mengetahui dari mana punca jangkitan ini dan ia menunjukkan virus ini masih bebas berada dalam komuniti," katanya.


Ditanya mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilaksanakan atau sebaliknya, Dr Izani berkata perkara itu bergantung kepada keputusan Majlis Keselamatan Negara (MKN).


"Setiap hari kita akan menghantar laporan kes harian COVID-19 kepada MKN untuk diteliti," katanya.


Semalam, kes harian COVID-19 di Kelantan mencatatkan 171 kes dan berada di kedudukan ketiga tertinggi selepas Sarawak dan Selangor.


Kerajaan negeri mohon maaf pembatalan bazar Ramadan

Pautan : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/04/805894/kerajaan-negeri-mohon-maaf-pembatalan-bazar-ramadan

6 Apr 2021

Polis perketat pemeriksaan di sekatan jalan raya elak rentas negeri secara haram sempena awal Ramadan

 

Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan melakukan pemeriksaan ketat di setiap sekatan jalan raya bagi memastikan tiada individu cuba merentas negeri balik ke kampung bagi menyambut awal Ramadan, minggu depan.


Setakat ini, terdapat kira-kira 35 sekatan jalan raya diadakan di setiap pintu masuk dan keluar serta sempadan negeri di seluruh negara.


Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman, Datuk Zainal Abidin Kasim, berkata polis tidak akan berkompromi, sebaliknya tindakan tegas diambil terhadap mereka terbabit jika melakukan kesalahan itu.


Beliau berkata, kelonggaran rentas negeri hanya diberi kepada mereka yang mempunyai dokumen perjalanan lengkap dengan kebenaran polis.


"Polis percaya ada peningkatan cubaan rentas negeri untuk balik ke kampung menjelang Ramadan yang dijangka disambut 13 April ini memandangkan pada tahun lalu, tidak dapat berbuat demikian.


"Pelbagai cara akan digunakan orang awam untuk berbuat demikian, jadi di peringkat PDRM kita akan memperketatkan semua pemeriksaan di sekatan jalan raya bagi memastikan tiada yang terlepas.


"Jika dikesan melanggar undang-undang, tiada nasihat diberikan, sebaliknya tindakan undang-undang terus diambil ke atas individu yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) itu," katanya selepas Majlis Pelancaran Satu Taman Satu Polis Dan Fokus PDRM Kontinjen Melaka 2021 di Bukit Beruang, hari ini.


Yang turut hadir, Ketua Polis Melaka, Datuk Abdul Majid Mohd Ali.


Zainal berkata, sehingga kini terdapat kira-kira 35 sekatan jalan raya diadakan di setiap pintu masuk dan keluar serta sempadan negeri di seluruh negara.


"Jika kes harian COVID-19 meningkat, kita akan tambah jumlah sekatan jalan raya," katanya.


Sementara itu, mengulas Program Satu Taman Satu Polis, beliau berkata, Melaka menjadi negeri perintis bagi inisiatif itu dalam meningkatkan pencegahan jenayah apabila tujuh kawasan perumahan dipilih pada fasa pertama.


"Program ini akan diperluaskan ke seluruh negara jika kajian impak dalam tempoh tiga bulan menunjukkan kesan positif, selain dapat menurunkan kadar jenayah di taman perumahan," katanya.


Polis kawal ketat elak rentas negeri awal Ramadan

Pautan : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/04/803724/polis-kawal-ketat-elak-rentas-negeri-awal-ramadan

25 Mei 2020

Koleksi Renungan dan Tazkirah Setiap Malam Ramadhan

Alhamdulillah,

Hari ni merupakan hari ke 30 umat Islam berpuasa.
InshaAllah esok kita akan merayakan Hari Raya Aidilfitri.



Sepanjang bulan Ramadhan simieY telah buat satu entri pada setiap malam untuk bacaan bersama.


Di kesempatan ini, simieY dan keluarga mengucapkan 


Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin

24 Mei 2020

Renungan Ramadhan Malam Ketiga Puluh

Renungan Ramadhan 30

Saudara-saudari yang dirahmati Allah,

Lusa, kita dijangka menyambut 1 Syawal, di mana kita merayakan Aidilfitri.

AIDILFITRI adalah hari raya khusus untuk orang yang bertakwa selepas sebulan berpuasa.

Aidilfitri juga hari perayaan iman. Bagi setiap orang yang benar-benar memahami serta menghayati Islam akan menginsafi dan merasai bahawa betapa gembiranya mereka pada hari ini.

23 Mei 2020

Renungan Ramadhan Malam Kedua Puluh Sembilan

Renungan Ramadhan 29

Saudara-saudari yang dirahmati Allah,

Puasa mengandungi pelbagai hikmat dan prinsip agama yang dijangka mampu memandu manusia menghadapi hari-harinya di dunia untuk mendapatkan hasil lebih lumayan di akhirat kelak.

Puasa mempunyai waktu yang khusus untuk melakukannya. Puasa yang dilakukan tidak pada waktunya yang tepat akan terbatal. Ketepatan ini meliputi masa mengikut bulan dan hari. Puasa kita mengajar kita menepati masa, tarikh permulaan bulan Ramadhan dan kedatangan Syawwal.

22 Mei 2020

Renungan Ramadhan Malam Kedua Puluh Lapan

Renungan Ramadhan 28

Saudara-saudari yang dirahmati Allah,

Kita digalakkan membanyakkan do’a di bulan Ramadhan.

Sebaik-baik doa yang harus engkau panjatkan kepada Allah, adalah apa-apa yang Allah perintahkan kepadamu. (Ibnu Athaillah)

Sesungguhnya nikmat yang Allah kurniakan kepada kita sebenarnya jauh lebih besar daripada nikmat yang kita minta.

Ketika kita meminta rezeki, ketika itu rezeki yang Allah curahkan jauh lebih melimpah. Ketika kita meminta kebaikan, ketika itu kebaikan yang Allah berikan jauh lebih banyak dari yang kita duga. Hanya saja, keterbatasan ilmu dan ketertutupan mata hati, membuat kita jarang menyedari besarnya kurniaan Allah tersebut.

21 Mei 2020

Renungan Ramadhan Malam Kedua Puluh Tujuh

Renungan Ramadhan 27

Saudara-saudari yang dirahmati Allah,

Sesungguhnya bulan Ramadhan itu bulan yang berganda kerana segala kebaikan yang dilakukan akan diganjarkan olah Illahi dengan pahala yang berganda-ganda.

Tetapi ada kalanya kita terlupa atau mungkin kita sengaja buat-buat terlupa dengan dugaan dan ujian Allah swt kepada kita kerana di dalam bulan Ramadhan itu juga, nafsu kita berganda.

20 Mei 2020

Renungan Ramadhan Malam Kedua Puluh Enam

Renungan Ramadhan 25

Saudara-saudari yang dirahmati Allah,

Kita masih menjalani malam 10 terakhir Ramadan yang banyak kelebihannya.
Antara kelebihan malam 10 terakhir Ramadan adalah;
1. Nabi Muhammad saw memperbanyakkan ibadat pada malam 10 terakhir Ramadan melebihi malam sebelumnya. Saidatina Aisyah berkata maksudnya;

19 Mei 2020

Renungan Ramadhan Malam Kedua Puluh Lima

Renungan Ramadhan 25

Saudara-saudari yang dirahmati Allah,

Di dalam ayat Surat Al-Baqarah ayat 183 yang sering dibaca pada awal Ramadhan, Allah mewajibkan puasa dengan berfirman:

“ Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa…
Perkataan “kutiba ‘alaikum..” yang digunakan mempunyai erti ‘diwajibkan’..
Gaya bahasa “ kutiba”ini telah digunakan oleh Allah dalam ayat-ayat lain.
Misalnya, dalam surah al-Baqarah ayat 178, Allah berfirman:

18 Mei 2020

Renungan Ramadhan Malam Kedua Puluh Empat

Renungan Ramadhan 24

Saudara-saudari yang dirahmati Allah,

Spektrum sedekah seperti yang dinyatakan di dalam Renungan Ramadhan 23 amat luas. Ia meliputi segenap perbuatan dan usaha untuk memanfatkan diri sendiri dan juga orang lain. Secara spesifik, kita boleh memberi manfaat kepada orang lain dengan memudahkan seseorang, meringankan penderitaannya, atau membantunya ketika ia dalam kesusahan, atau sekurang-kurangnya mengelakkan dari menimbulkan musibah atau kesengsaraan ke atasnya.

17 Mei 2020

Renungan Ramadhan Malam Kedua Puluh Tiga

Renungan Ramadhan 23

Saudara-saudari yang dirahmati Allah,

Kita tahu bahawa sedekah jariah adalah salah satu dari amalan yang akan menjadi saham bagi kita secara berpanjangan, pahalanya terus menerus masuk ke ‘akaun’ kita hatta setelah jasad kita ditelan bumi.

Kita juga maklum bahawa bulan Ramadhan ialah bulan Sedekah, seperti yang telah disebutkan dalam Siri ini (Renungan Ramadhan 15). Kita sudah menyebutkan bahawa di dalam hadis mengenai Jibrail datang menemui Nabi (saw) dan bertadarus dalam bulan Ramadhan ada dinyatakan bahawa “Nabi
(saw) adalah orang yang paling dermawan, dan beliau lebih dermawan pada bulan Ramadhan, saat beliau ditemui Jibril untuk membacakan kepadanya Al-Qur’an.”

16 Mei 2020

Renungan Ramadhan Malam Kedua Puluh Dua

Renungan Ramadhan 22

Saudara-saudari yang dirahmati Allah,

Kita bersyukur kepada Allah kerana kini kita berada di sepertiga akhir Ramadhan. Dalam tempoh ini, Allah membebaskan ramai manusia dari api neraka. Peluang untuk bebas dari api neraka adalah sesuatu yang significant.

Tidak dapat kita bayangkan siksa api neraka yang disebutkan oleh Allah:

“Sesungguhnya Kami telah sediakan bagi orang-orang zalim itu neraka, yang gejolaknya mengepung mereka. Dan jika mereka meminta minum, niscaya mereka akan diberi minum dengan air seperti besi yang mendidih yang menghanguskan muka. Itulah minuman yang paling buruk dan tempat istirahat
yang paling jelek.”
(surah al-Kahfi: 29)

15 Mei 2020

Renungan Ramadhan Malam Kedua Puluh Satu

Renungan Ramadhan 21

Saudara-saudari yang dirahmati Allah,

Perang Badar begitu signifikan bagi sejarah Islam dan individu yang terlibat di dalamnya dimuliakan oleh Allah. Dalam riwayat-riwayat hadis biasanya gelaran “ahli Badr” disebutkan selepas menyebut nama-nama mereka.

Para Sahabat Nabi yang terlibat dalam perang Badar mendapat penghormatan sehingga Nabi melarang Umar Ibn Khattab (ra) daripada mengapa-apakan Hatib Ibn Abi Baltaah yang cuba memberi amaran awal kepada penduduk Makkah mengenai rancangan Nabi menakluk Makkah.
Nabi berkata ,
“Dia itu mengikuti perang Badr, betapa hilang ingatanmu kalau Allah melihat ahli Badar dan
berfirman :

14 Mei 2020

Renungan Ramadhan Malam Kedua Puluh

Renungan Ramadhan 20

Saudara-saudari yang dirahmati Allah,

Perkara yang menukar arus perjalanan sejarah sering berlaku di dalam bulan Ramadhan. Seperti kita lihat dalam Siri ke 18 dan 19, peristiwa turunnya al-Quran begitu bererti kepada sejarah umat manusia. Setelah al-Quran diturunkan, dengan kommunikasi langsung dari Allah, Rasulullah (saw) terus giat berusaha berdakwah mengajak manusia kembali mengabdikan diri sepenuhnya kepada Allah. Baginda berjaya mendapat sokongan beberapa individu tetapi mendapat tentangan hebat dari seluruh kepemimpinan Makkah.

13 Mei 2020

Renungan Ramadhan Malam Kesembilan Belas

Renungan Ramadhan 19

Saudara-saudari yang dirahmati Allah,

Wahyu suci yang diturunkan kepada Nabi Muhammad pada bulan Ramadhan di Gua Hira’ merupakan titik tolak penting dalam sejarah umat manusia. Wahyu yang bermula dengan menyuruh manusia membaca, “Iqra’ “ mempunyai makna yang mendalam.

Sepanjang 23 tahun perhubungan langsung tersebut, Allah telah menurunkan al-Quran secara beransur-ansur.
“Kami (Allah) turunkan al-Quran itu terpisah-pisah supaya engkau bacakan kepada manusia dengan perlahan-lahan dan kami turunkannya sedikit demi sedikit.” (Surah al-Isra’: ayat 106)

12 Mei 2020

Renungan Ramadhan Malam Kelapan Belas

Renungan Ramadhan 18

Saudara-saudari yang dirahmati Allah,

Kita semua maklum bahawa al-Quran diturunkan oleh Allah di bulan Ramadhan.
Para ahli seerah menerangkan bahawa pada satu malam di bulan Ramadhan, ketika Nabi (saw) sedang bertahannuth di gua Hira’ turun malaikat Jibrail menyuruh baginda membaca.

Bacalah dengan (menyebut) nama Rabbmu Yang menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dengan segumpal darah. Bacalah, dan Rabbmulah Yang Paling Pemurah, Yang mengajar (manusia) dengan perantaraan kalam.
(surah al-Alaq:1-4)

11 Mei 2020

Renungan Ramadhan Malam Ketujuh Belas

Renungan Ramadhan 17

Saudara-saudari yang dirahmati Allah,
Kita perlu berdamping dengan al-Quran sepanjang Ramadhan; bahkan sepanjang hidup kita seharian.
Untuk mendapatkan manfaat terbaik dari al-Quran, adalah penting untuk kita memastikan kita menghampiri al-Quran dengan cara yang betul.

Dr. Khurram Murad dalam bukunya “Way to the Quran” telah meletakkan beberapa pra-syarat asas bagi kita mendapat sesuatu yang bermanfaat dari perhubungan kita dengan kita hidayah dari Yang Maha Pencipta ini.

10 Mei 2020

Renungan Ramadhan Malam Keenam Belas

Renungan Ramadhan 16



Saudara-saudari yang dirahmati Allah,

Membaca al-Quran adalah satu amalan yang amat digalakkan bagi seorang Islam. Ini ialah kerana al-Quran ialah kitab Hidayah dari Allah yang diturunkan bagi menjawab doa yang kita ulang-ulangkan di dalam surah al-Fatihah:

“ Tunjukkanlah kami jalan yang lurus”.
(surah al-Fatihah: 6)

9 Mei 2020

Renungan Ramadhan Malam Kelima Belas

Renungan Ramadhan 15


Saudara-saudari yang dirahmati Allah,

Sifat pemurah merupakan salah satu daripada sifat-sifat orang beriman dan lebih-lebih lagi oleh kerana bulan Ramadhan merupakan bulan kebajikan, maka sifat pemurah telah menjadi lebih terserlah. Rasulullah (saw) yang menjadi ikutan kita telah memberikan contoh yang terbaik dalam hal ini. Kedermawanan beliau pada bulan Ramadhan berlipat ganda dibanding bulan-bulan lainnya,
sebagaimana kemurahan Tuhannya berlipat ganda pada bulan ini. Diriwayatkan dari Ibnu Abbas (r.a.) bahawa:

8 Mei 2020

Renungan Ramadhan Malam Keempat Belas

Renungan Ramadhan 14


Saudara-saudari yang dirahmati Allah,

Negara parasit Israel ditubuhkan melalui mandat PBB pada 1947. Pada tahun 1947 juga, sebuah tanah Islam lain turut tergadai sehingga hari ini. Jammu dan Kashmir ialah sebuah wilayah yang terletak di sempadan utara India dan Pakistan. Ia terkenal sebagai satu kawasan mempunyai kawasan semulajadi yang amat cantik dan menarik.