• Maklumat Terkini Covid-19

    Klik untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan Covid-19 seperti jumlah kes baharu, kes sembuh baharu dan kematian baharu.

  • Facebook Fanpage

    Klik untuk mendapatkan perkongsian terus melalui fanpage. Terdapat sesetengah perkongsian yang hanya dibuat melalui fanpage sahaja.

  • Ciapan Twitter

    Klik untuk mengikuti kemaskini secara terus melalui twitter.

  • Youtube Channel

    Klik untuk menonton video tutorial beserta dengan penerangan terperinci di channel youtube.

  • Kisah 25 Rasul

    Bermula 4 May 2020, satu kisah nabi dari 25 Rasul akan dikongsi setiap hari dan dijangka akan tamat selepas Hari Raya Aidilfitri. Semoga kita semua mendapat manfaat.

Memaparkan catatan dengan label rambut. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label rambut. Papar semua catatan

9 Jul 2021

Gaya rambut mangkuk tandas jadi trend

 

Trend menyimpan anak rambut, janggut dan bulu di sekeliling wajah, kini menjadi ikutan segelintir lelaki di United Kingdom (UK).


Daily Star melaporkan gaya itu menunjukkan lelaki terbabit memotong semua rambut kecuali pada bahagian depan dan tepi serta menyimpan jambang.



Ia menjadikan mereka kelihatan mempunyai gaya rambut lingkaran bulat.


Trend itu dikatakan tiba-tiba muncul selepas ada yang mencuba gaya berkenaan akibat bosan kerana duduk di rumah ketika sekatan pergerakan.


Ia juga kembali menjadi trend memandangkan orang ramai tidak dapat ke salun dan kedai gunting rambut.


Dalam pada itu, seorang pengkritik menyamakan gaya rambut dan jambang itu seperti mangkuk tandas.


Sementara itu, ada juga yang menyifatkan gaya itu menjadikan seseorang individu nampak seperti mahu melakukan jenayah.


"Ia buat wajah anda jadi lebih ganas daripada biasa," katanya.


Sementara yang lain mahu gaya itu dihapuskan daripada muka bumi.


"Saya tidak percaya gaya itu adalah trend terkini," katanya.


Salah seorang pengikut trend itu, Jeremy Clarkson, 61, berkata, dia tidak bercukur selama seminggu pada musim bunga yang lalu.


Ia untuk mendapatkan gaya rambut seperti itu.


Bagi sesetengah pihak, trend itu lebih teruk daripada gaya rambut Mullet yang pernah popular pada tahun 80-an.


Mullet ialah gaya rambut yang dipotong pendek di bahagian tepi dan dibiarkan sedikit panjang di belakang.


Gaya rambut itu pernah digayakan oleh ramai selebriti pada zaman berkenaan termasuk penyampai radio dan televisyen di United Kingdom, Pat Sharp.


Selain itu, gaya rambut sama dikenakan pemain bola sepak, Chris Waddle.


Gaya rambut 'mangkuk tandas'

Pautan : https://www.hmetro.com.my/utama/2021/07/728255/gaya-rambut-mangkuk-tandas


Gaya Mullet : sumber wikipedia



27 Ogo 2019

13 aurat wanita yang perlu diketahui

Wanita-wanita yang dikasihi sekelian..
tunggu apa lagi, tutuplah auratmu, kerana ianya perintah dari Allah, Allah yang menciptakan kamu, Rabb yang memberikan kita kehidupan kekal abadi diakhirat kelak, baik atau buruk diatas rahmat Dia dan bagaimana buku amal kita diterima kelak.

Tunggu apa lagi,
kita tidak pasti bila ajal maut kita atau bila Allah pilih kita untuk diberi hidayah..

para isteri, tidak sayangkah anda pada suami² anda?
suami² anda akan ditanya, dipersoalkan kelak dihadapan Allah..
kasihan pada mereka..