• Maklumat Terkini Covid-19

    Klik untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan Covid-19 seperti jumlah kes baharu, kes sembuh baharu dan kematian baharu.

  • Facebook Fanpage

    Klik untuk mendapatkan perkongsian terus melalui fanpage. Terdapat sesetengah perkongsian yang hanya dibuat melalui fanpage sahaja.

  • Ciapan Twitter

    Klik untuk mengikuti kemaskini secara terus melalui twitter.

  • Youtube Channel

    Klik untuk menonton video tutorial beserta dengan penerangan terperinci di channel youtube.

  • Kisah 25 Rasul

    Bermula 4 May 2020, satu kisah nabi dari 25 Rasul akan dikongsi setiap hari dan dijangka akan tamat selepas Hari Raya Aidilfitri. Semoga kita semua mendapat manfaat.

Memaparkan catatan dengan label rampas. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label rampas. Papar semua catatan

17 Apr 2021

200 tan kerang gergasi bernilai AS$25 juta diternak secara haram dirampas

 

Pihak berkuasa Filipina merampas 200 tan kerang gergasi bernilai AS$25 juta (RM103 juta) dalam serbuan di wilayah barat Palawan, semalam.


Hidupan laut itu diternak secara haram, menjadi rampasan terbesar hidupan berkenaan di negara itu tahun ini.


Ahli konservasi alam sekitar menyatakan kebimbangan terhadap peningkatan perdagangan haram hidupan laut itu yang kini semakin terancam.



Kerang gergasi itu menjadi pengganti gading gajah yang kini perdagangannya mendapat bantahan masyarakat global.


Filipina adalah negara yang memiliki spesies kerang tropika terbesar di dunia.


Penguat kuasa maritim berkata, empat suspek sudah ditahan di kawasan pedalaman di sebuah pulau di Laut Sulu.

"Mengambil kerang gergasi di habitat asalnya adalah menjadi kesalahan yang boleh memberi kesan kepada hidupan laut itu.


"Tindakan itu juga akan memberi kesan berterusan kepada ekosistem dan generasi akan datang," katanya.


Beliau menyatakan, kerang yang dirampas itu termasuk spesis Tridacna gigas, kerang terbesar di dunia.


Membesar sehingga 1.3 meter dan berat hingga 250 kilogram, ia menjadi perumah kepada alga marin yang menjadi sumber makanan asas bagi banyak spesies ikan yang dimakan oleh manusia.


Ahli konservasi menyatakan cengkerang kerang raksasa digunakan sebagai bahan alternatif untuk produk bermula dari anting-anting hingga candelier kerana gading perdagangannya mendapat bantahan masyarakat global.


Fabello berkata, perdagangan haram kerang raksasa telah berkembang di Palawan dan beberapa kawasan lain di Filipina dalam tiga tahun kebelakangan.


Membunuh spesies yang terancam boleh dihukum penjara hingga 12 tahun dan denda hingga satu juta peso (RM85,360) di bawah undang-undang perlindungan hidupan liar negara itu. - AFP


Rampasan terbesar kerang gergasi AS$24.8 juta

Pautan : https://www.bharian.com.my/dunia/asean/2021/04/807872/rampasan-terbesar-kerang-gergasi-as248-juta

18 Okt 2020

Pihak berkuasa rampas 5 tan ganja

 

Pihak berkuasa Maghribi merampas hampir lima tan ganja dalam sebuah kenderaan utiliti dan menahan pemandunya berhampiran Casablanca, kelmarin.


Ketua Pengarah Keselamatan Negara (DGSN) dalam kenyataan berkata, seorang lelaki membawa 4.96 tan ganja ditangkap pada Jumaat lalu di pintu masuk bandar pelabuhan Mohammedia menerusi operasi pengintipan.


"Siasatan sedang dijalankan untuk mengenal pasti mereka yang terbabit dalam rangkaian jenayah dan kesannya kepada negara," kata kenyataan itu.


Awal bulan ini, pihak berkuasa mengumumkan mereka berjaya merampas lebih 11 tan ganja di bandar pelabuhan utara Tangier.


Maghribi adalah antara negara pengeluar ganja tertinggi di dunia, walaupun pihak berkuasa mengatakan mereka menghentikan dan merampas hampir 180 tan ganja pada tahun lalu.


DGSN juga mengumumkan menyita dadah secara berasingan dalam satu operasi semalam, di Meknes dengan tiga orang berusia antara 20 hingga 22 tahun ditangkap kerana disyaki membawa dadah.


Agensi keselamatan mengatakan dalam operasi itu, pihak berkuasa turut merampas 2,543 pil ecstacy dan ubat Rivotril, bersama dengan kokain, senjata tajam, telefon bimbit dan wang tunai. - AFP


Ganja lima tan dirampas di Casablanca

Sumber : https://www.bharian.com.my/dunia/afrika/2020/10/743261/ganja-lima-tan-dirampas-di-casablanca

12 Jun 2020

Kastam rampas 2.5 tan ketamin dalam bungkusan susu kambing dan unta


Syabas Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM)!!

Ketua Pengarah JKDM, Datuk Abdul Latif Abdul Kadir berkata, pasukannya merampas dadah terbabit dalam sebuah kontena dan menahan dua suspek masing-masing seorang lelaki warga asing berumur 55 tahun dan wanita tempatan 40 tahun.

Beliau berkata, dalam operasi jam 1 tengah hari 4 Jun lalu, pihaknya mengesan ketibaan kontena terbabit di Pelabuhan Klang dari sebuah negara Asia Selatan.

"Pasukan kita membuat penggeledahan disebabkan keadaan kontena itu yang mencurigakan sebelum menemui paket-paket serbuk susu unta dan kambing kononnya keluaran tempatan yang mengandungi serbuk, disyaki dadah jenis ketamin berat kasar 2,500 kilogram.


"Siasatan lanjut mendapati, kontena berkenaan dieksport keluar dari Malaysia pada hujung tahun lalu dengan diisytiharkan sebagai produk sama iaitu susu kambing dan unta," katanya pada sidang media di Cawangan Narkotik JKDM di Kampung Jijan di sini, pada Selasa.

Dadah 2.5 tan bernilai RM100 juta dirampas dalam bungkusan susu kambing, unta
Pautan : http://www.astroawani.com/berita-malaysia/dadah-2-5-tan-bernilai-rm100-juta-dirampas-dalam-bungkusan-susu-kambing-unta-246364

30 Sep 2019

107 tokan diberkas dalam Ops Damn Tokan dengan nilai rampasan RM56,684

Seramai 95,045 orang ditahan disyaki terbabit sindiket pengedaran dadah dengan nilai rampasan keseluruhan RM250.66 juta sejak 1 Januari hingga 4 Julai lalu.

Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Datuk Kamarulzaman Mamat berkata, daripada jumlah itu, seramai 35,706 orang memiliki dadah dan 14,497 mengedar bekalan dadah, manakala 44,842 disahkan positif dadah.


Itu cerita bertarikh 16 Julai 2019, baca di sini.
Baru-baru ni satu lagi tangkapan besar telah dibuat oleh pihak polis dan boleh dibaca terus di laman web myMetro.

21 Sep 2019

Kokain seberat 12 tan bernilai RM2.4 bilion dirampas dalam OP Eagle


Menurut Wikipedia, kokain atau kokaina ialah alkaloid tropana berhablur yang diperoleh dari daun-daun koka. Ia adalah perangsang sistem saraf pusat dan pembantut selera yang menghasilkan apa yang diperihalkan sebagai perasaan sangat gembira dan pertambahan tenaga. 

Walaupun paling biasa digunakan secara rekreasi untuk kesan ini, kokaina ialah anestesia topikal yang digunakan untuk pembedahan mata, tekak, dan hidung. Kokaina boleh mengakibatkan ketagihan psikologi, dan pemilikan, penanaman, serta pengedarannya untuk kegunaan bukan perubatan atau kegunaan yang tidak dibenarkan oleh kerajaan adalah haram di hampir-hampir semua negara di dunia.

Melalui carian, Cochrane memberi ulasan bahawa pengguna kokain memainkan peranan dalam penyebaran penyakit berjangkit seperti AIDS, hepatitis dan batuk kering, dan juga dalam jenayah, keganasan dan pendedahan ubat neonatal.

Kita terus ke berita yang dipaparkan di ruangan utama myMetro, kokain seberat 12 tan bernilai RM2.4 bilion dirampas dalam OP Eagle di Butterworth, Bayan Lepas dan Padang Serai, Kedah 10 September lalu.


Sumber : myMetro 21 September 2019

Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, aktiviti penyeludupan dadah didalangi sindiket antarabangsa itu menggunakan Malaysia sebagai lokasi transit sebelum bahan terlarang itu dihantar ke negara lain.