• Maklumat Terkini Covid-19

    Klik untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan Covid-19 seperti jumlah kes baharu, kes sembuh baharu dan kematian baharu.

  • Facebook Fanpage

    Klik untuk mendapatkan perkongsian terus melalui fanpage. Terdapat sesetengah perkongsian yang hanya dibuat melalui fanpage sahaja.

  • Ciapan Twitter

    Klik untuk mengikuti kemaskini secara terus melalui twitter.

  • Youtube Channel

    Klik untuk menonton video tutorial beserta dengan penerangan terperinci di channel youtube.

  • Kisah 25 Rasul

    Bermula 4 May 2020, satu kisah nabi dari 25 Rasul akan dikongsi setiap hari dan dijangka akan tamat selepas Hari Raya Aidilfitri. Semoga kita semua mendapat manfaat.

Memaparkan catatan dengan label rekod. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label rekod. Papar semua catatan

28 Jun 2021

Roberto Mancini lebur rekod 90 tahun Vittorio Pozzo

 

Itali mencipta sejarah baru dalam bola sepak mereka apabila melebarkan rekod tanpa kalah kepada 31 perlawanan berturut-turut ketika menewaskan Austria 2-1 dalam saingan 16 terakhir di Euro 2020, pagi semalam.


Itali mendominasi saingan peringkat kumpulan dan dijangka mudah menewaskan Austria namun perlu menunggu selepas lima minit masa tambahan untuk berada di depan menerusi gol Federico Chiesa.



Matteo Pessina memastikan Azzurri melangkah ke suku akhir namun Austria mencetuskan debaran apabila merapatkan jurang menerusi Sasa Kalajdzic namun sudah terlambat menafikan kemenangan Itali.


Kemenangan itu bermakna Roberto Mancini berjaya membimbing Itali mengharungi 31 perlawanan tanpa tewas sekali gus memecahkan rekod dilakar pengendali Vittorio Pozzo ketika era 1930-an.


Mereka memenangi kesemua tiga perlawanan peringkat kumpulan Euro 2020 menewaskan Turki, Switzerland dan Wales di Rom tanpa dibolosi sebarang gol.


Mancini melakukan tujuh perubahan untuk pasukannya yang menewaskan Wales dengan Marco Verratti menjadi pilihan dan bukannya Manuel Locatelli di bahagian tengah manakala Giorgio Chiellini sekali lagi diketepikan kerana kecederaan hamstring.


Mancini berkata, Itali berhak untuk layak ke suku akhir Kejohanan Eropah itu selepas menampilkan penguasaan sebelum perlawanan terpaksa diheret hingga ke masa tambahan.


"Kami memperoleh keputusan ini kerana memang berhak memenanginya. Pada separuh masa pertama kami berpeluang menjaringkan beberapa gol dan kemudian selepas rehat prestasi mula menurun.


"Kami menang kerana pemain yang tampil pada perlawanan ini mempunyai fokus yang tepat dan dapat menyelesaikan keadaan.


"Saya sedar ia perlawanan yang sukar malah mungkin lebih sukar aksi di suku akhir nanti." kata Mancini.


Rekod 90 tahun lebur

Pautan : https://www.hmetro.com.my/utama/2021/06/723540/rekod-90-tahun-lebur

29 Ogo 2020

Pasangan pecah rekod Guinness World Record suami isteri paling tua di dunia

 

Sepasang suami isteri mencipta rekod Guinness World Records sebagai pasangan suami isteri paling tua di dunia dengan gabungan usia mencecah 214 tahun dan 358 hari, lapor akhbar Daily Mail.


Julio C├ęsar Mora, 110, dan isteri, Waldramina Quintero, 104, berkenalan pada tahun 1934 dan mendirikan rumah tangga pada 1941. Mereka dikurniakan lima orang anak, 11 cucu, 21 cicit dan 9 piut.


Mora berkata, rahsia hubu­ngan mereka kekal hingga ke hari kini adalah jalinan kasih sayang dan saling hormat menghormati antara satu sama lain sejak pertemuan pertama lagi.



Pasangan suami isteri Ecuador tertua dunia

Pautan : https://www.kosmo.com.my/2020/08/29/pasangan-suami-isteri-ecuador-tertua-dunia/


Alang-alang Pakcik Mora dah berkongsi rahsia hubungan yang berkekalan. Saya berminat untuk berkongsi beberapa rahsia kekal bahagia yang turut dikongsi oleh mynewshub.tv.


Kadang-kala suami dan isteri akan dilanda masalah dan mula berasa bosan selepas mendirikan rumah tangga. Ego juga merupakan punca utama keretakan rumah tangga dimana kedua-duanya tidak mahu mengalah jika berdepan dengan konflik.


Ini merupakan 6 rahsia paling jujur tentang bagaimana memelihara perhubungan anda agar perkahwinan yang dibina bahagia selamanya.


1) Jadilah kawan baik dan teman sejiwa yang sejati.

2) Usah menyimpan hati apabila timbul cita rasa yang berbeza.

3) Jangan berselisih pendapat tentang wang.

4) Dalam sebuah kitab lama tentang perkahwinan pernah tertulis,“Always treat your life partner as an honored guest in your home”.

5) Duduk di sisi pasangan anda setiap malam.

6) Tiba saat diuji, usah terus melatah dan menyalahkan hubungan.


6 Rahsia Hubungan Perkahwinan Kekal Bahagia

Pautan : https://www.mynewshub.tv/vvanita-my/6-rahsia-hubungan-perkahwinan-kekal-bahagia/

16 Ogo 2020

Jurulatih sukan pecah rekod Guinness World Record angkat berat dalam air

 

Lebih kurang seminggu yang lepas saya pernah berkongsi berita seorang budak perempuan berumur 9 tahun yang telah memecahkan rekod dunia Guinness World Records seorang profesor selepas dia menyusun jadual berkala dalam masa hanya 2 minit 42 saat.

Budak perempuan 9 tahun pecah rekod Guinness World Records Profesor

Pautan : https://www.simiey.info/2020/08/budak-perempuan-9-tahun-pecah-rekod.html



Terkini seorang jurulatih sukan dari warga Rusia telah mencatat Rekod Dunia Guinness selepas berjaya melakukan senaman angkat berat di dalam air di Tasik Lebyazhye dekat Tomsk.


Rekod itu dicatat selepas Vitaly Vivchar berjaya mengangkat barbel seberat 50 kilogram sebanyak 76 kali mengatasi rekod lalu yang dipegang Greg Wittstock dari Amerika Syarikat dengan hanya 14 kali pengulangan.

Vivchar berkata, dia mengambil masa selama dua bulan sebagai persediaan sebelum memecahkan rekod dunia itu dan terpaksa menahan nafas selama lebih tiga minit ketika latihan.

Jurulatih sukan Rusia pecah rekod dunia angkat berat dalam air

8 Ogo 2020

Budak perempuan 9 tahun pecah rekod Guinness World Records Profesor


Lebih kurang 11 tahun lepas, saya pernah menyiarkan artikel bertajuk 10 Budak Super Ajaib.
1. Kim Ung-Yong : Manusia Ber-IQ Tertinggi di Dunia
2. Gregory Smith : Mendapatkan Penghargaan Nobel Pada Usia 12 tahun
3. Akrit Jaswal : Doktor Bedah pada usia 7 tahun
4. Cleopatra Stratan : Penyanyi Berusia 3 Tahun dengan Gaji 1000€ setiap lagu
5. Aelita Andre : Pelukis di usia 2 tahun
6. Saul Aaron Kripke : Mengajar Havard saat Masih Duduk di Bangku SMA
7. Michael Kevin Keaulus tamat pengajian Universiti pada umur 10 tahun
8. Fabiano Luigi Caruana : Grandmaster pada usia 14 tahun
9. Willie Mosconi : Pemain Billiard Professional pada usia 6 tahun
10. Elaina Smith : Penyiar Usia 7 tahun

Pautan : https://www.simiey.info/2009/09/10-budak-super-ajaib-bukan-kamen-rider.html


Kemungkinan kini jumlahnya sudah melebihi 20 orang. Terbaru, seorang budak perempuan berumur sembilan tahun mencipta nama dalam rekod dunia Guinness World Records selepas dia menyusun jadual berkala dalam masa hanya 2 minit 42 saat, lapor portal Gulf News.

Kejayaan Natalia Najam itu sekali gus mengetepikan pemegang rekod terdahulu milik seorang profesor ekonomi dari India, Meenakshi Agarwal dengan perbezaan masa 7 saat.


Natalia dari Lahore berjaya mencatat rekod dunia sebagai individu paling pantas menyusun jadual berkala itu dalam satu majlis khas yang diadakan pada 18 Julai lalu.

Bapanya, Hasan Najam memberitahu, Natalia tidak mendapat pendidikan normal di sekolah, sebaliknya hanya mengikuti sesi pembelajaran di rumah.

Budak 9 tahun kalahkan profesor
Pautan : https://www.kosmo.com.my/2020/08/08/budak-9-tahun-kalahkan-profesor/