• Maklumat Terkini Covid-19

    Klik untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan Covid-19 seperti jumlah kes baharu, kes sembuh baharu dan kematian baharu.

  • Facebook Fanpage

    Klik untuk mendapatkan perkongsian terus melalui fanpage. Terdapat sesetengah perkongsian yang hanya dibuat melalui fanpage sahaja.

  • Ciapan Twitter

    Klik untuk mengikuti kemaskini secara terus melalui twitter.

  • Youtube Channel

    Klik untuk menonton video tutorial beserta dengan penerangan terperinci di channel youtube.

  • Kisah 25 Rasul

    Bermula 4 May 2020, satu kisah nabi dari 25 Rasul akan dikongsi setiap hari dan dijangka akan tamat selepas Hari Raya Aidilfitri. Semoga kita semua mendapat manfaat.

Memaparkan catatan dengan label renungan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label renungan. Papar semua catatan

5 Mei 2020

Renungan Ramadhan Malam Kesebelas

Renungan Ramadhan 11


Saudara-saudari yang dirahmati Allah,

Kita kini berada di hari ke 11 Ramadhan. Ini bermakna, kita telah berada di fasa kedua Ramadhan. Kita telah meninggalkan fasa “rahmat” manakala kita kini memasuki fasa “maghfirah”. Sepuluh hari yang berlalu, kita berharap rahmah, belas kasihan dari Allah. Di hari mendatang, pintu maghfirah Allah terbuka luas menunggu kepulangan hamba-hamba-Nya.

4 Mei 2020

Renungan Ramadhan Malam Kesepuluh

Renungan Ramadhan 10



Saudara-saudari yang dirahmati Allah,

Ramadhan yang penuh keberkatan ini disambut di seluruh dunia secara serentak. Walaupun, oleh kerana kedudukan geografi yang berlainan, kita tidak dapat menyambutkan pada satu ketika yang sama.. tetapi semuanya menyambut pada satu tarikh yang sama yakni kemunculan anak bulan
Ramadhan di tempat masing-masing.

3 Mei 2020

Renungan Ramadhan Malam Kesembilan

Renungan Ramadhan 9



Saudara-saudari yang dirahmati Allah,

Salah satu ruh yang penting dalam puasa ialah mewujudkan rasa kebersamaan dengan orang yang kurang bernasib baik. Puasa membolehkan kita yang berkemampuan (secara sukarela) merasa apa yang dirasai (secara terpaksa) oleh golongan yang tidak berkemampuan menikmati makanan dan minuman
yang mencukupi setiap hari.

Bayangkan, kita menahan diri secara sukarela sedangkan peti sejuk kita dipenuhi makanan, kabinet dapur kita sendat dengan pelbagai bahan, tetapi mereka yang kurang bernasib baik terpaksa berlapar kerana mereka tidak mempunyai wang untuk membeli walaupun makanan yang asas seperti beras dan minyak. Kita masih boleh bergembira kerana kita tahu, lapar kita sekadar adalah seketika, sementara menunggu berbuka tetapi bagi mereka entah malam ini, entah esok belum pasti ada cukup makanan untuk seisi keluarga.

2 Mei 2020

Renungan Ramadhan Malam Kelapan

Renungan Ramadhan 8



Saudara-saudari yang dirahmati Allah,

Dalam sebuah hadis, Nabi (saw) bersabda:

Tidaklah berpuasa itu dari makan-minum semata, tetapi berpuasa itu adalah dari perbuatan kosong dan perkataan keji. Maka jika kau dicaci orang atau diperbodohnya, hendaklah kamu mengatakan: “saya ini berpuasa, saya ini berpuasa!”
(hadis riwayat Ibnu khuzaimah dan Ibnu Hibban)

1 Mei 2020

Renungan Ramadhan Malam Ketujuh

Renungan Ramadhan 7


Assalamu alaikum warahmatullah,
Saudara-saudari yang dirahmati Allah,
Nabi (saw) mengingatkan kita bahwa di kalangan orang yang berpuasa, ada yang tidak memperolehi apa-apa kecuali lapar dan dahaga. Dan di sana pula terdapat golongan yang berpuasa dan memperoleh pelbagai keistimewaan dan keberkatan.

Di dalam spektrum yang begitu luas, di manakah kita?

Untuk mencapai darjat tertinggi yang dianugerahkan kepada orang yang berpuasa, kita perlu memenuhi syarat lahiriahnya yakni menahan diri dari makan, minum dan perkara lain yang membatalkan puasa. Kita perlu juga menghidupkan sunat dan adab puasa seperti bersahur, menyegerakan berbuka, bertarawih, bersedekah dan membaca al-Quran. Tetapi itu saja tidak mencukupi.

30 Apr 2020

Renungan Ramadhan Malam Keenam

Renungan Ramadhan 6


Saudara-saudari yang dirahmati Allah,

Orang-orang yang berpuasa nanti akan mempunyai keistimewaan dengan pintu khas untuk masuk ke syurga. Dan kita akan bergembira bukan sahaja ketika berbuka tetapi juga apabila kita bertemu
dengan Allah nanti. Inilah kegembiraan yang hakiki. Selain itu orang yang berpuasa juga dijanjikan kemapunan bagi dosa yang lalu.

Dari Abu Hurairah bahwa Rasulullah (saw) telah bersabda:

“ Barangsiapa yang berpuasa dalam bulan Ramadhan kerana keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, akan diampuni dosa-dosanya yang terdahulu”
(hadis riwayat Ahmad dan Ashabussunan)

29 Apr 2020

Renungan Ramadhan Malam Kelima

Renungan Ramadhan 5


Saudara-saudari yang dirahmati Allah,

Ketahuilah bahawa puasa yang sedang kita jalani ini merupakan jalan singkat untuk mendapat rahmat, pahala dan keberkatan dari Allah.
Orang-orang yang berpuasa merupakan golongan yang terpilih, special, dan mempunyai keistimewaan pada hari qiamat. Sahal bin Sa’ad berkata bahawa Nabi (saw) bersabda:

“Sesungguhnya syurga itu mempunyai sebuah pintu, disebut “rayyan”. Akan diseru pada hari qiamat: “ Mana orang yang berpuasa?”. Lalu bila orang yang terakhir dari mereka telah masuk, maka pintu itupun ditutup”.
(hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

28 Apr 2020

Renungan Ramadhan Malam Keempat

Renungan Ramadhan 4


Saudara-saudari yang dirahmati Allah,

Di antara perkara yang menjadi syi’ar dalam bulan Ramadhan ialah solat sunat tarawih yang kita hadiri pada malam ini. Solat ini sangat besar pahalanya seperti hadis yang diriwayatkan oleh Muslim dari Abu Hurairah r.a. katanya:

Rasulullah (saw) menganjurkan untuk mengerjakan solat pada malam bulan Ramadhan, tetapi tidak mewajibkannya. Beliau bersabda:

“Barangsiapa yang bangun pada malam bulan Ramadhan kerana iman dan mengharapkan keredhaan Allah, maka diampunilah dosa-dosanya yang telah lalu.”

27 Apr 2020

Renungan Ramadhan Malam Ketiga

Renungan Ramadhan 3


Saudara-saudari yang dirahmati Allah,

Di antara sunat puasa yang sering dipandang ringan oleh ramai umat Islam kini ialah bersahur. Bersabda Nabi (saw):

“ Makan sahurlah, kerana makan sahur itu berkat.”
(hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

26 Apr 2020

Renungan Ramadhan Malam Kedua

Renungan Ramadhan 2



Saudara-saudari yang dirahmati Allah,

Allah swt berfirman, maksudnya:

Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kami berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa .
(Surah al-Baqarah: 183)

25 Apr 2020

Renungan Ramadhan Malam Pertama

Renungan Ramadhan 1

Saudara-saudari yang dirahmati Allah,

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah kerana dengan limpah kurnianya, kita dipanjangkan usia untuk berada di awal Ramadhan. Inilah yang sering kita doakan :

“ Ya Allah berkatilah kami di bulan Rejab dan Sya’ban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan.”

Kita juga bersyukur kerana malam ini kita dapat bersama dalam majlis solat terawih, salah satu sunnah yang amat diberatkan di bulan Ramadhan. Semoga Allah memanjangkan umur kita bagi memperoleh segala keberkatan Ramadhan dan mengekalkan kita dengan iltizam dan komitmen kepada solat terawih.

24 Feb 2020

Sesuatu untuk difikirkan bersama (tiada kaitan dengan perletakan jawatan Tun M)

Permulaan tahun 2020 sememangnya amat mencabar terutamanya bagi netizen (internet citizen) khasnya keyboard warrior. Pelbagai isu yang datang bertalu-talu memerlukan ulasan yang padu, kritikan, kecaman dari mereka. Hahaa..

Tidak hairan la jika terdapat segelintir wartawan yang menjadikan perkongsian pengguna facebook sebagai salah satu sumber suapan berita. Hahaa..

Terdahulu negara dikejutkan dengan peristiwa "seorang lelaki" memakai pakaian wanita di tanah suci. 

Disusuli pula dengan pemergian secara mengejut arwah Syed Umar Mokhtar bin Syed Mohd Redzuan (Abam Bocey). Alhamdulillah, sikap suka menderma arwah secar diam-diam telah disingkap satu persatu selepas pemergiannya. Semoga beliau ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

Kemudian, dunia seni dikejutkan dengan pemergian arwah Ashraf Sinclair. Kasih sayang isterinya, Bunga Citra Lestari yang tidak bertepi sehingga sanggup menempah slot liang lahad bersebelahan kubur suaminya.

Seterusnya kecoh pula dengan video temubual jutawan kosmetik terkenal dengan balu arwah Abam Bocey semasa menyampaikan sumbangan bagi pihak syarikatnya. 
Berlaku pula tindak balas dari pihak keluarga arwah Abam Bocey. Sehingga entri ni ditulis, masih belum selesai-selesai lagi.
Baca ja kat astro awani topik Aliff Syukri dan Ali Puteh untuk info. Banyak pula nak cover nanti kalau diulas. Hahaa..

Kemudian dari semalam 23/02/2020, terdapat ura-ura akan berlaku perubahan pucuk pimpinan negara. Apa yang pasti Tun M telah meletak jawatan sebagai Perdana Menteri dan YDP Agung telah berkenan melantik beliau sebagai Perdana Menteri Interim.
Apa-apa pun yang berlaku, semoga semuanya dalam keadaan aman dan tidak memberikan impak yang besar kepada rakyat secara amnya dan negara secara khususnya.

6 Dis 2010

Doa akhir tahun hijrah dan doa awal tahun hijrah

selamat Tahun Baru Hijrah.
jangan lupa baca doa akhir tahun dan awal tahun baru hijrah di bawah yer.. :)

Doa Akhir Tahun

baca sebanyak 3 kali penghujung waktu Asar, sebelum masuk waktu Maghrib


Doa Awal Tahun

baca sebanyak 3 kali selepas solat Maghrib



24 Nov 2010

bersihkan mulut selepas menyusu

ARYANA baru berusia tiga tahun, tetapi hampir keseluruhan gigi hadapannya sudah rosak dan berwarna hitam. Kadangkala apabila makan makanan manis, dia mengadu sakit gigi namun tiada apa yang boleh dilakukan doktor selain meminta Aryana mengurangkan makanan manis dan menunggu sehingga gigi kekalnya tumbuh apabila dia berusia lima tahun.
ELAK...usah biarkan anak tidur dengan botol susu di mulut kerana ia juga boleh menyebabkan kerosakan gigi.

Masalah dilalui Aryana mungkin dilalui ramai kanak-kanak lain. Sebahagian kanak-kanak pada usia tiga tahun menghadapi masalah kerosakan gigi serta gigi reput yang disebabkan kurangnya penjagaan.