• Maklumat Terkini Covid-19

    Klik untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan Covid-19 seperti jumlah kes baharu, kes sembuh baharu dan kematian baharu.

  • Facebook Fanpage

    Klik untuk mendapatkan perkongsian terus melalui fanpage. Terdapat sesetengah perkongsian yang hanya dibuat melalui fanpage sahaja.

  • Ciapan Twitter

    Klik untuk mengikuti kemaskini secara terus melalui twitter.

  • Youtube Channel

    Klik untuk menonton video tutorial beserta dengan penerangan terperinci di channel youtube.

  • Kisah 25 Rasul

    Bermula 4 May 2020, satu kisah nabi dari 25 Rasul akan dikongsi setiap hari dan dijangka akan tamat selepas Hari Raya Aidilfitri. Semoga kita semua mendapat manfaat.

Memaparkan catatan dengan label sabri yunus. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sabri yunus. Papar semua catatan

11 Sep 2019

Ripin Mugha Batu (Jogho yang Tewas)

Mungkin ramai yang memerah otak atau mungkin tergaru kepala yang tak gatal kalau ditanya siapa anak seni diberi nama Mohd Sabri Yunus. Tapi kalau ditanya siapa Wan Ismail Golok mesti akan terbayang watak dan pembawaan beliau dalam sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu. Terbaru nama jolokan beliau Pok Ya Cong Codei sehingga anak kecil turut mengenali beliau.



Salah satu buah tangan beliau ialah drama bersiri bertajuk Ripin Mugha Batu yang mula ditayangkan di TV2 bermula 28 Ogos yang lepas. Sehingga kini sudah menginjak ke episod 10 bermakna hanya tinggal 3 episod sahaja lagi. Drama bersiri ini sudah mula menjadi bualan dan menarik minat peminat-peminat cerita arahan beliau, namun kali ni beliau tidak melakonkan watak utama namun pengalaman beliau nyata diterjemahkan dengan baik apabila kesemua watak-watak dilihat seimbang dan memberikan impak yang besar kepada keseluruhan cerita.