• Maklumat Terkini Covid-19

    Klik untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan Covid-19 seperti jumlah kes baharu, kes sembuh baharu dan kematian baharu.

  • Facebook Fanpage

    Klik untuk mendapatkan perkongsian terus melalui fanpage. Terdapat sesetengah perkongsian yang hanya dibuat melalui fanpage sahaja.

  • Ciapan Twitter

    Klik untuk mengikuti kemaskini secara terus melalui twitter.

  • Youtube Channel

    Klik untuk menonton video tutorial beserta dengan penerangan terperinci di channel youtube.

  • Kisah 25 Rasul

    Bermula 4 May 2020, satu kisah nabi dari 25 Rasul akan dikongsi setiap hari dan dijangka akan tamat selepas Hari Raya Aidilfitri. Semoga kita semua mendapat manfaat.

Memaparkan catatan dengan label sains. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sains. Papar semua catatan

5 Feb 2021

kitar hidup seekor burung bermula daripada telur

Subhanallah!!~
Gambar² di bawah memaparkan proses kejadian seekor burung kakak tua bermula daripada sebiji telur sehingga menjadi seekor burung yang cantik.

15 Feb 2020

Kitar hidup rama-rama bermula dari telur

Sebagai kesinambungan kepada entri sebelum ni iaitu Kitar hidup seekor burung bermula daripada telur pada Jun 2010.

Hari simieY tambah lagi satu entri berkaitan dan rama-rama menjadi pilihan.

Sebagaimana kita tahu, semua orang sukakan rama-rama terutamanya kanak-kanak dan simieY mengambil kesempatan ni untuk masukkan gambar kitaran hidup rama-rama bermula daripada telur sehinggalah menjadi rama-rama yang amat cantik.

simieY cuba buat entri yang seringkas mungkin dan untuk penerangan tentang proses-proses di bawah boleh rujuk di Butterfly Life Cycle / Butterfly Metamorphosis

17 Feb 2016

Sindiket kantoi pindah gas dari tong guna kaedah sains kuno

Sindiket penyelewengan gas petroleum cecair (LPG) subsidi dikesan menggunakan kaedah kuno dengan merendam silinder kosong di dalam ketulan ais untuk memindahkan gas dicuri.

Kegiatan itu dibongkar selepas sepasukan pegawai Kementerian Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Selangor menggempur sebuah premis haram di Kawasan Industri Mas Jaya, Cheras, di sini, pagi semalam.

Hasil serbuan bermula kira-kira jam 11 pagi itu, pihak KPDNKK menahan dua lelaki warga tempatan dan dua lelaki warga Myanmar berusia dalam lingkungan 20 hingga 50-an.

13 Nov 2010

jantung tiruan alternatif terbaik sebelum jantung penderma diperoleh

SEBELUM menjalani pembedahan menanam jantung tiruan tanpa nadi, Peter Houghton, dari Birmingham, United Kingdom, dikhabarkan hanya boleh hidup dalam masa beberapa minggu sahaja. Ini disebabkan jantungnya hanya bekerja sebanyak 10 peratus daripada keupayaan manusia normal.



Bagaimanapun berkat daripada pemindahan jantung tiruan itu, Houghton yang merupakan pesakit pertama di Hospital John Radcliffe, Oxford, akhirnya bukan sahaja dapat memanjangkan usianya selama beberapa bulan, bahkan hidup lebih daripada tujuh tahun.

Houghton dipasang dengan jantung Jarvik berkuasa bateri pada bulan Jun 2000.

12 Nov 2010

Mata pelajaran Dunia Sains dan Teknologi diperkenalkan bagi Tahun Satu tahun depan

KUALA LUMPUR: Mata pelajaran baru, Dunia Sains dan Teknologi akan diperkenalkan bagi murid Tahun Satu mulai tahun depan untuk menggantikan subjek Sains di bawah Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).

Mata pelajaran baru itu akan memberi pendedahan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) secara praktikal atau `hands-on’ bermula Tahun Satu, sekali gus membolehkan mereka memanfaatkan ilmu itu merentasi kurikulum untuk pembelajaran subjek lain.
Selain itu, mereka juga akan mempelajari asas sains hayat, sains fizikal dan sains bahan yang diberi penilaian berasaskan sekolah melalui kaedah pemerhatian secara berterusan serta pelbagai pendekatan meliputi secara bertulis dan projek ditentukan guru.

Presiden Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB), Mohamed Sabri Mohd Arsad, berkata guru yang terbabit dalam subjek baru itu sudah mula menjalani kursus peringkat daerah.

Mengikut sukatan pelajaran Dunia Sains dan Teknologi, murid Tahun Satu akan didedahkan kepada penguasaan ICT bagi enam minggu pertama yang memfokus kepada kemahiran menggunakan aplikasi dan program komputer.

19 Okt 2010

sarung tangan tertinggal dalam tekak pesakit

LONDON: Sepasukan pakar bedah tertinggal sarung tangan getah dalam tekak pesakit, menyebabkan suaranya berubah seperti penyanyi lagu soul, mendiang Barry White.

Pembedahan itu bertujuan membantu pemandu trak, Wayne Williams supaya mudah bernafas.

Apabila sedar daripada pembedahan, kakitangan di Hospital St George di Tooting, London Barat Daya, berkata, keadaannya baik.

Bagaimanapun, setahun kemudian, ujian pengimbasan menunjukkan terdapat sarung tangan di dalam tekaknya. Williams, 36, berkata, kesilapan pakar bedah itu memusnahkan kehidupannya.

Dia bagaimanapun mendapat pampasan berjumlah �350,000 (RM1.7 juta).

sumber asal: http://www.hmetro.com.my/articles/20101019013138/Article