• Maklumat Terkini Covid-19

    Klik untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan Covid-19 seperti jumlah kes baharu, kes sembuh baharu dan kematian baharu.

  • Facebook Fanpage

    Klik untuk mendapatkan perkongsian terus melalui fanpage. Terdapat sesetengah perkongsian yang hanya dibuat melalui fanpage sahaja.

  • Ciapan Twitter

    Klik untuk mengikuti kemaskini secara terus melalui twitter.

  • Youtube Channel

    Klik untuk menonton video tutorial beserta dengan penerangan terperinci di channel youtube.

  • Kisah 25 Rasul

    Bermula 4 May 2020, satu kisah nabi dari 25 Rasul akan dikongsi setiap hari dan dijangka akan tamat selepas Hari Raya Aidilfitri. Semoga kita semua mendapat manfaat.

Memaparkan catatan dengan label sambung. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sambung. Papar semua catatan

6 Sep 2021

perjalanan mimpi yang terakhir : Polis akan mohon sambung tempoh reman Sittah Annur

 

Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan melakukan permohonan reman tambahan terhadap ketua Ajaran Perjalanan Mimpi Yang Terakhir (PMYT) yang menggunakan gelaran Sittah Annur berusia 39 tahun.


Reman terhadap suspek dilakukan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan (kesalahan yang menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan atau permusuhan, benci membenci atau niat jahat atau memudaratkan pemuliharaan keadaan harmoni atau perpaduan, atas alasan agama) dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.



Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, pihaknya akan memohon untuk menyambung reman suspek kerana terdapat beberapa perkara lagi yang perlu disiasat.


"Setakat ini, siasatan masih berjalan, pihak polis sedang meneliti semua video yang dimuat naik menerusi pelbagai platform seperti Youtube dan Facebook.


"Dokumen-dokumen berkaitan juga sudah dihantar kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk tindakan lanjut," katanya ketika dihubungi Harian Metro.


Terdahulu, polis menahan Sittah pada 4 September lalu selepas menyerbu kediamannya di Shah Alam.


Polis turut membuat rampasan lima telefon bimbit pelbagai jenama, sekeping kad bank, sekeping resit pemindahan wang ke akaun bank tempatan sebanyak RM84,721.42 dan sepasang telekung warna putih dipercayai digunakan oleh suspek semasa membuat Live Facebook.


Bermula 29 Ogos lalu, Harian Metro melaporkan seorang wanita berusia 39 tahun yang menggunakan gelaran Sittah Annur didakwa mula mengembangkan ajaran PMYT yang dipercayai bertentangan dengan ajaran Islam sebenar.


Wanita berasal dari Kelantan dan menetap di Shah Alam itu dikesan sejak enam bulan lalu menggunakan media sosial seperti Facebook (FB), YouTube dan Telegram untuk berkongsi pelbagai ramalan termasuk Perang Dunia Ketiga kononnya berlaku di Sabah sebelum dia memimpin pasukannya untuk mencari Imam Mahdi bagi melawan musuh.


Selain bercerita mengenai peperangan itu, Sittah Annur turut mendakwa dirinya beryaqazah dengan malaikat dan bertemu secara jaga (sedar) dengan Nabi Muhammad SAW dan merangka pelan keluar bersama pengikutnya jika peperangan berlaku.


Malah, bagi meyakinkan pengikutnya, Sittah Annur turut dikesan menjaja nama beberapa orang pemimpin negara, pemimpin dunia dan tokoh agama sebagai khalifah kepada ajarannya itu.


Lebih membimbangkan, perancangan teliti ala tentera dirancang kumpulan itu membabitkan pergerakan ke 29 lokasi di seluruh negara sebaik berlakunya serangan di Sabah.


Susulan pendedahan Harian Metro, pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tampil membuat laporan polis di seluruh negara mendesak pihak berkuasa agama dan PDRM mengambil tindakan segera terhadap kumpulan berkenaan yang disifatkan mengganggu ketenteraman awam selain menyimpang daripada ajaran Islam sebenar.


Pelbagai pihak berkuasa agama negeri termasuk Jakim dan Mufti menyifatkan ajaran ini terpesong daripada Islam.


PMYT: Polis akan mohon sambung reman ketua ajaran

Pautan : https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/09/751577/pmyt-polis-akan-mohon-sambung-reman-ketua-ajaran

17 Jun 2021

Darurat tidak disambung Parlimen bersidang secepat mungkin

Raja-Raja Melayu sependapat bahawa tidak ada keperluan untuk meletakkan negara di bawah pemerintahan darurat selepas 1 Ogos depan.


Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad berkata, Raja-Raja Melayu juga sependapat perlunya sebuah kerajaan yang stabil dan mendapat keyakinan serta sokongan majoriti rakyat.



Untuk itu, katanya, Raja-Raja Melayu menyokong pendirian Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang menitahkan Parlimen bersidang secepat mungkin dengan kaedah dan prosedur persidangan seperti diamalkan beberapa negara, yang terbukti berkesan dalam mengawal jangkitan Covid-19.


"Turut dizahirkan bahawa program vaksinasi hendaklah dipertingkatkan dengan mengurangkan kerenah birokrasi agar negara dapat mencapai matlamat imuniti kelompok 80 peratus secepat mungkin.



"Nyawa dan kehidupan rakyat wajib diutamakan mengatasi perkara-perkara lain. Program menangani wabak hendaklah difahami dan mendapat sokongan rakyat tanpa menimbulkan keraguan, kaedah menangani wabak hendaklah bersifat inklusif.


"Suhu politik yang semakin panas perlu diredakan," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan selepas sesi Perbincangan Khas Majlis Raja-Raja di Istana Negara, hari ini


Syed Danial berkata, Raja-Raja Melayu mengambil maklum beberapa perkara antaranya negara sedang menghadapi wabak Covid-19 dengan angka jangkitan harian tinggi meskipun dalam pemerintahan darurat, keadaan ekonomi membimbangkan, suasana politik tidak stabil dan perpaduan rakyat semakin retak.


Untuk itu, katanya, Raja-Raja Melayu berpendirian penting untuk semua pihak menghormati mekanisme semak dan imbang antara cabang eksekutif, legislatif dan kehakiman untuk menjamin tadbir urus telus, berintegriti dan bertanggungjawab kepada rakyat, terutama dalam hal ehwal kewangan serta perbelanjaan negara.


Di peringkat negeri, raja-raja memerintah sembilan negeri itu turut berpendirian agar Dewan Undangan Negeri (DUN) dibolehkan bersidang secepat mungkin.


"Di peringkat negeri masing-masing baginda turut menerima menghadap pelbagai pihak yang menyembah kebimbangan terhadap keadaan negara ketika ini," katanya.


Terdahulu, Raja-Raja Melayu menzahirkan penghargaan pada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas sifat baginda mengamalkan budaya bermesyuarah, bersedia mendengar pandangan daripada institusi yang mewakili rakyat, dan pada hari ini mengadakan pertemuan untuk mendapatkan nasihat daripada Raja-Raja Melayu.


Raja-Raja Melayu sependapat tiada keperluan darurat disambung

Pautan : https://www.hmetro.com.my/utama/2021/06/718797/raja-raja-melayu-sependapat-tiada-keperluan-darurat-disambung