• Maklumat Terkini Covid-19

    Klik untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan Covid-19 seperti jumlah kes baharu, kes sembuh baharu dan kematian baharu.

  • Facebook Fanpage

    Klik untuk mendapatkan perkongsian terus melalui fanpage. Terdapat sesetengah perkongsian yang hanya dibuat melalui fanpage sahaja.

  • Ciapan Twitter

    Klik untuk mengikuti kemaskini secara terus melalui twitter.

  • Youtube Channel

    Klik untuk menonton video tutorial beserta dengan penerangan terperinci di channel youtube.

  • Kisah 25 Rasul

    Bermula 4 May 2020, satu kisah nabi dari 25 Rasul akan dikongsi setiap hari dan dijangka akan tamat selepas Hari Raya Aidilfitri. Semoga kita semua mendapat manfaat.

Memaparkan catatan dengan label sampingan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sampingan. Papar semua catatan

19 Apr 2021

Penerima punyai sistem imun badan kuat alami kesan sampingan vaksin Covid-19 lebih ketara

 

Orang muda dan wanita dilaporkan mungkin berdepan kesan sampingan lebih ketara selepas mendapat suntikan vaksin Covid-19 kerana mempunyai sistem imun lebih kuat.


Kesan sampingan yang biasa dialami termasuk sengal-sengal pada tangan, demam, pening dan keletihan.


Namun, ia tidak bermakna vaksin Covid-19 kurang berkesan pada mereka yang tidak mengalami kesan sampingan berkenaan, menurut pakar.



Penolong Profesor Hsu Li Yang, naib dekan kesihatan global di Sekolah Kesihatan Awam Universiti Nasional Singapura (NUS), Saw Swee Hock berkata, kesan sampingan yang sering dialami seperti sakit lengan, sengal-sengal pada otot, demam, pening kepala dan keletihan adalah hasil kereaktifan, manifestasi fizikal sistem imun yang bertindak balas terhadap vaksinasi.


"Tiada kaitan secara langsung antara ketiadaan atau kehadiran kesan sampingan reaktifogenik dengan keberkesanan vaksin.


"Jadi, mereka yang tidak mempunyai kesan sampingan juga masih dilindungi oleh vaksin itu," katanya seperti dilaporkan Berita Harian Singapura.


Sementara itu, pakar penyakit berjangkit di Hospital Gleneagles, Dr Ling Li Min berkata, kesan sampingan seperti demam dan sengal-sengal adalah tanda baik bahawa tindak balas imun berfungsi.


"Namun, keberkesanan vaksin pada orang tua belum dapat dikaji dengan baik setakat ini.


"Secara teori, ini bermakna vaksin kurang berkesan pada orang yang lebih tua kerana kekurangan sel T yang ada dalam tubuh mereka untuk bertindak balas terhadap vaksin," katanya.


Sel T adalah sejenis sel darah putih yang bekerjasama dengan antibodi untuk menghapuskan virus Sars-CoV-2 yang menyebabkan Covid-19, lapor The Straits Times.


Katanya, ia tidak bermakna warga tua tidak perlu mendapatkan vaksin, sebaliknya patut mendapatkan perlindungan dengan vaksin.


"Disebabkan sistem imun mereka yang semakin menua, (warga tua) mempunyai kemungkinan lebih tinggi mengalami simptom teruk, dimasukkan ke unit jagaan rapi atau mati jika dijangkiti," katanya.


Menurutnya, kajian di Britain menunjukkan bahawa bagi mereka yang berusia 80 tahun ke atas, vaksin Pfizer mempunyai kadar keberkesanan sebanyak 86 peratus dalam mencegah jangkitan simptomatik Covid-19 lebih 14 hari selepas dos kedua.


Dalam percubaan Pfizer, mereka yang berusia antara 18 dengan 55 tahun melaporkan mengalami kesan sampingan seperti demam, keletihan, sakit kepala dan sakit di bekas tempat suntikan lebih kerap berbanding mereka yang berusia 56 tahun ke atas.


Vaksin Moderna juga menunjukkan trend serupa dengan mereka berusia 18 hingga 64 tahun melaporkan kesan sampingan lebih kerap berbanding mereka yang berusia 65 tahun ke atas.


Dalam kedua-dua percubaan itu, kesan sampingan lebih kerap dilaporkan selepas suntikan kedua.


Sementara itu, di Singapura, doktor berkata, mereka merawat segelintir pesakit setiap minggu yang mengalami reaksi vaksin, di mana orang muda lebih cenderung mengalami kesan sampingan yang ketara.


Doktor keluarga di Mission Medical Clinic, Dr Leong Choon Kit berkata, beliau berjumpa sekitar satu pesakit setiap hari bagi reaksi vaksin, kebanyakan daripada mereka terdiri daripada golongan pendidik yang berusia antara 20-an dan 30-an.


Katanya, beliau jarang berjumpa warga emas yang mengalami kesan serupa.


Kesan sampingan vaksin ketara jika sistem imun kuat

Pautan : https://www.hmetro.com.my/global/asia/2021/04/696766/kesan-sampingan-vaksin-ketara-jika-sistem-imun-kuat

3 Ogo 2020

Tiada bukti saintifik kesan sampingan guna termometer infra merah ukur suhu di dahi


Sejak beberapa hari lepas, beberapa pihak telah tampil dengan bberapa "teori" kesan buruk termometer infra merah ke atas manusia. Saya tidak mengulas lanjut mengenai isu ini walaupun turut menerima soalan sama dari salah seorang pekerja prihatin di tempat kerja. Sebagai Penyelaras Keselamatan Kesihatan Pekerjaan dan Persekitaran, saya mengambil langkah tunggu dan lihat.



Saya turut membuat carian di internet dan terdapat beberapa artikel yang menyokong "teori" di atas malah ada yang mengecam tindakan menyebarkan berita tentangnya. 

Apa yang menarik perhatian, negara jiran Indonesia juga turut kecoh berkaitan isu ini. Betul lah dunia tanpa sempadan, semua maklumat di hujung jari..


Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memandang serius isu yang tular di laman sosial berkaitan keselamatan penggunaan termometer infra merah tanpa sentuh yang dikatakan boleh menyebabkan kecederaan kepada otak.



Menurutnya, alat itu direka bentuk untuk mengesan dan menyerap isyarat sinaran infra merah daripada permukaan kulit yang kemudiannya diubah menjadi isyarat elektrik.

"Kajian yang dilaksanakan oleh Cawangan Penilaian Teknologi Kesihatan, KKM mendapati tiada bukti saintifik mengenai kesan sampingan penggunaan termometer infra merah untuk mengukur suhu di dahi,” katanya.

Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata, KKM sedar tentang terdapatnya termometer infra merah yang tidak berdaftar atau mendapat kebenaran akses dalam pasaran.

“Adalah diingatkan bahawa KKM melalui Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (PBPP) akan terus memantau situasi ini dan akan mengambil tindakan terhadap mana-mana perlanggaran undang-undang sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Akta Peranti Perubatan 2012 (Akta 737),” katanya. - Bernama

Termometer infra merah selamat digunakan, kata KP Kesihatan


Klaim tentang radiasi laser termometer tembak atau thermo gun berbahaya bagi tubuh manusia beredar di media sosial. Klaim ini disebarkan lewat video bertajuk "VIRALKAN !!! Radiasi Laser THERMO Gun Ternyata berbahaya, Simak Penjelasannya" yang diunggah Channel YouTube Mayor Saleh Nasionalis Karaeng Sila.

Dalam video berdurasi 2 menit 20 detik itu, terdapat seorang pria yang mengklaim mengenai bahanya penggunaan thermo gun bagi tubuh manusia.



Cek Fakta Liputan6.com menelusuri klaim tentang radiasi laser termometer tembak atau thermo gun berbahaya bagi tubuh manusia. Penelusuran dilakukan dengan menghubungi Spesialis Penyakit Dalam, dr Ari Fahrial Syam SpPD-KGEH.

Dokter Ari mengatakan, termometer inframerah yang biasa digunakan untuk mengecek suhu badan aman digunakan. Termometer tersebut, kata dia, sudah lolos uji kesehatan.

"Produk itu sudah lolos uji kesehatan, jadi sudah diperhitungkan bahwa alat itu aman," kata dr Ari kepada Liputan6.com, Senin (20/7/2020).

Dokter Ari menambahkan, penggunaan termometer inframerah juga tidak berdampak pada sistem saraf dan retina manusia.

"Termometer inframerah tidak memancarkan radiasi seperti sinar-X dan karena itu tidak mempengaruhi sistem saraf termasuk juga tidak merusak retina," ucap Dekan Fakultas Kedokteran Universitas Indonesia (UI) itu.

Cek Fakta: Tidak Benar Radiasi Laser Thermo Gun Berbahaya bagi Tubuh Manusia


Thermo gun, alat pengukur suhu yang kerap kita jumpai belakangan ini, telah menjadi korban baru dari informasi palsu terkait Covid-19. Banyak masyarakat bertanya-tanya tentang keamanan thermo gun atau alat pengukur suhu berbentuk pistol yang ditembakkan ke dahi itu. 

Hal ini bermula dari unggahan video yang disampaikan ekonom Ichsanuddin Noorsy. Dalam bincang bersama Helmi Yahya, Ichsanuddin mengatakan bahwa thermo gun dikhawatirkan dapat merusak jaringan otak.

"Karena hand gun termometer itu untuk memeriksa kabel panas. Lasernya dipakai untuk memeriksa kabel panas bukan untuk temperatur manusia," kata Ichsan dalam video tersebut. "Mereka jual alat, tapi kita dibodohi. Kepala kita ditembak laser, kita tidak tahu dampak pada struktur otak bagaimana," imbuhnya. 

Perlu diketahui dan dipahami, ini adalah informasi yang salah atau hoaks. Dr. dr. Aru Wisaksono Sudoyo, Sp.PD-KHOM selaku Ketua yayasan Kanker Indonesia (YKI) mengatakan bahwa informasi tersebut tidak benar. "Alat itu (thermo gun) menggunakan inframerah bukan laser," kata Aru menyanggah ucapan Ichsannuddin, dihubungi Kompas.com, Senin (20/7/2020). 


Selain itu, Prof. Dr. dr. H. Ari Fahrial Syam, SpPD-KGEH, MMB, FINASIM, FACP yang merupakan guru besar pada Departemen Ilmu Penyakit Dalam FKUI RS Cipto Mangunkusumo juga menegaskan hal yang sama. Ari menyampaikan, thermo gun sudah lolos uji kesehatan dan aman digunakan. "Thermal gun sudah lulus uji kesehatan, jadi sudah diperhitungkan bahwa alat ini aman," kata Ari kepada Kompas.com, Senin (20/7/2020). 

Ari yang juga merupakan Dekan Fakultas Kedokteran Universitas Indonesia (FKUI) juga menyampaikan bahwa alat ini tidak akan berpengaruh pada sistem saraf dan retina karena tidak memancarkan radiasi seperti sinar-X. "Thermometer inframerah tidak memancarkan radiasi seperti sinar-X. Dan karena itu, tidak mempengaruhi sistem saraf termasuk juga tidak merusak retina," jelasnya.

[Hoaks] Thermo Gun Disebut Berbahaya untuk Otak, Begini Faktanya
Penulis : Gloria Setyvani Putri
Editor : Gloria Setyvani Putri