• Maklumat Terkini Covid-19

    Klik untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan Covid-19 seperti jumlah kes baharu, kes sembuh baharu dan kematian baharu.

  • Facebook Fanpage

    Klik untuk mendapatkan perkongsian terus melalui fanpage. Terdapat sesetengah perkongsian yang hanya dibuat melalui fanpage sahaja.

  • Ciapan Twitter

    Klik untuk mengikuti kemaskini secara terus melalui twitter.

  • Youtube Channel

    Klik untuk menonton video tutorial beserta dengan penerangan terperinci di channel youtube.

  • Kisah 25 Rasul

    Bermula 4 May 2020, satu kisah nabi dari 25 Rasul akan dikongsi setiap hari dan dijangka akan tamat selepas Hari Raya Aidilfitri. Semoga kita semua mendapat manfaat.

Memaparkan catatan dengan label samun. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label samun. Papar semua catatan

17 Feb 2016

Rempuh kedai emas dengan foklif sebelum rompak

Seorang penyamun menggunakan taktik pelik untuk merompak kedai emas di Pingxiang, wilayah Jiangxi apabila dia merempuh premis berkenaan menggunakan foklif sebelum mengaut barang kemas di dalamnya.

Perbuatannya yang mengejutkan itu nyata berjaya hanya seketika apabila polis yang tiba di tempat kejadian tidak lama selepas dihubungi sempat menangkapnya.

Saksi dikenali sebagai Shi Wuwei berkata, kejadian berlaku sekitar jam 3 pagi (waktu tempatan).


9 Mac 2011

peniaga air dan penjaga letak kereta dipenjara dan sebat samun RM6 dan handphone

ALOR SETAR – Seorang peniaga air dan penjaga letak kereta masing-masing dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan sembilan tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini setelah didapati bersalah menyamun dompet berisi RM6 dan seunit telefon bimbit milik dua remaja di sini Oktober tahun lalu.
SYED ANUAR bertindak agresif dan cuba menendang jurugambar ketika dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Alor Setar semalam.

Hakim Mohd. Sabri Ismail menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan enam sebatan ke atas Syed Anuar Syed Mohd. Arus, 39, manakala rakannya, Mohd. Fazry Mohamad, 26, dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun dan empat sebatan.

25 Ogo 2010

disamun dan disuntik cecair

IPOH: Seorang pelajar tingkatan lima sebuah sekolah di sini, bukan saja menjadi mangsa samun seorang lelaki tidak dikenali, malah turut disuntik sejenis cecair yang tidak diketahui hingga menyebabkannya terlantar di hospital sejak seminggu lalu.

Lebih membimbangkan, doktor kini memantau keadaan mangsa dari semasa ke semasa bagi mengenal pasti cecair yang disuntik lelaki terbabit.

Berdasarkan pemeriksaan awal dan ujian darah, doktor mengesahkan mangsa tidak dijangkiti jangkitan seperti virus, hepatitis atau HIV, namun pihak hospital akan memantau keadaan mangsa dan menjalankan ujian darah kali kedua dalam tempoh tiga bulan lagi.