• Maklumat Terkini Covid-19

    Klik untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan Covid-19 seperti jumlah kes baharu, kes sembuh baharu dan kematian baharu.

  • Facebook Fanpage

    Klik untuk mendapatkan perkongsian terus melalui fanpage. Terdapat sesetengah perkongsian yang hanya dibuat melalui fanpage sahaja.

  • Ciapan Twitter

    Klik untuk mengikuti kemaskini secara terus melalui twitter.

  • Youtube Channel

    Klik untuk menonton video tutorial beserta dengan penerangan terperinci di channel youtube.

  • Kisah 25 Rasul

    Bermula 4 May 2020, satu kisah nabi dari 25 Rasul akan dikongsi setiap hari dan dijangka akan tamat selepas Hari Raya Aidilfitri. Semoga kita semua mendapat manfaat.

Memaparkan catatan dengan label sejuk. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sejuk. Papar semua catatan

31 Mei 2021

Polis temui 1000 janin manusia dalam peti sejuk

 

Polis menemui lebih 1,000 janin manusia disimpan dalam peti sejuk di sebuah pangsapuri di Ha Dong di sini, selepas menerima maklumat berhubung sekumpulan individu membawa beg hitam di kawasan itu.


Akhbar Kinh te & Do Thi melaporkan polis mengawasi kumpulan itu sehingga ke apartmen terbabit.



Pasukan keselamatan kemudiannya menyerbu pangsapuri itu dan menemui dua peti sejuk besar yang dipenuhi beg hitam.


Pemeriksaan lanjut mendapati beg hitam itu mengandungi janin manusia dan empat orang ditahan untuk disoal siasat.


Peti penyejuk beku dan janin kemudian ditempatkan di rumah pengebumian daerah sementara menunggu siasatan.


Siasatan awal polis menunjukkan keempat-empat suspek sering mengumpul janin hasil pengguguran daripada klinik dan tempat pembuangan sampah di bandar dan mengatur pengebumian yang sesuai.


Mereka melakukan pengebumian di Thanh Oai dan Soc Son di Hanoi dan di Wilayah Nam Dinh.


Bagaimanapun, oleh kerana jarak yang sangat jauh di antara kawasan berkenaan, kumpulan itu menyimpan janin di dalam peti sejuk terlebih dulu.


Walaupun polis menyatakan kes tidak berunsur jenayah, tetapi pihak berkuasa tempatan berkata, ia menyebabkan masalah alam sekitar mengenai cara janin ditangani dan disimpan.


Vietnam adalah antara negara yang mencatatkan kadar pengguguran janin tertinggi di dunia, menurut laporan rasmi kesihatan.


Jabatan Ibu dan Kanak-kanak di bawah Kementerian Kesihatan merekodkan 14 kes pengguguran janin dalam 100 kelahiran pada 2018. Antara sebab pengguguran dilakukan adalah kerana pemilihan jantina bayi selain kekurangan pendidikan seksual.


Malah, hubungan seksual tanpa nikah masih dianggap tabu menyebabkan gadis muda berdepan kecaman masyarakat sekiranya didapati hamil tanpa ikatan perkahwinan yang sah.


1,000 janin manusia dalam peti sejuk

Pautan : https://www.hmetro.com.my/utama/2021/05/712077/1000-janin-manusia-dalam-peti-sejuk

26 Jan 2021

Percubaan seludup 61 tan ayam sejuk beku dari Thailand gagal

 

Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) merampas lebih 61 tan ayam sejuk beku dianggar bernilai RM495,608 yang cuba diseludup dari Thailand ke negara ini kelmarin.


Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, lori membawa ayam yang sudah dipotong kepada 5,161 bahagian itu ditahan dalam pemeriksaan di Kompleks Imigresen, Kastam Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam.



Pengarah MAQIS Kedah, Lily Rosalind Paul, berkata pemeriksaan mendapati keratan ayam itu cuba dibawa masuk tanpa mematuhi syarat import dan dipercayai dibawa dari pusat penyembelihan tidak diiktiraf serta meragukan.


"Kegagalan mengemukakan maklumat berkenaan adalah kesalahan mengikut Seksyen 15(1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728).


"Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya sekali," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.


Sementara itu, pada kira-kira jam 6 petang di lokasi sama, MAQIS turut merampas 191 botol benih cendawan dan sembilan bungkus sosej dianggarkan bernilai RM854 selepas lori yang ditahan gagal mengemukakan permit import sah.


Lily berkata, MAQIS tidak akan memandang mudah terhadap perkara ini dan sentiasa komited memastikan keluaran pertanian diimport bebas daripada ancaman perosak, penyakit dan bahan cemar bagi memastikan sektor pertanian negara tidak terjejas.


MAQIS rampas ayam sejuk beku 61 tan

Pautan : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/01/779959/maqis-rampas-ayam-sejuk-beku-61-tan

29 Nov 2020

Makanan sejuk beku positif Covid-19

 Sampel tiga bungkusan makanan sejuk beku yang diimport ke pusat bandar Wuhan didapati positif Covid-19 selepas ujian saringan dijalankan.


Suruhanjaya Kesihatan Perbandaran Wuhan berkata, ia membabitkan dua sampel daging sejuk beku dari Brazil yang disimpan di gudang selain satu lagi membabitkan ikan sejuk beku spesies patin dari Vietnam yang disimpan di gudang berasingan.


Pihak berkuasa turut mengasingkan dan menjalankan saringan asid nukleik ke atas pekerja yang didapati ada kontak langsung dengan produk makanan berkenaan tetapi kesemuanya didapati negatif Covid-19 setakat ini.


Namun, penghantaran stok makanan sejuk beku dari sampel makanan yang tercemar itu belum dipasarkan di pasar basah, lapor portal People.


China juga meningkatkan usaha untuk menyekat kemasukan makanan import bagi mengekang penularan Covid-19 terutama selepas terdapat beberapa kes membabitkan produk sejuk beku import disahkan positif virus itu.


Kementerian Pengangkutan China mengeluarkan garis panduan pada pertengahan November lalu bagi mengelakkan penularan Covid-19 menerusi rantaian makanan sejuk beku melalui jalan darat dan air.


Pegawai Kanan Kastam China, Bi Kexin, pada sidang media minggu lalu, memaklumkan lebih 800,000 sampel produk sejuk beku sudah diuji dan kebenaran eksport 99 pembekal luar negara ke China sudah dihentikan.


Makanan sejuk beku dikesan positif Covid-19

Pautan : https://www.hmetro.com.my/global/2020/11/647482/makanan-sejuk-beku-dikesan-positif-covid-19

14 Feb 2012

wanita dedah payudara semasa suhu mencecah -22 darjah Celsius

Tiga aktivis pergerakan hak wanita, FEMEN dari Ukraine sanggup mendedahkan payudara mereka semasa melakukan tunjuk perasaan dalam suasana sejuk melampau di depan ibu pejabat syarikat gergasi gas semula jadi Gazprom di sini semalam.

Mereka yang hanya memakai seluar panjang mendedahkan payudara sambil memegang poster yang mengandungi mesej mengutuk tindakan syarikat Gazprom.

Ketiga-tiga wanita itu mendedahkan payudara semasa suhu mencecah -22 darjah Celsius.

16 Okt 2009

monyet oh monyet


Perhentian Mahkota, Parit Simen,Batu Pahat oleh stapakspetak


smalam satu hari kawe kat bangi.
sorting part sbb customer jumpa part reject sebijik.huhuu..

on da way balik, singgah makan malam di hentian mahkota, parit simen.
nama tempat ni sempena destinasi perhentian putera mahkota johor semasa konvoi jelajah johor.

hentian mahkota popular dengan monyet2 liar dari hutan kecil di sbelahnya.
elok ja kawe dan 3 orang tgh makan, tiba2 bunyi bising kat hutan sebelah.
monyet gaduh2 kot..skali jatuh sekor dalam air..keceborr.


dambakan kasih seekor ibu

tergelak semua yang dengar bunyi tu
monyet2 yang lain pun terus terdiam
mungkin terkejut atau malu.hahaa..
tak tahu la camane nasib monyet yang jatuh dalam air tu
ketika kejadian jam dah pukul 7.00pm.

mesti mangsa kejadian tidur dalam kesejukan malam tadi.huhuu..
berikut gambar2 kat hentian mahkota yang sempat kawe snap guna nokia 5300.