• Maklumat Terkini Covid-19

    Klik untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan Covid-19 seperti jumlah kes baharu, kes sembuh baharu dan kematian baharu.

  • Facebook Fanpage

    Klik untuk mendapatkan perkongsian terus melalui fanpage. Terdapat sesetengah perkongsian yang hanya dibuat melalui fanpage sahaja.

  • Ciapan Twitter

    Klik untuk mengikuti kemaskini secara terus melalui twitter.

  • Youtube Channel

    Klik untuk menonton video tutorial beserta dengan penerangan terperinci di channel youtube.

  • Kisah 25 Rasul

    Bermula 4 May 2020, satu kisah nabi dari 25 Rasul akan dikongsi setiap hari dan dijangka akan tamat selepas Hari Raya Aidilfitri. Semoga kita semua mendapat manfaat.

Memaparkan catatan dengan label spr. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label spr. Papar semua catatan

7 Jun 2020

Tiada pendaftaran pengundi berumur 18 tahun sehingga Julai 2021


Sebagaimana yang diketahui, selepas 10 hari Rang Undang-undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2019 diluluskan di Dewan Rakyat, ia diluluskan di Dewan Negara pada 25 Julai 2019 dengan majoriti dua per tiga.

Dengan kelulusan pindaan terhadap Perlembagaan Persekutuan itu, pilihan raya pada masa hadapan menyaksikan pengundi berusia 18 tahun dibenarkan mengundi dan menjadi calon berbanding usia 21 tahun sebelum ini selain pendaftaran pengundi akan dilakukan secara automatik.


Pindaan berkenaan memperoleh sokongan 47 daripada 68 ahli Dewan Negara iaitu melebihi dua pertiga undian majoriti yang diperlukan, selepas 24 senator mengambil bahagian dalam sesi perbahasan.



Dewan Negara lulus umur mengundi 18 tahun
Pautan : https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/07/479410/dewan-negara-lulus-umur-mengundi-18-tahun

Selesai satu perkara. Sekarang bekan telah beralih ke kumpulan pelaksana iaitu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Terbaru SPR telah mengumumkan bahawa pendaftaran pengundi berusia 18 tahun, masih belum dilaksanakan lagi.

Pengerusinya, Datuk Azhar Azizan Harun, berkata ini sekali gus menafikan maklumat yang tular di media sosial yang mengajak rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas untuk mendaftar sebagai pengundi.


Menurut beliau, pendaftaran pengundi 18 tahun akan dilaksanakan serentak dengan pendaftaran pemilih secara automatik setelah segala persiapan SPR diselesaikan termasuklah penyediaan pindaan kepada Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002 dan undang-undang lain yang berkaitan, penyediaan prosedur operasi standard (SOP) serta penyediaan sistem dan infrastruktur.Kesemua persiapan ini dijangka selesai selewat-lewatnya pada Julai tahun hadapan.


SPR dari semasa ke semasa akan mengeluarkan kenyataan media rasmi untuk sebarang perkembangan terkini dan beliau menyeru kepada orang ramai untuk merujuk terlebih dahulu kepada SPR melalui laman rasmi www.spr.gov.my atau Facebook rasmi SPR atau menghubungi talian 03-8892 7200 bagi mengelakkan penularan berita palsu.


Pendaftaran pengundi 18 tahun belum dilaksana - SPR
Pautan : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/06/697395/pendaftaran-pengundi-18-tahun-belum-dilaksana-spr

15 Feb 2012

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sediakan 230,000 botol dakwat kekal silver nitrat pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13)

Sebanyak 230,000 botol dakwat kekal silver nitrat bakal digunakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Yusof (gambar) berkata, jumlah dakwat tersebut disediakan untuk memenuhi keperluan para pengundi bagi 10,000 undi awal dan 220,000 pada undi biasa.

Mengikut rekod SPR, katanya, jumlah pengundi yang layak mengundi melepasi umur 21 tahun sehingga September lalu iaitu 16,131,517 orang tetapi hanya 12.4 juta sahaja telah mendaftar.

"SPR telah membuat persiapan awal bagi keperluan botol dakwat kekal tersebut untuk para pengundi dan tempat mengundi.

"Setiap botol dakwat kekal itu hanya boleh digunakan untuk 100 pengundi sahaja," katanya.


Beliau berkata demikian selepas Majlis Taklimat Persediaan Pilihan Raya Umum Ke-13 kepada Pegawai Pengurus dan Penolong Pegawai Pengurus Peringkat Negeri Perlis di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Sumber asal: Kosmo! Online


info tambahan:

Dakwat pilihan raya atau dakwat kekal merujuk kepada dakwat atau pencelup separa-kekal yang ditanda pada (lazimnya) jari telunjuk pengundi semasa pilihan raya dengan tujuan mengelakkan penipuan pilihan raya seperti pengundian berganda.

Ia digunakan secara meluas di negara dunia ketiga di mana dokumen pengenalan warganegara tidak terpiawai atau berinstitusi; yang lalu menjadikan pengesahan identiti pengundi tidak diperlukan.


"Dakwat kekal" (indelible ink) bererti "tidak dapat dihilangkan". Tanda dakwat kekal biasanya kalis air dan tahan selama beberapa hari, atau hampir seminggu.

Tanda ini akan hilang apabila sel kulit lama mati dan digantikan dengan sel kulit baru, oleh itu sebarang tanda pada kutikel dijamin hilang dalam tempoh 2-3 minggu.

Namun begitu, sesetengah dakwat kekal memiliki jangka hayat simpanan yang pendek kerana pelarut yang digunakan cepat terpeluwap.

India, Filipina, Indonesia dan negara membangun yang lain telah menggunakan dakwat kekal dalam bentuk penanda pilihan raya bagi menghalang penipuan pilihan raya. Jawatankuasa pilihan raya di India misalnya telah menggunakan dakwat kekal dalam banyak pilihan raya, menanda jari dan kuku pengundi. Indonesia turut menggunakannya semasa pilihan raya di Aceh. Di Mali, diletakkan pada kuku jari tangan.

Malaysia pada mulanya bercadang menggunakan dakwat kekal pada pilihan raya umum Malaysia 2008, bagaimanapun Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia membatalkan penggunaannya seminggu sebelum tarikh pengundian, menyatakan ia akan melanggar perlembagaan (ultra vires) jika menghalang orang mengundi walaupun jarinya telah bertanda.


Selain itu dikatakan juga bahawa terdapat laporan dakwat diseludup masuk dari negara jiran Thailand untuk menanda jari orang sebelum mereka mengundi, jadi menghalang mereka menunaikan hak mengundi.

Dakwat dengan kos RM 2.4 juta itu telah dilupuskan pada 25 November 2009, menimbulkan tuduhan kerajaan membazirkan wang rakyat kerana tidak menjualnya semula.

Sumber asal: wikipedia

1 Okt 2010

SPR umum tarikh hari penamaan calon dan pengundian pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas 6 Oktober

PUTRAJAYA 30 Sept. - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas pada 6 Oktober ini bagi menetapkan tarikh hari penamaan calon dan pengundian pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas.

Pegawai Perhubungan Awam SPR, Sabri Said dalam satu kenyataan hari ini berkata, SPR telah menerima pemakluman rasmi daripada Speaker DUN Kelantan pada 28 September lalu berhubung kekosongan kerusi N.45 Galas, Kelantan.

Ia berikutan kematian penyandangnya, Chek Hashim Sulaima, 46, pada 27 September akibat barah paru-paru.