• Maklumat Terkini Covid-19

    Klik untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan Covid-19 seperti jumlah kes baharu, kes sembuh baharu dan kematian baharu.

  • Facebook Fanpage

    Klik untuk mendapatkan perkongsian terus melalui fanpage. Terdapat sesetengah perkongsian yang hanya dibuat melalui fanpage sahaja.

  • Ciapan Twitter

    Klik untuk mengikuti kemaskini secara terus melalui twitter.

  • Youtube Channel

    Klik untuk menonton video tutorial beserta dengan penerangan terperinci di channel youtube.

  • Kisah 25 Rasul

    Bermula 4 May 2020, satu kisah nabi dari 25 Rasul akan dikongsi setiap hari dan dijangka akan tamat selepas Hari Raya Aidilfitri. Semoga kita semua mendapat manfaat.

Memaparkan catatan dengan label sukan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sukan. Papar semua catatan

24 Apr 2022

Cristiano Ronaldo jaring gol Liga Perdana Inggeris ke-100

 

Cristiano Ronaldo menjaringkan gol Liga Perdana Inggeris ke-100 dirinya ketika Manchester United tewas 3-1 kepada Arsenal di Stadium Emirates.


Jaringan Nuno Tavares dan Bukayo Saka meletakkan Arsenal di depan sebelum Ronaldo merapatkan jurang untuk kembali merancakkan permainan.


Ronaldo, pemain ke-33 mencapai kejayaan itu, tidak beraksi ketika United dibelasah Liverpool di Anfield kerana masih berkabung di atas kematian anak lelakinya yang baru lahir.


Ronaldo kini sudah meledak 100 gol atau lebih di empat entiti berbeza - 311 di La Liga, 140 di Liga Juara-Juara, 115 untuk Portugal dan terbaru 100 gol untuk United.



"100 gol Liga Perdana Inggeris untuk Cristiano (Ronaldo). Melakar pencapaian ini selepas minggu yang menyedihkan membuktikan kekuatan mental dan keazamannya. Menakjubkan," kata legenda England Gary Lineker.


Sementara itu bekas rakan sepasukan Ronaldo di United, Rio Ferdinand berkata: "Hanya itu yang difikirkannya semalam - cuba memenangi perlawanan dan pada masa sama menjaringkan gol dan memberi impak.


"Dan dia melakukannya. Ia jaringan hebat. Tindakan susulan yang hebat dan cukup tenang di bawah tekanan. Memang sukar untuk menjaringkan gol dengan kaki kirinya." - AGENSI


Ronaldo ledak gol ke-100 Liga Perdana Inggeris

Pautan : https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2022/04/948958/ronaldo-ledak-gol-ke-100-liga-perdana-inggeris

16 Ogo 2020

Jurulatih sukan pecah rekod Guinness World Record angkat berat dalam air

 

Lebih kurang seminggu yang lepas saya pernah berkongsi berita seorang budak perempuan berumur 9 tahun yang telah memecahkan rekod dunia Guinness World Records seorang profesor selepas dia menyusun jadual berkala dalam masa hanya 2 minit 42 saat.

Budak perempuan 9 tahun pecah rekod Guinness World Records Profesor

Pautan : https://www.simiey.info/2020/08/budak-perempuan-9-tahun-pecah-rekod.html



Terkini seorang jurulatih sukan dari warga Rusia telah mencatat Rekod Dunia Guinness selepas berjaya melakukan senaman angkat berat di dalam air di Tasik Lebyazhye dekat Tomsk.


Rekod itu dicatat selepas Vitaly Vivchar berjaya mengangkat barbel seberat 50 kilogram sebanyak 76 kali mengatasi rekod lalu yang dipegang Greg Wittstock dari Amerika Syarikat dengan hanya 14 kali pengulangan.

Vivchar berkata, dia mengambil masa selama dua bulan sebagai persediaan sebelum memecahkan rekod dunia itu dan terpaksa menahan nafas selama lebih tiga minit ketika latihan.

Jurulatih sukan Rusia pecah rekod dunia angkat berat dalam air

27 Mac 2020

Sukan Olimpik Musim Panas Tokyo 2020 ditunda

Ekoran kesan Covid-19 yang masih belum reda dan untuk mengelakkan penularan, Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) telah memutuskan untuk menunda Sukan Olimpik Tokyo 2020 ke musim panas 2020 ke tahun 2021.
Berita Harian Singapura telah melaporkan dengan terperinci.
Sukan Olimpik Tokyo 2020 ditunda ke musim panas 2021: IOC
Pautan : https://www.beritaharian.sg/sukan/sukan-olimpik-tokyo-2020-ditunda-ke-musim-panas-2021-ioc

Terdahulu, laman Berita Harian Malaysia sebelum ini melaporkan Majlis Olimpik Kanada (COC) dan Majlis Paralimpik Kanada (CPC) tidak akan menyertai Sukan Olimpik dan Sukan Paralimpik 2020, berikutan kebimbangan penularan COVID-19.
COVID-19: Kanada tak sertai Sukan Olimpik 2020
Pautan : https://www.bharian.com.my/dunia/asia/2020/03/668191/covid-19-kanada-tak-sertai-sukan-olimpik-2020

Petikan yang diambil dari Wikipedia. 
Sukan Olimpik Musim Panas 2020, secara rasmi dikenali sebagai Sukan Olimpik XXXII[2] dan secara meluas dikenali sebagai Tokyo 2020, ialah acara sukan antarabangsa mengikut tradisi Sukan Olimpik yang berlangsung pada 24 Julai sehingga 9 Ogos 2020 di Tokyo. Bandaraya ini diumumkan sebagai tuan rumah semasa Sesi Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) ke-125 di Buenos Aires pada 7 September 2013.[3] Tokyo sebelum ini menjadi tuan rumah Sukan Olimpik Musim Panas 1964 dan merupakan bandaraya kelima (yang pertama di Asia) untuk menjadi tuan rumah Sukan Olimpik Musim Panas lebih daripada sekali.



Pada 24 Mac 2020, pihak IOC mengumumkan penundaan penganjuran acara ini ke tahun berikutnya berikutan pandemik COVID-19 yang berlaku pada masa itu.[4]

Pautan : https://ms.wikipedia.org/wiki/Sukan_Olimpik_Musim_Panas_2020