• Maklumat Terkini Covid-19

    Klik untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan Covid-19 seperti jumlah kes baharu, kes sembuh baharu dan kematian baharu.

  • Facebook Fanpage

    Klik untuk mendapatkan perkongsian terus melalui fanpage. Terdapat sesetengah perkongsian yang hanya dibuat melalui fanpage sahaja.

  • Ciapan Twitter

    Klik untuk mengikuti kemaskini secara terus melalui twitter.

  • Youtube Channel

    Klik untuk menonton video tutorial beserta dengan penerangan terperinci di channel youtube.

  • Kisah 25 Rasul

    Bermula 4 May 2020, satu kisah nabi dari 25 Rasul akan dikongsi setiap hari dan dijangka akan tamat selepas Hari Raya Aidilfitri. Semoga kita semua mendapat manfaat.

Memaparkan catatan dengan label takut. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label takut. Papar semua catatan

27 Jan 2021

65 tahun tidak mandi takut air

 

Seorang lelaki dari Iran dilabel manusia paling kotor di dunia kerana tidak mandi selama 65 tahun.


Dilaporkan, lelaki itu tidak mandi dan takut dengan air berikutan dia jatuh sakit jika mandi.


Portal Business Today melaporkan, lelaki itu dikenali sebagai Amou Haji, 83, dilaporkan sangat takut dengan air hingga menghalangnya mandi lebih enam dekad.




Hidup secara nomad di padang pasir Iran dengan sajian makanan daging landak busuk sebagai kegemarannya adalah rutin dilalui untuk meneruskan kelangsungan hidup.


Untuk kekal sihat, dia minum lima liter air dari tin minyak berkarat setiap hari.


Malah, dia juga suka merokok, tetapi menggunakan tahi lembu kering sebagai bahan bakar bukan tembakau.


Penduduk percaya lelaki itu patah hati hingga Amou memilih gaya hidup tidak normal. Namun, dia belum berputus asa mencari cinta.


Amou tidak memiliki rumah dan mengembara di sekitar Kampung Dejgah yang terpencil di wilayah Fars di Iran Selatan dan membuat lubang di padang pasir di luar kampung sebagai tempat berteduh.


Walaupun penduduk membina pondok untuknya, dia memilih tidak tinggal di sana.


Berikutan Amou yang sudah lama tidak mandi menyebabkan warna kulitnya hampir sama dengan tanah di sekelilingnya


Penduduk sering menyangka Amou batu ketika duduk statik tanpa pergerakan.


Amou tidak peduli dengan keselesaan dunia dan puas menjalani gaya hidup nomad.


Lelaki paling kotor di dunia

Pautan : https://www.hmetro.com.my/utama/2021/01/668399/lelaki-paling-kotor-di-dunia

6 Apr 2020

Bercakap Dengan Jin


Update 06 Apr 2020 : Anda boleh terus membaca dari blog Koleksi Cerita-cerita Mistik dan Seram dari koleksi Tok Awang Ngah, Tok Awang Jambi, SB Chandra dan banyak lagi..


psstt...
sape suka baca buku2 cite hantu?
saya sebenarnya dah lama jumpa lubuk cite hantu baekkk punya.
baru berkesempatan nak kongsikan di sini.hehee...
 
"NOVEL mistik, Bercakap Dengan Jin amat popular di negara ini pada tahun 1980-an. Namun, pengarangnya, Tamar Jalis, masih misteri. Ada yang mengatakan penulis sebenar sudah berusia lebih 70 tahun dan tinggal di Bruas, Perak tetapi beliau enggan dikenali.