• Maklumat Terkini Covid-19

    Klik untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan Covid-19 seperti jumlah kes baharu, kes sembuh baharu dan kematian baharu.

  • Facebook Fanpage

    Klik untuk mendapatkan perkongsian terus melalui fanpage. Terdapat sesetengah perkongsian yang hanya dibuat melalui fanpage sahaja.

  • Ciapan Twitter

    Klik untuk mengikuti kemaskini secara terus melalui twitter.

  • Youtube Channel

    Klik untuk menonton video tutorial beserta dengan penerangan terperinci di channel youtube.

  • Kisah 25 Rasul

    Bermula 4 May 2020, satu kisah nabi dari 25 Rasul akan dikongsi setiap hari dan dijangka akan tamat selepas Hari Raya Aidilfitri. Semoga kita semua mendapat manfaat.

Memaparkan catatan dengan label tawar. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tawar. Papar semua catatan

20 Sep 2021

unifi tambah 12 saluran baru bermula 1 Oktober

 

unifi akan menawarkan 12 saluran dan tujuh aplikasi penstriman baharu menerusi unifi TV bermula 1 Oktober 2021, selaras usaha berterusan jenama itu mengukuhkan kedudukannya sebagai penyedia perkhidmatan konvergen utama negara.


Ia juga sejajar komitmennya untuk menyediakan hiburan bertaraf dunia dan berkualiti tinggi untuk tontonan di rumah dan di mana sahaja.


12 saluran linear baharu terbabit adalah Celestial Movies, CCM, K-Plus, GEM, AXN, Animax, HITS, HITS MOVIES, TechStorm, Arirang TV, SPOTV dan SPOTV2.


Manakala, tujuh aplikasi penstriman baharu yang diperkenalkan adalah Amazon Prime Video, Lionsgate Play, TVBAnywhere+, iQiyi, Viu, ZEE5 dan Simply South.


Aplikasi penstriman terbabit akan boleh didapati di unifi Plus Box untuk ditonton di rumah atau dimuat turun oleh pelanggan ke peranti pintar mereka untuk ditonton dari mana-mana sahaja.


Ketua Pegawai Komersial Telekom Malaysia Berhad (TM), Anand Vijayan, berkata beliau optimis bahawa penawaran baharu di unifi TV akan mengalakkan pendaftaran pelanggan baharu berikutan kekuatan penawaran konvergen jenama itu.


Katanya, dengan tambahan saluran baharu, unifi TV bakal menawarkan sejumlah 73 saluran dan 10 aplikasi penstriman di platformnya.


"Selain itu, ini julung-julung kalinya aplikasi Lionsgate Play dan Simply South ditawarkan di Malaysia di platform pengumpulan kandungan


seperti unifi TV, yang juga penyedia perkhidmatan kandungan yang pertama di negara ini menawarkan saluran linear serta aplikasi penstriman di dalam satu platform menerusi unifi Plus Box," katanya dalam satu kenyataan.


Aplikasi penstriman Lionsgate Play menempatkan filem-filem pecah panggung, kandungan asal dan premium, selain siri-siri yang gemar ditontoni.


Ia juga menawarkan pilihan program yang tidak luput ditelan zaman dan program yang ikonik untuk seisi keluarga di saluran AXN, HITS serta HITS MOVIES.


Kebanyakan saluran baharu dan aplikasi penstriman terbabit akan menepati citarasa ramai dengan pelbagai pilihan rancangan dan program hiburan vernakular yang lebih meluas untuk semua orang.


Siri-siri Melayu yang terkenal dan ekslusif akan boleh ditontoni di Viu dan iQiyi, manakala untuk peminat-peminat kandungan hiburan Cina, pelanggan akan mempunyai banyak pilihan kandungan di Celestial Movies, CCM, iQiyi dan TVBAnywhere bagi memenuhi citarasa tontonan.


Bagi peminat kandungan dari India, dua rakan aplikasi baharu, Simply South dan ZEE5 ditambah ke dalam penawaran kandungan untuk dinikmati mereka.


unifi TV tambah 12 saluran baru

23 Ogo 2021

Doritos tawar remaja RM86,617.30 untuk kerepek nacho yang jarang ditemui

 

Tuah buat seorang remaja apabila ditawarkan AS$20,000 (RM86,617.30) untuk kerepek nacho jarang jumpa yang ditemuinya.


Rylee Stuart, 13, berkata, dia menemui kerepek rangup itu dalam keadaan saiz lebih besar berbanding biasa sebelum memuat naik gambar di TikTok sebelum ia tular.



Katanya, dia mencuba nasib mengiklankan kerepek rangup berkenaan di eBay dengan harga bida permulaan AS$0.99 (RM4.20) sebelum meningkat kepada AS$5,000 (RM21,190) dalam masa dua jam.


Malah, pihak eBay terpaksa menurunkan iklan lelongan itu selepas harga meningkat kepada AS$20,100 (RM85,184).


Syarikat pengeluar kerepek berkenaan, Doritos akhirnya menawarkan harga lelongan terakhir, AS$20,000 (RM84,760).


Rylee turut dijemput ke program Today Show di mana dia menyusun kerepek itu dalam bekas.


"Saya tak sangka semua ini akan berlaku," katanya dalam Mirror News.


Kerepek RM86k

Pautan : https://www.hmetro.com.my/utama/2021/08/745759/kerepek-rm86k

7 Mei 2021

Firma Amerika Syarikat tawar RM6,180 bagi pekerjaan pengulas tidur siang hari selama 30 hari

 

Sebuah firma  Amerika Syarikat menawarkan bayaran gaji AS$1,500 (RM6,180) sebulan untuk pekerjaan sebagai pengulas tidur siang, lapor United Press International (UPI) kelmarin.


Calon yang diterima perlu perlu tidur siang pada setiap hari selama 30 hari dan merekodkan pengalaman mereka.



EachNight.com yang  menawarkan perbandingan tilam, cadar dan barangan lain menyatakan, pihaknya sedang meneliti kebaikan dan keburukan tidur siang dan mencari mereka yang gemar tidur siang untuk merekodkan waktu rehat itu.


“Bagi tempoh 30 hari, pasukan pengulas dikehendaki mengambil bahagian dalam pelbagai eksperimen bagi menguji teori seperti tempoh tidur siang menjadikan badan paling segar, kesan tidur siang kepada tahap keletihan badan, kesan tidur siang kepada ingatan, motivasi dan produktiviti,” demikian kata syarikat tersebut.


Pengulas akan diminta untuk membuat panggilan video sebelum dan selepas setiap sesi tidur untuk mendokumenkan pengalaman tersebut.


Syarikat tersebut mencari lima individu untuk mengisi kekosongn jawatan dan permohonan boleh dibuat sehingga 31 Mei ini menerusi laman web syarikat tersebut. -Agensi


Bayar RM6,180 sebulan untuk tidur siang

Pautan : https://www.kosmo.com.my/2021/05/06/bayar-rm6180-sebulan-untuk-tidur-siang/

18 Mac 2021

Kerajaan tawar diskaun kompaun bagi kesalahan bawah Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342)

 

Kabinet hari ini bersetuju menetapkan Garis Panduan Penetapan Nilai Tawaran Kompaun dan Kadar Pengurangan Kompaun Di Bawah Akta 342 Dan Peraturan-peraturan Di Bawahnya yang berkuatkuasa hari ini, yang antaranya menawarkan diskaun 50 peratus atau 25 peratus kepada individu atau syarikat, sekiranya menjelaskan bayaran dalam tempoh ditetapkan.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, individu atau syarikat dikenakan kompaun tertentu di bawah Akta 342 dan sekiranya membayar dalam tempoh seminggu atau dari hari pertama hingga hari ketujuh dari tarikh kompaun dikeluarkan, secara automatik mendapat diskaun 50 peratus.



"Sebagai contoh, bagi kesalahan tidak memakai pelitup muka yang dikenakan kompaun RM1,500, sekiranya membayar dalam tempoh tujuh hari, hanya perlu bayar RM750," katanya pada sidang media bersama Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba, di sini, hari ini.


Takiyuddin berkata, sekiranya kompaun dibayar antara hari kelapan hingga hari ke-14, individu atau syarikat layak mendapat diskaun 25 peratus namun jika sudah melebihi 14 hari dari tarikh kompaun dikeluarkan, tiada diskaun akan ditawarkan.


Beliau berkata, kerajaan pada masa sama turut mempertimbangkan rayuan untuk golongan Orang Kelainan Upaya (OKU), B40, pelajar dan berpenyakit kronik, untuk mendapat pengurangan kompaun melebihi nilai diskaun ditawarkan.


"Dengan keluarnya Garis Panduan ini yang bermula hari ini, seumpamanya mereka disaman hari ini, mereka ada satu minggu kalau nak (diskaun) 50 peratus.


"Mulai hari ini, mereka yang dah kena saman sebelum ini boleh bayar dalam masa seminggu (untuk dapat diskaun 50 peratus)," katanya.


Takiyuddin berkata, di bawah Garis Panduan itu kesalahan ditetapkan dengan tiga kategori iaitu tinggi, sederhana dan normal, nilai kompaun sewajarnya dikenakan adalah mengikut kategori.


Kategori tinggi ialah kesalahan yang menyebabkan penularan tinggi atau impak jangkitan kepada komuniti dalam skala besar; sederhana adalah kesalahan menyebabkan penularan tinggi tetapi tidak memberi impak besar jangkitan kepada komuniti; manakala normal adalah kesalahan yang boleh menyebabkan risiko rendah dan tiada kesan kepada komuniti.


"Contoh di bawah kesalahan kategori satu atau tinggi, pengamal perubatan tidak memberikan notis dalam borang ditetapkan di bawah Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit tentang wujudnya penyakit berjangkit.


"Contohnya doktor swasta tidak memaklumkan kepada KKM (Kementerian Kesihatan) ada pesakit yang positif Covid-19 mendapatkan rawatan di fasilitinya, kita cadangkan dikompaun RM5,000," katanya.


Bagi kesalahan kerana mengunjungi kelab malam termasuklah perniagaan restoran di dalam pub dan kelab malam, individu boleh dikompaun RM10,000 manakala pemegang lesen atau pemilik premis pula dikenakan kompaun RM50,000.


Beliau berkata, contoh kesalahan di bawah kategori sederhana pula adalah, apabila seseorang memasuki tempat yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan, yang boleh dikenakan kompaun RM3,000.


"Kesalahan kerana enggan mematuhi apa-apa perintah pegawai diberi kuasa di bawah Seksyen 15 pula dikompaun RM4,000," katanya.


Bagi kesalahan di bawah kategori normal, Takiyuddin berkata adalah seperti pekerja, pelanggan atau pembekal, yang tidak memakai pelitup muka, di mana kompaun ditetapkan ialah RM1,500.


Takiyuddin berkata, kesalahan seperti gagal mendaftar masuk premis sama ada menggunakan MySejahtera atau buku pendaftaran dan gagal pastikan penjarakan fizikal, juga boleh dikompaun RM1,500.


Beliau berkata, bagi contoh kesalahan membabitkan syarikat pula, kegagalan pemegang lesen atau pemilik premis mematuhi waktu operasi, kompaun yang ditetapkan ialah RM10,000.


"Dalam suasana negara mengalami pandemik Covid-19, kita perlu undang-undang untuk mengawal, bukan untuk menghukum.


"KKM dah arah pegawai mereka, pihak polis pun dah arah pegawai mereka, supaya tindakan saman dan kompaun diambil sebagai langkah terakhir, selepas teguran dan nasihat dibuat," katanya.


Dalam pada itu, Takiyuddin berkata Pasukan Penguatkuasaan Pelaksanaan SOP yang dianggotai polis, tentera, Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan penguatkuasa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), akan bermula selewatnya 1 April ini, bagi memantau pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dalam kalangan rakyat.


"Pasukan ini bertujuan untuk memantau pelaksanaan SOP dalam kalangan rakyat, dan memberi nasihat dan teguran sebelum mengeluarkan kompaun kepada yang ingkar," katanya.


Kerajaan tawar diskaun kompaun di bawah kesalahan Akta 342

Pautan : https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/03/685114/kerajaan-tawar-diskaun-kompaun-di-bawah-kesalahan-akta-342

6 Feb 2020

Jackie Chan tawar sejuta Yuan pencipta penawar Koronavirus

Virus koronavirus kembali menjadi perhatian selepas beberapa hari tenggelam dek gelagat Muhammad Sajjat bin Kamaruzzaman di tanah suci Mekah. Anda boleh google di laman berita online dan website yang mengulas lanjut tentangnya. Saya tak berminat nak bercerita tentangnya.

Terbaru portal Mstar melaporkan warga Malaysia pertama telah dijangkiti koronavirus selepas menghadiri mesyuarat di Singapura. Beliau telah melakukan perjalanan ke negeri di sebelah utara dan didakwa telah berhubung dengan 74 orang sekembalinya ke Malaysia. Beliau sekarang sedang menjalani rawatan di Hospital Sungai Buluh.
Berita penuh : Rakyat Malaysia pertama positif koronavirus dianggar telah berjumpa 74 individu 

20 Feb 2016

Penyanyi dangdut klepek-klepek kantoi tunggu pelanggan tawar harga RM 31,261 dengan bapa ayam

Penyanyi dangdut Indonesia, Hesty Aryatura atau dikenali sebagai Hesty ‘Klepek-klepek’ ditahan polis kerana disyaki terbabit dalam aktiviti pelacuran kelas atasan.

Hesty, 21, ditahan bersama seorang lelaki yang dipercayai bapa ayam di sebuah hotel empat bintang di Lampung pada awal pagi semalam.

Jurucakap polis, Sulistyaningsih berkata, Hesty dan lelaki itu dipercayai sedang menunggu pelanggan yang mahu melanggan perkhidmatan penyanyi itu.

“Hesty dijanjikan bayaran sebanyak Rp100 juta (RM 31,261) oleh bapa ayam itu untuk melayan pelanggan berkenaan,” katanya.

4 Nov 2010

universiti tawar kursus Lady Gaga

COLUMBIA - Universiti South Carolina di Amerika Syarikat mewujudkan kursus akademik baru bagi mempelajari kehidupan, karier dan pencapaian kemasyhuran bintang pop terkenal negara itu, Lady Gaga.

Kursus Sosiologi Kemasyhuran dan Lady Gaga bakal diajar oleh Profesor Mathieu Deflem yang juga peminat setia penyanyi itu.

sekadar gambar hiasan

Garis panduan kursus itu menunjukkan pelajar akan mempelajari cara untuk 'mewujudkan pemikiran akademik yang bernas' dalam isu berkaitan kemasyhuran Lady Gaga.

12 Okt 2010

ahli perniagaan Singapura tawar beli Liverpool

LONDON: Ahli perniagaan Singapura, Peter Lim dilaporkan membida untuk mengambil alih kelab Perdana Inggeris, Liverpool dengan tawaran lebih lumayan berbanding pembeli dari Amerika Syarikat.

Stesen penyiaran BBC melaporkan semalam, Lim, yang bergiat dalam perniagaan fesyen, logistik dan perniagaan tani percaya tawarannya lebih menarik untuk menyingkirkan pemilik sedia ada, Tom Hicks dan George Gillett.


Pengerusi Liverpool, Martin Broughton bagaimanapun mengumumkan Rabu lalu bahawa Liverpool akan dijual kepada New England Sport Ventures milik HenryJohn, juga dari Amerika Syarikat bernilai 300 juta pound.
Lim percaya tawaran Henry kurang menarik dari segi syarat kewangan yang ditawarkannya.

30 Ogo 2010

pesara tawar jual surat Pemasyhuran Kemerdekaan 1957

NIBONG TEBAL: Satu dokumen Pemasyhuran Kemerdekaan 1957 yang ditandatangani Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj bertarikh 31 Ogos 1957 ditawarkan kepada sesiapa yang berminat membelinya pada harga RM65,553.



Pesara Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (PPC), Md Rouse Mohamad, 64, yang memiliki dokumen berkenaan, berhasrat menjualnya kepada Muzium Negara atau mana-mana individu berminat memilikinya sempena ulang tahun Hari Kemerdekaan ke-53, esok.

Dokumen yang ditulis Jawi, antara lain menyebut negeri Melayu iaitu Johor, Pahang, Negeri Sembilan, Selangor, Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu dan Perak serta Negeri Selat iaitu Pulau Pinang dan Melaka, diisytihar menjadi Persekutuan Tanah Melayu.