• Maklumat Terkini Covid-19

    Klik untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan Covid-19 seperti jumlah kes baharu, kes sembuh baharu dan kematian baharu.

  • Facebook Fanpage

    Klik untuk mendapatkan perkongsian terus melalui fanpage. Terdapat sesetengah perkongsian yang hanya dibuat melalui fanpage sahaja.

  • Ciapan Twitter

    Klik untuk mengikuti kemaskini secara terus melalui twitter.

  • Youtube Channel

    Klik untuk menonton video tutorial beserta dengan penerangan terperinci di channel youtube.

  • Kisah 25 Rasul

    Bermula 4 May 2020, satu kisah nabi dari 25 Rasul akan dikongsi setiap hari dan dijangka akan tamat selepas Hari Raya Aidilfitri. Semoga kita semua mendapat manfaat.

Memaparkan catatan dengan label teknologi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label teknologi. Papar semua catatan

11 Jan 2022

Penerima jantung khinzir guna teknologi pengubahsuaian genetik stabil

 

Pesakit warga Amerika Syarikat (AS) yang menjalani pemindahan jantung khinzir menggunakan teknologi pengubahsuaian genetik, berada dalam keadaan stabil selepas tiga hari pembedahan.


Pembedahan kendalian sepasukan pakar dari Universiti Perubatan Maryland itu adalah yang pertama seumpamanya, menggunakan jantung khinzir menerusi teknologi pengubahsuaian jujukan genetik.



Sekiranya terbukti berjaya, saintis menaruh harapan jantung khinzir berupaya membantu menangani isu kekurangan organ penderma.


Pakar bedah, Dr Bartley Griffith, yang bertanggungjawab di sebalik pembedahan bersejarah itu berkata jantung khinzir berpotensi untuk merungkai masalah kekurangan penderma organ, memandangkan mereka lazimnya terpaksa menunggu lama bagi mendapat peluang menerima organ baharu.


"Kita melakukan proses ini dengan berhati-hati, tetapi optimistik bahawa pembedahan yang pertama seumpamanya ini bakal memberikan pilihan baharu yang penting kepada pesakit pada masa akan datang," katanya menerusi kenyataan, hari ini.



Bagi pesakit berusia 57 tahun, David Bennett dari Maryland, pembedahan pemindahan jantung itu adalah pilihan terakhir baginya.


"Ia situasi hidup mati atau menjalani pemindahan ini. Saya nak terus hidup. Saya tahu peluang tipis, tetapi ini saja pilihan yang tinggal," katanya sehari sebelum pembedahan, berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan universiti berkenaan.


Bagi meneruskan pembedahan yang masih dalam fasa kajian itu, Universiti Perubatan Maryland memperoleh kebenaran kecemasan daripada Pentadbiran Ubat-Ubatan dan Makanan (FDA) AS, pada penghujung tahun lalu menerusi program penyelidikan.


"FDA gunakan data kajian khinzir untuk membenarkan pemindahan organ terhadap pesakit jantung tahap terakhir yang tidak mempunyai pilihan lain," kata Dr Muhammad Mohiuddin, yang mengetuai program xenotransplan Universiti Perubatan Maryland.


Berdasarkan perangkaan dari organdonor.gov, kira-kira 110,000 rakyat AS ketika ini dalam senarai menunggu sebagai penerima organ dan lebih 6,000 pesakit dilaporkan meninggal dunia sebelum sempat menerima organ.


Khinzir sejak sekian lama menjadi potensi pemindahan organ kerana mempunyai organ yang sangat berpadanan dengan manusia.


Jantung khinzir contohnya, ketika disembelih, mempunyai saiz bersamaan dengan jantung lelaki dewasa.


Organ lain daripada khinzir ketika ini dalam fasa kajian untuk tujuan penggantian organ manusia, termasuk buah pinggang, hati dan paru-paru.


Usaha pemindahan organ khinzir ke manusia sebelum ini gagal berikutan perbezaan genetik yang akhirnya menyebabkan mengundang risiko jangkitan virus atau penolakan sistem tubuh badan.


Saintis berjaya merungkai masalah itu dengan menggunakan teknologi pengubahsuaian genetik yang menyingkirkan genetik berbahaya. - REUTERS


Penerima organ jantung khinzir stabil, semakin sembuh

Pautan : https://www.bharian.com.my/dunia/amerika/2022/01/910125/penerima-organ-jantung-khinzir-stabil-semakin-sembuh

23 Okt 2021

Mesir tahan Ai-Da robot teknologi kecerdasan buatan Britain

 

Robot teknologi kecerdasan buatan (AI) Britain, Ai-Da ditahan 10 hari oleh pihak berkuasa Mesir kerana disangka pengintip.


Memetik portal Independent, Ai-Da ditahan di lapangan terbang Mesir dan dihantar ke Kaherah menggunakan kargo udara dalam kes penerbangan khas.



Isu itu menimbulkan ketegangan antara diplomat Britain dan Mesir ketika duta besar Britain mengetuai perbincangan untuk menjamin pembebasannya.


Ai-Da dijadualkan mempamerkan karya seninya pada pameran Forever is Now yang bermula Khamis hingga 7 November.


Pemilik Galeri Seni Oxford dan pencipta Ai-Da, Aidan Meller berkata, dia berterima kasih dengan usaha kerja keras Kedutaan Britain dan Art d'Égypte untuk membebaskan Ai-Da yang akhirnya dibebaskan pada petang Rabu.


"Jom kita jelaskan perkara ini. Dia (Ai-Da) bukan perisik. Orang takut robot, saya faham itu.


"Keadaannya berbeza kerana matlamat Ai-Da untuk memberi amaran tentang penyalahgunaan perkembangan teknologi tetapi dia ditahan kerana dia teknologi," katanya.


Mesir 'tahan' robot disangka pengintip

Pautan : https://www.hmetro.com.my/global/asia/2021/10/769316/mesir-tahan-robot-disangka-pengintip

29 Sep 2021

Sanofi henti bangun vaksin Covid-19 guna teknologi mRNA

 

Syarikat Perancis, Sanofi, yang ketinggalan dalam penghasilan vaksin generasi baharu COVID-19, hari ini memutuskan untuk menghentikan penghasilan vaksin menggunakan teknologi messenger Asid Ribonukleik (mRNA)


Sebaliknya, gergasi farmaseutikal itu akan menumpukan kepada vaksin lain bagi memerangi coronavirus.



Walaupun hasil ujian peringkat pertama dan dua ujian klinikal menunjukkan petanda positif, vaksin yang sedang dibangunkan itu tidak akan diteruskan bagi fasa ketiga dan terakhir.


Sanofi percaya vaksin itu akan dibekalkan terlalu lewat di pasaran dengan 12 bilion dos vaksin COVID-19 lain dijangka dikeluarkan menjelang hujung tahun ini.


Keputusan bagi fasa ketiga ujian klinikal membabitkan vaksin lain yang sedang dibangunkan syarikat itu bersama pengeluar dari Britain, GlaxoSmithKline (GSK), dijangka siap sepenuhnya sebelum penghujung tahun ini.


Melalui kerjasama itu, ia menggabungkan antigen dibangunkan Sanofi dengan teknologi adjuvant GSK yang merangsang pengeluaran antibodi pembunuh kuman iaitu bahan bagi meningkatkan tindak balas imun dicetuskan vaksin.


Sanofi berkata, keputusan awal bagi produk MRNA menunjukkan antibodi terhasil sebanyak 91 hingga 100 peratus dalam kalangan penerimanya dua minggu selepas suntikan dos kedua.


Selain itu, hasil ujian itu turut mendapati tidak ada sebarang kesan sampingan dikenal pasti, jika dibandingkan dengan vaksin lain dibangunkan oleh Pfizer-BioNTech dan Moderna.


Menurut Timbalan Presiden Sanofi, Thomas Triomphe, tindak balas imun daripada vaksin mRNA keluarannya disifatkan sebagai 'kuat'.


Bagaimanapun, beliau mengakui keperluan semasa bukanlah untuk mencipta vaksin ARN COVID-19 yang baharu tetapi menyediakan Perancis dan Eropah dengan senjata vaksin bagi pandemik seterusnya, untuk patologi baharu.


"Tidak ada keperluan kesihatan awam bagi pembuatan vaksin mRNA terhadap COVID-19," katanya.


mRNA berfungsi memberikan petunjuk genetik sel manusia untuk membuat protein pada permukaan coronavirus, yang melatih sistem kekebalan tubuh untuk mengenali virus sebenar.


Sanofi juga sudah melancarkan ujian baharu bagi vaksin selesema bermusim dan berhasrat memulakan kajian klinikal pada tahun depan. - AFP


Sanofi henti bangunkan vaksin COVID-19

Pautan : https://www.bharian.com.my/dunia/eropah/2021/09/869913/sanofi-henti-bangunkan-vaksin-covid-19

8 Apr 2021

AlphaDog anjing robot berteknologi 5G keluaran China dijual dengan harga RM10,100

 

Ia mengikut arahan dan tidak membuang air kecil atau air besar merata-rata. Itu adalah kelebihan AlphaDog, robot anjing keluaran sebuah syarikat di China.


Robot itu menggunakan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) untuk 'melihat' dan 'mendengar' persekitarannya.


Selain itu, ia boleh dibawa bersiar-siar.



"Ia adalah hampir sama seperti anjing sebenar," kata Ma Jie, ketua pegawai teknologi di Weilan, syariikat pembuat robot berkenaan.


Robot itu boleh berlari 15 kilometer sejam dan berpusing-pusing seperti anjing sebenar - dan terpantas di pasaran.


Ia dilengkapi dengan empat kaki logam yang lebih kukuh daripada anjing sebenar.


Robot itu dilengkapi teknologi 5G - dilengkapi dengan akses pantas internet untuk tindak balas segera.


Selepas sebulan dilancarkan, lebih AlphaDog sudah terjual, meskipun ia ditawarkan pada harga yang mahal iaitu 16,000 yuan (kira-kira RM10,100).


Robot anjing terpantas di pasaran

Pautan : https://www.hmetro.com.my/global/asia/2021/04/692541/robot-anjing-terpantas-di-pasaran

21 Feb 2020

mIRC masih wujud lagi??

Secara ringkasnya adik-adik, ni lah whatsap, wechat, skype,dan seangkatan dengannya  pada zaman muda ayah, ibu, datuk dan nenek kamu suatu masa dulu. hahaa..tak caya ko tanya diorang. 
Tersipu-sipu diorang mengenang zaman kegemilangan mIRC.

Harini member lama posting di Facebook beliau, ia menarik perhatian saya untuk berkongsi dengan generasi Y, Z dan Alpha (huraian kategori generasi di posting berikutnya yer) yang lahir selepas telefon pintar (smartphone) mula dikeluarkan dan digunapakai secara meluas.


12 Nov 2010

Mata pelajaran Dunia Sains dan Teknologi diperkenalkan bagi Tahun Satu tahun depan

KUALA LUMPUR: Mata pelajaran baru, Dunia Sains dan Teknologi akan diperkenalkan bagi murid Tahun Satu mulai tahun depan untuk menggantikan subjek Sains di bawah Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).

Mata pelajaran baru itu akan memberi pendedahan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) secara praktikal atau `hands-on’ bermula Tahun Satu, sekali gus membolehkan mereka memanfaatkan ilmu itu merentasi kurikulum untuk pembelajaran subjek lain.
Selain itu, mereka juga akan mempelajari asas sains hayat, sains fizikal dan sains bahan yang diberi penilaian berasaskan sekolah melalui kaedah pemerhatian secara berterusan serta pelbagai pendekatan meliputi secara bertulis dan projek ditentukan guru.

Presiden Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB), Mohamed Sabri Mohd Arsad, berkata guru yang terbabit dalam subjek baru itu sudah mula menjalani kursus peringkat daerah.

Mengikut sukatan pelajaran Dunia Sains dan Teknologi, murid Tahun Satu akan didedahkan kepada penguasaan ICT bagi enam minggu pertama yang memfokus kepada kemahiran menggunakan aplikasi dan program komputer.

9 Jul 2010

teknologi punca manusia jadi makin malas

tidak dapat disangkal..
pada masa sekarang, teknologi memainkan peranan penting di dalam membantu manusia menguruskan kehidupan seharian mereka
kebergantungan secara berterusan ini telah melahirkan generasi manusia super pemalas, mementingkan diri sendiri dan tidak sihat
inilah keburukan teknologi yang harus diakui..

praktikal tetapi amat berisiko, hanya sebelah tangan untuk mengawal arah