• Maklumat Terkini Covid-19

    Klik untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan Covid-19 seperti jumlah kes baharu, kes sembuh baharu dan kematian baharu.

  • Facebook Fanpage

    Klik untuk mendapatkan perkongsian terus melalui fanpage. Terdapat sesetengah perkongsian yang hanya dibuat melalui fanpage sahaja.

  • Ciapan Twitter

    Klik untuk mengikuti kemaskini secara terus melalui twitter.

  • Youtube Channel

    Klik untuk menonton video tutorial beserta dengan penerangan terperinci di channel youtube.

  • Kisah 25 Rasul

    Bermula 4 May 2020, satu kisah nabi dari 25 Rasul akan dikongsi setiap hari dan dijangka akan tamat selepas Hari Raya Aidilfitri. Semoga kita semua mendapat manfaat.

Memaparkan catatan dengan label tempoh. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tempoh. Papar semua catatan

6 Sep 2021

perjalanan mimpi yang terakhir : Polis akan mohon sambung tempoh reman Sittah Annur

 

Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan melakukan permohonan reman tambahan terhadap ketua Ajaran Perjalanan Mimpi Yang Terakhir (PMYT) yang menggunakan gelaran Sittah Annur berusia 39 tahun.


Reman terhadap suspek dilakukan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan (kesalahan yang menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan atau permusuhan, benci membenci atau niat jahat atau memudaratkan pemuliharaan keadaan harmoni atau perpaduan, atas alasan agama) dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.



Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, pihaknya akan memohon untuk menyambung reman suspek kerana terdapat beberapa perkara lagi yang perlu disiasat.


"Setakat ini, siasatan masih berjalan, pihak polis sedang meneliti semua video yang dimuat naik menerusi pelbagai platform seperti Youtube dan Facebook.


"Dokumen-dokumen berkaitan juga sudah dihantar kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk tindakan lanjut," katanya ketika dihubungi Harian Metro.


Terdahulu, polis menahan Sittah pada 4 September lalu selepas menyerbu kediamannya di Shah Alam.


Polis turut membuat rampasan lima telefon bimbit pelbagai jenama, sekeping kad bank, sekeping resit pemindahan wang ke akaun bank tempatan sebanyak RM84,721.42 dan sepasang telekung warna putih dipercayai digunakan oleh suspek semasa membuat Live Facebook.


Bermula 29 Ogos lalu, Harian Metro melaporkan seorang wanita berusia 39 tahun yang menggunakan gelaran Sittah Annur didakwa mula mengembangkan ajaran PMYT yang dipercayai bertentangan dengan ajaran Islam sebenar.


Wanita berasal dari Kelantan dan menetap di Shah Alam itu dikesan sejak enam bulan lalu menggunakan media sosial seperti Facebook (FB), YouTube dan Telegram untuk berkongsi pelbagai ramalan termasuk Perang Dunia Ketiga kononnya berlaku di Sabah sebelum dia memimpin pasukannya untuk mencari Imam Mahdi bagi melawan musuh.


Selain bercerita mengenai peperangan itu, Sittah Annur turut mendakwa dirinya beryaqazah dengan malaikat dan bertemu secara jaga (sedar) dengan Nabi Muhammad SAW dan merangka pelan keluar bersama pengikutnya jika peperangan berlaku.


Malah, bagi meyakinkan pengikutnya, Sittah Annur turut dikesan menjaja nama beberapa orang pemimpin negara, pemimpin dunia dan tokoh agama sebagai khalifah kepada ajarannya itu.


Lebih membimbangkan, perancangan teliti ala tentera dirancang kumpulan itu membabitkan pergerakan ke 29 lokasi di seluruh negara sebaik berlakunya serangan di Sabah.


Susulan pendedahan Harian Metro, pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tampil membuat laporan polis di seluruh negara mendesak pihak berkuasa agama dan PDRM mengambil tindakan segera terhadap kumpulan berkenaan yang disifatkan mengganggu ketenteraman awam selain menyimpang daripada ajaran Islam sebenar.


Pelbagai pihak berkuasa agama negeri termasuk Jakim dan Mufti menyifatkan ajaran ini terpesong daripada Islam.


PMYT: Polis akan mohon sambung reman ketua ajaran

Pautan : https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/09/751577/pmyt-polis-akan-mohon-sambung-reman-ketua-ajaran

19 Mac 2021

Lelaki di Poland gagal 192 kali ujian memandu dalam tempoh 17 tahun

 

Seorang lelaki di Poland amat tidak bernasib baik apabila masih belum memiliki lesen memandu kerana gagal ujian bagi mendapatkan lesen itu sebanyak 192 kali.


7 News.com.au melaporkan dia yang berusia 50 tahun itu cuba berbuat demikian sejak 17 tahun lalu.


Namun, keputusan ujian masih sama iaitu gagal. 



Pihak berkuasa Poland memaklumkan itu rekod gagal tertinggi untuk ujian memandu pernah dicatatkan di negara itu, setakat ini.


Lelaki dari Piotrkow Trybunalsk di tengah Poland itu belum pernah sekalipun menduduki ujian memandu di jalan raya.


Sebaliknya, dia dilaporkan gagal pada peringkat ujian teori. Di Poland, ujian teori itu dijalankan menggunakan komputer.


Lelaki itu berusaha untuk lulus selama hampir dua dekad, tetapi tiada had umur ditetapkan untuk lulus ujian berkenaan.


Menurut stesen televisyen tempatan, Telewizja Polska (TVP), lelaki itu membelanjakan 6,000 Zloty (kira-kira RM6,413) untuk menduduki 192 ujian berkenaan.


Polis mengendalikan peperiksaan itu mengakui ia agak susah namun ia tidak sepatutnya mengambil masa begitu lama.


Menurut pihak berkuasa, individu kedua yang dianggap paling teruk dalam ujian memandu di negara itu mencuba sebanyak 40 kali.


TVP melaporkan, kebanyakan rakyat Poland berjaya mendapatkan lesen memandu selepas mengambil ujian sebanyak dua atau tiga kali.


192 kali gagal ujian memandu

Pautan : https://www.hmetro.com.my/global/eropah/2021/03/685709/192-kali-gagal-ujian-memandu


14 Jul 2020

Remaja diserang strok ketagih permainan komputer sepanjang tempoh sekolah ditutup


Akibat bermain permainan komputer tanpa henti selama 22 jam sehari, seorang remaja lelaki di Nanjing, China diserang strok.

Media tempatan melaporkan ia dikesan selepas dia dikejarkan ke Hospital Jiangbin dekat wilayah Guangxi di selatan China, pada 9 Julai lalu.

Dia dibawa ke hospital berkenaan selepas ibunya mendapati anaknya itu tiba-tiba pengsan.

Selepas sedar, remaja dikenali sebagai Xiaobin, 15 itu tidak lagi dapat menggerakkan lengan dan tangan kirinya.

Selepas pemeriksaan di hospital, doktor mengesahkan remaja itu diserang strok.

Dalam pada itu, World of Buzz melaporkan remaja itu ketagih bermain permainan komputer ketika sekolah ditutup selama lebih sebulan kerana penularan Covid-19.

Menurut ibunya, sejak itu, anak lelakinya itu banyak menghabiskan masanya di dalam bilik.


Ketika ditanya ibu mengenai apa yang dilakukan, dia akan menjawab mengikuti kelas secara dalam talian.

"Dia pernah mengadu tidak cukup rehat dan hanya tidur dua jam saja sehari," katanya.

Lumpuh tangan main game 22 jam sehari
Pautan : https://www.hmetro.com.my/utama/2020/07/599600/lumpuh-tangan-main-game-22-jam-sehari

Saya akui permainan video sememangnya mengasyikkan dan anda perlu bijak untuk menentukan berapa tempoh masa, kekerapan dan kos yang akan dibelanjakan. Pemantauan berterusan diperlukan sekiranya anak-anak didedahkan dengan permainan video untuk mengelakkan kesan negatif seperti dikongsi di atas.