• Maklumat Terkini Covid-19

    Klik untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan Covid-19 seperti jumlah kes baharu, kes sembuh baharu dan kematian baharu.

  • Facebook Fanpage

    Klik untuk mendapatkan perkongsian terus melalui fanpage. Terdapat sesetengah perkongsian yang hanya dibuat melalui fanpage sahaja.

  • Ciapan Twitter

    Klik untuk mengikuti kemaskini secara terus melalui twitter.

  • Youtube Channel

    Klik untuk menonton video tutorial beserta dengan penerangan terperinci di channel youtube.

  • Kisah 25 Rasul

    Bermula 4 May 2020, satu kisah nabi dari 25 Rasul akan dikongsi setiap hari dan dijangka akan tamat selepas Hari Raya Aidilfitri. Semoga kita semua mendapat manfaat.

Memaparkan catatan dengan label temui. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label temui. Papar semua catatan

15 Okt 2021

Tengkorak usia 10,000 tahun ditemui di Bukit Keteri

 

Fosil tulang dan tengkorak manusia berusia sekitar 5,000 tahun hingga 10,000 tahun ditemui di Bukit Keteri, di Perlis.


Selain tengkorak manusia, hasil eksplorasi Jabatan Warisan, Kerajaan Negeri Perlis dan Persatuan Pendaki Negeri Perlis turut menemui lukisan dinding gua zaman proto sejarah di Gua Semadong.



Penemuan itu membuktikan Perlis pernah menjadi kawasan penempatan masyarakat prasejarah dan proto sejarah, ribuan tahun dahulu.


Pesuruhjaya Jabatan Warisan Negara (JWN), Mohd Azmi Mohd Yusof, berkata penemuan itu adalah penemuan sejarah yang terbaharu, selain penemuan bahan sejarah lain seperti candi Lembah Bujang di Kedah serta di Kelantan.


"Ini adalah penemuan terbaharu dari negeri Perlis dan satu penemuan yang amat baik bagi kita untuk merangka kronologi sejarah.


"Daripada lukisan ini, kita dapat lihat lukisan berbentuk binatang seperti lembu, gajah, ular, mawas serta manusia. Kita percaya ia mempunyai pengaruh Hindu-Buddha yang dianggarkan sekitar abad kelima hingga ke-10 Masihi.



"Berdasarkan kajian lalu yang dibuat di sekitar gua di Perlis, kawasan gua di Bukit Chuping, Bukit Tunku Lembu. Bukit Ngulang, Bukit Kerengga dan Bukit Changkul digunakan sebagai tapak penempatan dan pengkebumian masyarakat paleolitik dan neolitik berdasarkan penemuan artifak pelbagai jenis alat batu dan tembikar tanah.


"Kita percaya kawasan ini bukan sahaja didiami oleh masyarakat prasejarah, malah pernah dihuni oleh masyarakat zaman proto sejarah berdasarkan artifak seperti kalam semah (votive tablet) yang turut ditemui di kawasan itu," katanya kepada pemberita selepas melakukan eksplorasi arkeologi di Bukit Keteri dan Gua Semadong, di sini, hari ini.


Mohd Azmi berkata, penemuan itu amat penting dalam merangka kronologi sejarah.


"Kita berharap semua masyarakat, sama-sama menjaga warisan ini supaya kita dapat membuat kajian lanjut.


"Apa yang penting sekarang, adalah untuk mewartakan tapak penemuan ini sebagai lokasi sejarah supaya ia tidak diceroboh atau dimusnahkan oleh orang tidak bertanggungjawab," katanya.


 


Tengkorak manusia berusia 10,000 tahun ditemui di Bukit Keteri, Perlis

Pautan : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/10/876170/tengkorak-manusia-berusia-10000-tahun-ditemui-di-bukit-keteri-perlis

5 Okt 2021

Nelayan temui muntah ikan paus bernilai RM5 juta

 

Seorang nelayan di Thailand bakal bergelar jutawan segera apabila menemui 'muntah' ikan paus yang dianggarkan bernilai kira-kira AS$1.2 juta (RM5 juta).


Narong Phetcharaj pergi ke pantai ketika melihat objek aneh di pantai Niyom di wilayah Surat Thani, selatan Thailand.


Portal The National News melaporkan dia kemudian menjumpai ambergris bersaiz besar.



Objek itu dipercayai dimuntahkan paus sperma dan dijangka dapat dijual dengan harga hingga AS$40,000 (RM167,000) sekilogram.


Phetcharaj menemukan ambergris seberat 30 kilogram dan dianggarkan bernilai kira-kira AS$1.2 juta.


Kumpulan nelayan itu kemudian membawa 'muntah' itu kepada pakar di Universiti Prince of Songkla yang mengesahkannya sebagai ambergris.


Batu itu dihasilkan oleh ikan paus selepas memakan sejumlah besar sefalopod seperti sotong dan ia terhasil disebabkan tidak dicerna sepenuhnya.


Bahagian itu bergerak ke usus ikan paus, perlahan-lahan menjadi jisim padat dalam perut mamalia besar itu selama bertahun-tahun.


Ikan paus itu kemudian memuntahkannya sebelum ia terapung di permukaan laut.


Baunya ketika basah sangat busuk tetapi selepas mengering ia mengeluarkan aroma manis dan tahan lama, menjadikannya ramuan paling dicari dalam industri minyak wangi.


"Tidak ada penduduk kampung yang pernah melihat atau menyentuh ambergris sebenar dan itulah sebabnya semua orang gembira.


"Saya sangat teruja, tidak tahu apa yang harus dilakukan. Saya merancang untuk menjual ambergris ini kerana saya sudah menerima sijil untuk membuktikan ia benar.


"Sekiranya saya dapat harga yang baik, saya akan berhenti bekerja sebagai nelayan dan mengadakan pesta untuk rakan saya," kata Petcharaj.


Objek itu disebut harta karun laut dan diibaratkan seperti 'emas terapung.'


'Emas terapung' RM5 juta

pautan : https://www.hmetro.com.my/global/asia/2021/10/762694/emas-terapung-rm5-juta

28 Ogo 2021

Bekalan vaksin Moderna ke Jepun digantung kerana penemuan bendasing dipercayai unsur logam

 

Bendasing dalam bekalan vaksin Moderna yang dihantar ke Jepun dipercayai mengandungi unsur logam, lapor media rasminya, NHK, memetik kenyataan Kementerian Kesihatan.


Jepun semalam menggantung penggunaan 1.63 juta dos vaksin Moderna, lebih seminggu selepas pengedar tempatannya menerima laporan terdapat bahan cemar dalam beberapa botol.



Laporan NHK yang disiarkan semalam memetik kenyataan Kementerian Kesihatan sebagai berkata, unsur itu bertindak balas terhadap magnet, justeru disyaki sebagai logam.


Moderna menjelaskan ia sebagai 'bahan zarah' yang tidak mengundang sebarang isu berkaitan keselamatan atau keberkesanan vaksin berkenaan.


Jurucakap Kementerian Kesihatan berkata, identiti bahan tercemar itu masih belum disahkan setakat ini.


Berita berkenaan dijangka memberi kesan kepada sambutan terhadap program vaksinasi di Jepun yang ketika ini bergelut untuk meyakinkan masyarakat khususnya dalam kalangan generasi muda, untuk divaksinasi.


Hari ini, lapan lagi wilayah memasuki perintah darurat, menjadikan 80 peratus penduduk di Jepun kini berada di bawah sekatan bagi menangani penularan COVID-19.


Kerajaan melaporkan 25,000 jangkitan baharu dan 2,000 kes kritikal direkodkan setakat semalam.


Kementerian Kesihatan berkata, tindakan menggantung kumpulan vaksin Moderna itu adalah sebagai langkah berwaspada, namun ia mendorong beberapa syarikat membatalkan keputusan mevaksinasi pekerja mereka.


Perkara itu turut mendapat perhatian pengawal selia ubat-ubatan di Eropah, yang melancarkan siasatan mengenainya.


Sementara itu, syarikat farmasi Sepanyol, Rovi, yang melakukan pembungkusan vaksin berkenaan bagi pasaran selain Amerika Syarikat (AS), berkata pencemaran itu mungkin disebabkan isu pembuatan di salah sebuah kilangnya dan siasatan sedang dijalankan.


Dalam pada itu, pegawai Kementerian Kesihatan berkata ia mungkin mengambil masa untuk mengesahkan berapa banyak suntikan daripada kumpulan botol tercemar itu sudah diberikan di negara itu.


Menurut agensi berita Kyodo, sekurang-kurangnya 176,000 dos suntikan sudah digunakan berdasarkan jumlah yang dilaporkan oleh perbandaran tempatan.


Setakat ini, sekitar 54 peratus penduduk Jepun sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin coronavirus. - AGENSI


Bendasing dalam vaksin Moderna dipercayai unsur logam

Pautan : https://www.bharian.com.my/dunia/asia/2021/08/856754/bendasing-dalam-vaksin-moderna-dipercayai-unsur-logam

31 Mei 2021

Polis temui 1000 janin manusia dalam peti sejuk

 

Polis menemui lebih 1,000 janin manusia disimpan dalam peti sejuk di sebuah pangsapuri di Ha Dong di sini, selepas menerima maklumat berhubung sekumpulan individu membawa beg hitam di kawasan itu.


Akhbar Kinh te & Do Thi melaporkan polis mengawasi kumpulan itu sehingga ke apartmen terbabit.



Pasukan keselamatan kemudiannya menyerbu pangsapuri itu dan menemui dua peti sejuk besar yang dipenuhi beg hitam.


Pemeriksaan lanjut mendapati beg hitam itu mengandungi janin manusia dan empat orang ditahan untuk disoal siasat.


Peti penyejuk beku dan janin kemudian ditempatkan di rumah pengebumian daerah sementara menunggu siasatan.


Siasatan awal polis menunjukkan keempat-empat suspek sering mengumpul janin hasil pengguguran daripada klinik dan tempat pembuangan sampah di bandar dan mengatur pengebumian yang sesuai.


Mereka melakukan pengebumian di Thanh Oai dan Soc Son di Hanoi dan di Wilayah Nam Dinh.


Bagaimanapun, oleh kerana jarak yang sangat jauh di antara kawasan berkenaan, kumpulan itu menyimpan janin di dalam peti sejuk terlebih dulu.


Walaupun polis menyatakan kes tidak berunsur jenayah, tetapi pihak berkuasa tempatan berkata, ia menyebabkan masalah alam sekitar mengenai cara janin ditangani dan disimpan.


Vietnam adalah antara negara yang mencatatkan kadar pengguguran janin tertinggi di dunia, menurut laporan rasmi kesihatan.


Jabatan Ibu dan Kanak-kanak di bawah Kementerian Kesihatan merekodkan 14 kes pengguguran janin dalam 100 kelahiran pada 2018. Antara sebab pengguguran dilakukan adalah kerana pemilihan jantina bayi selain kekurangan pendidikan seksual.


Malah, hubungan seksual tanpa nikah masih dianggap tabu menyebabkan gadis muda berdepan kecaman masyarakat sekiranya didapati hamil tanpa ikatan perkahwinan yang sah.


1,000 janin manusia dalam peti sejuk

Pautan : https://www.hmetro.com.my/utama/2021/05/712077/1000-janin-manusia-dalam-peti-sejuk

20 Apr 2021

Pakar dari Singapura temui kaedah pengesahan Covid-19 melalui ujian penafasan menggunakan breathalyser

 

Pakar di republik ini menemui kaedah pengesahan COVID-19 menerusi ujian pernafasan menggunakan 'breathalyser' atau alat penganalisis nafas.


Kaedah itu memberi keputusan lebih pantas pada kos jauh lebih murah dan lebih mudah dilakukan pada skala lebih besar membabitkan ramai orang.



Syarikat perubatan, Silver Factor Technology, bekerjasama dengan Pusat Nasional Penyakit Berjangkit (NCID), Lapangan Terbang Changi dan firma keselamatan Certis bagi membangunkan ujian pernafasan itu, lapor The Straits Times.


Ujian pernafasan TracieX, yang dibangun Silver Factory Technology itu dilaporkan hampir tepat dengan ujian reaksi rantai polimerase (PCR), meskipun ia mengambil masa hanya dua minit untuk memberi keputusan.


Kos ujian pernafasan itu juga lebih rendah iaitu SGD$26 (RM80) bagi setiap ujian. - AGENSI


Singapura temui ujian pernafasan bagi pengesahan COVID-19

Pautan : https://www.bharian.com.my/dunia/asean/2021/04/808930/singapura-temui-ujian-pernafasan-bagi-pengesahan-covid-19