• Maklumat Terkini Covid-19

    Klik untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan Covid-19 seperti jumlah kes baharu, kes sembuh baharu dan kematian baharu.

  • Facebook Fanpage

    Klik untuk mendapatkan perkongsian terus melalui fanpage. Terdapat sesetengah perkongsian yang hanya dibuat melalui fanpage sahaja.

  • Ciapan Twitter

    Klik untuk mengikuti kemaskini secara terus melalui twitter.

  • Youtube Channel

    Klik untuk menonton video tutorial beserta dengan penerangan terperinci di channel youtube.

  • Kisah 25 Rasul

    Bermula 4 May 2020, satu kisah nabi dari 25 Rasul akan dikongsi setiap hari dan dijangka akan tamat selepas Hari Raya Aidilfitri. Semoga kita semua mendapat manfaat.

Memaparkan catatan dengan label terjun. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label terjun. Papar semua catatan

24 Feb 2016

Wanita terjun tasik selamatkan iphone 5

Berenang adalah merupakan salah satu kemahiran yang perlu dimiliki tidak mengira jantina.

Anda akan tahu kelebihannya apabila berdepan situasi yang mendesak seperti petikan kejadian yang berlaku di China di bawah. Sila klik link untuk berita penuh.

Seorang wanita sanggup menggadaikan nyawanya dengan terjun ke dalam tasik semata-mata bagi ‘menyelamatkan’ telefon pintar iPhone 5 miliknya yang terjatuh.

 Kejadian berlaku ketika wanita tidak dikenali itu bersiar-siar di Taman Longtan di sini sebelum telefonnya terjatuh ke dalam tasik.

27 Okt 2010

ibu cekik anak sampai mati sebelum terjun bangunan

GOMBAK: “Isteri saya mula meracau seolah-olah diganggu makhluk halus, Khamis lalu dan selepas dibawa berubat, dia seperti sudah pulih. Tak sangka pula penyakitnya berulang sehingga begitu teruk sekali.”

Demikian kata Sathia Selan, 32, yang kehilangan dua orang tersayang serentak selepas isterinya, S Komagal, 30, mencekik anak perempuan mereka berusia empat tahun sehingga mati sebelum membunuh diri dengan terjun dari tingkat 11 flat yang mereka duduki di Batu Caves jam 10 pagi kelmarin.

KOMAGAL...terjun flat lepas cekik anak.

Sathia yang bekerja sebagai penjaga tempat letak kenderaan berkata, dia tidak sangka tragedi itu boleh berlaku berikutan isterinya ditinggalkan dalam keadaan normal sebelum dia keluar bekerja pagi kejadian.


“Kehidupan kami sekeluarga sebelum ini cukup bahagia sebelum dia diganggu makhluk halus Khamis lalu dan mula meracau dengan mengeluarkan perkataan tidak difahami. Dia juga cuba mencekik anak kami, namun berjaya dihalang.

29 Sep 2010

tragedi latihan terjun di menara Alor Setar

ALOR SETAR: Seorang penerjun wanita warga Australia maut apabila payung terjun yang digunakan ketika melakukan latihan ‘base jump’ di Menara Alor Setar, di sini, gagal berfungsi, petang semalam.
ANGGOTA polis dan Jabatan Pertahanan Awam mengangkat mayat wanita yang maut ketika membuat latihan terjunan di Menara Alor Setar, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.20 petang itu, mangsa Tantikey Lie Marion, 42, dipercayai sedang menjalani latihan penerjunan bersama tiga lagi rakannya untuk program ‘KL Tower International Jump’ yang dijadualkan berlangsung awal bulan depan di Menara Kuala Lumpur.