• Maklumat Terkini Covid-19

    Klik untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan Covid-19 seperti jumlah kes baharu, kes sembuh baharu dan kematian baharu.

  • Facebook Fanpage

    Klik untuk mendapatkan perkongsian terus melalui fanpage. Terdapat sesetengah perkongsian yang hanya dibuat melalui fanpage sahaja.

  • Ciapan Twitter

    Klik untuk mengikuti kemaskini secara terus melalui twitter.

  • Youtube Channel

    Klik untuk menonton video tutorial beserta dengan penerangan terperinci di channel youtube.

  • Kisah 25 Rasul

    Bermula 4 May 2020, satu kisah nabi dari 25 Rasul akan dikongsi setiap hari dan dijangka akan tamat selepas Hari Raya Aidilfitri. Semoga kita semua mendapat manfaat.

Memaparkan catatan dengan label tidur. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tidur. Papar semua catatan

7 Mei 2021

Firma Amerika Syarikat tawar RM6,180 bagi pekerjaan pengulas tidur siang hari selama 30 hari

 

Sebuah firma  Amerika Syarikat menawarkan bayaran gaji AS$1,500 (RM6,180) sebulan untuk pekerjaan sebagai pengulas tidur siang, lapor United Press International (UPI) kelmarin.


Calon yang diterima perlu perlu tidur siang pada setiap hari selama 30 hari dan merekodkan pengalaman mereka.



EachNight.com yang  menawarkan perbandingan tilam, cadar dan barangan lain menyatakan, pihaknya sedang meneliti kebaikan dan keburukan tidur siang dan mencari mereka yang gemar tidur siang untuk merekodkan waktu rehat itu.


“Bagi tempoh 30 hari, pasukan pengulas dikehendaki mengambil bahagian dalam pelbagai eksperimen bagi menguji teori seperti tempoh tidur siang menjadikan badan paling segar, kesan tidur siang kepada tahap keletihan badan, kesan tidur siang kepada ingatan, motivasi dan produktiviti,” demikian kata syarikat tersebut.


Pengulas akan diminta untuk membuat panggilan video sebelum dan selepas setiap sesi tidur untuk mendokumenkan pengalaman tersebut.


Syarikat tersebut mencari lima individu untuk mengisi kekosongn jawatan dan permohonan boleh dibuat sehingga 31 Mei ini menerusi laman web syarikat tersebut. -Agensi


Bayar RM6,180 sebulan untuk tidur siang

Pautan : https://www.kosmo.com.my/2021/05/06/bayar-rm6180-sebulan-untuk-tidur-siang/

2 Mei 2021

8 Tips bagaimana cara jaga solat



Ada seorang rakan meminta nasihat dan panduan bagaimana untuk menjaga SOLAT. Dia mengatakan bahawa dia agak malas untuk solat. Dia solat ikut mood. Kalau mood OK dia solat. Kalau dia letih atau sibuk sikit, maka dia liat nak solat.

Namun, dia ada kesedaran tentang pentingnya solat. Dia nak berubah dan mahu menjaga solat, katanya. Setakat ini, dia masih berusaha untuk menjaga solat, setidak-tidaknya 5 kali sehari. Tapi dia masih gagal. Walaupun ada kemahuan, namun tak cukup kuat. Dia selalu kalah dengan nafsunya. Keadaan ini membuatkan dia rasa agak tidak tenang dan serba salah.
 

Solat itu tiang agama!

Gambar dari Portal e-Solat

Berikut saya kongsikan beberapa perkara yang mungkin kita boleh amalkan supaya diri kita menjadi lebih berdisiplin dalam melaksanakan solat yang diperintahkan.

1 Apr 2021

Tertidur atas katil dalam rumah mangsa pecah rumah

 

Disebabkan terlalu letih, seorang perompak lelaki terlena di bilik tidur pemilik rumah yang dicerobohnya di wilayah Phetcabun, Thailand.


Akibatnya, suspek dikenali Athit Kin Khunthud itu bukan hanya gagal untuk melarikan barang, malah ditahan dengan mudah oleh pihak polis.



India Times melaporkan insiden itu berlaku pada 22 Mac lalu ketika Athit memecah masuk rumah seorang individu dengan niat untuk mencuri barangan berharga.


Namun, Athit tertidur kerana kepenatan hingga tidak sedar apa yang berlaku selepas itu.


Menyedari perompak di dalam bilik tidur, pemilik rumah berkenaan terus menghubungi pihak polis untuk membuat tangkapan.


Sementara menunggu polis tiba, pemilik berkenaan terus membiarkan Athit tidur di biliknya.


Tidak lama selepas itu, pegawai polis, Jiam Wichian tiba dan terus menjerit nama Athit dengan kuat bagi mengejutkannya daripada tidur.


Jeritan itu membuatkan Athit tersedar dan terjaga dalam keadaan terpinga-pinga.


Lebih melucukan apabila Athit sendiri seakan bingung sebab dirinya ditahan oleh pihak polis.


Difahamkan, sebelum kejadian, Athit berlegar-legar di sekitar kawasan perumahan berkenaan sebelum memecah masuk rumah terbabit.


Pencuri terlena di rumah mangsa

Pautan : https://www.hmetro.com.my/utama/2021/04/690100/pencuri-terlena-di-rumah-mangsa

27 Ogo 2010

dua pengawal keselamatan Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) mati ditembak rakan setugas

KLANG: Dua pengawal keselamatan Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), di sini, mati ditembak rakan setugas mereka di perkarangan tempat letak kereta kakitangan hospital itu pagi tadi.
P. Mailvanagam , 47, dari Kuala Lumpur dan S. Gunasilan, 22, dari Taman Sentosa di sini, masing-masing terkena satu das tembakan di dada, mati di tempat kejadian.

Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor ACP Omar Mammah berkata kejadian kira-kira jam 5.30 pagi itu dikatakan berpunca daripada perasaan tidak puas hati pengawal keselamatan berumur 37 tahun itu terhadap seorang daripada mangsa yang menegurnya kerana tidur semasa bertugas.

"Tindakan seorang daripada mangsa menegur suspek menyebabkan berlaku pertengkaran dan cabar-mencabar antara suspek dan mereka.

"Dalam pertengkaran itu suspek kemudian melepaskan dua das tembakan menggunakan selaras pump gun, satu das tembakan mengenai setiap mangsa," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Omar berkata, pengawal keselamatan yang berasal dari Sabah itu menyerah diri di pondok polis HTAR sejurus selepas kejadian itu. Dia baru tiga bulan bertugas di hospital itu.

26 Ogo 2010

tentera taiwan diharamkan pejam mata di tempat awam

TAIPEI: Tentera Taiwan mengharamkan anggotanya terlelap atau memejamkan mata ketika mengenakan pakaian seragam di tempat awam, kata Kementerian Pertahanan negara itu, semalam.