• Maklumat Terkini Covid-19

    Klik untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan Covid-19 seperti jumlah kes baharu, kes sembuh baharu dan kematian baharu.

  • Facebook Fanpage

    Klik untuk mendapatkan perkongsian terus melalui fanpage. Terdapat sesetengah perkongsian yang hanya dibuat melalui fanpage sahaja.

  • Ciapan Twitter

    Klik untuk mengikuti kemaskini secara terus melalui twitter.

  • Youtube Channel

    Klik untuk menonton video tutorial beserta dengan penerangan terperinci di channel youtube.

  • Kisah 25 Rasul

    Bermula 4 May 2020, satu kisah nabi dari 25 Rasul akan dikongsi setiap hari dan dijangka akan tamat selepas Hari Raya Aidilfitri. Semoga kita semua mendapat manfaat.

Memaparkan catatan dengan label tips. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tips. Papar semua catatan

4 Okt 2020

Cara mengeluarkan anak kunci tersekat pada pintu

 

Pagi ni agak kelam-kabut sebab nak hantar anak ke sekolah (hari ahad). Kalau weekday agak smooth sebab saya bangun awal dan bersiap2 untuk ke tempat kerja.

Dah siap kunci grill boleh pulak anak kunci tersekat tak mau keluar. Kemurungan terus...😌


Balik dari hantar anak ke sekolah macam-macam usaha dan cara telah dicuba, namun tak dapat mengeluarkan kunci yang tersekat tu. Berikut kronologi kes anak kunci tersekat ni, saje nak berkongsi..


1. Goyang-goyangkan anak kunci sambil tarik..tak mau keluar.

2. Masukkan anak kunci pendua dari dalam rumah..tak boleh pusing pulak.

3. Buka skru pemegang pintu, tolak dari arah luar dan dalam..takde apa kesan.

4. Whatsapp tuan rumah..takde contact no. tukang pintu. Seawal jam 8 pagi dah gegar tuan rumah. Sorry3 kacau hari minggu akak.. 😅

5. Cari nama tukang rumah dan seangkatan dengannya di Kulai kat google. Jumpa contact person Pak Ali. Sedap caller ringtone abang, lagu Achik-Nana..😅



Pak Ali pun tak boleh tolong setelkan dan rekomen cari kat internet "en. taib tukang pintu/kedai pintu kulai" atau "en taip tukang pintu/kedai pintu kulai" melalui voice message, saya tak pasti mana satu. Saya segan nak tanya2 banyak kali..tapi search kat internet dua-dua kombinasi pun takde.. 😟 apa2cpun terima kasih bang.

6. Telefon teknisyen kilang..cadangannya drill ja pintu tu. aduhhai.. rumah sewa ni bang 😄

7. Spray WD-40..pun takde efek.

Berhenti dulu sarapan laksam beli kat kedai Selera Pantai Timur Indahpura, Kulai..sambil fikir langkah seterusnya 😆


8. Whatsap kat group whatsap tempat kerja "Group jual-beli" tanya sape2 kenal tukang pintu/kunci.. then, someone share contact no. Locksmith Kulai (Mr. Foong). Terus whatsapp dia..beserta gambar anak kunci yang tersekat pada pintu. Jom support side project x-colleague saya tu ☺️



Sementara tunggu reply, main game cam candy crush kat Shopee apps, dah level terakhir (160) 😎..


Mr. Foong anta voice message advice suh ketuk kunci perlahan-lahan sehingga masuk habis..kemudian pusing anak kunci ke kedudukan melintang dan tarik keluar. Iye, kunci tu tersekat pada kedudukan menegak dan nak keluarkan kena dalam kedudukan melintang. Terima kasih sir untuk advise..


9. Ketuk kunci guna tukul agak berhati-hati..takut rosak pintu. cam takde efek pun. kunci boleh tarik lagi tapi sangkut.. 😓 

10. Teruskan ketuk guna tukul, tapi kali ni lagi kuat.. dan anak kunci jongketkan ke atas sikit. cam engineering instinct yang bagitau try je la buat camni mungkin hujung anak kunci boleh capai ape2..bukan saka yer 😅

11. Rasanya lebih 10 kali ketuk, berhenti dan cuba tarik anak kunci..anak kunci tak bergerak langsung bila ditarik, nak pusing pun tak mau gerak cam tersangkut kat sesuatu.

12. Ketuk lagi dengan tukul tapi lagi laju dan perlahan..anak kunci didorong masuk dan terus masuk kesemuanya.

13. Inilah detik kejayaannya, cuba pusing anak kunci ke kedudukan melintang dan tarik perlahan-lahan. Terasa agak kasar sikit pergerakan anak kunci dan berjaya!!!! 😱😱😱


Untuk meraikan kejayaan ni, saya terus ke meja makan dan brunch nasi kerabu+solok lada+telur asin-ayam bakar. takleh makan time berduka tadi..



Begitulah ceritanya dan cara untuk mengeluarkan anak kunci yang tersekat pada pintu.

27 Sep 2020

petua ringkas nenek untuk melegakan batuk²

sekarang hujan mulai turun selepas kemarau panjang terutamanya di kelantan
perubahan musim ni tentunya akan menyebabkan sebahagian daripada kita yang mengalamai demam², batuk², sakit² kepala, pening kepala, etc
ihsan dari google image

berikut satu cara ringkas untuk mengubati batuk² di rumah.
selamat mencuba..

A grandmother's remedy to expel irritating cough

24 Sep 2020

cara penjagaan dan pengendalian bayi yang betul

tips ni untuk bapak² dan ibu² serta bakal² bapak dan ibu

14 Jun 2020

Doa untuk Isteri


Ya Allah..
Kau ampunilah dosa ku yang telah kuperbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaran Mu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah…
Sekiranya isteriku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya isteriku ini adalah isteri yang akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya isteri ku ini adalah bidadari untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya isteri ku ini adalah yang terbaik untukku di Dunia Mu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya isteri ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya


Tetapi ya Allah…
Kau tunjukkanlah aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaanMu
Sekiranya isteri ku tergoda dengan keindahan dunia Mu
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya
Sekiranya isteri ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya isteri ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena

Ya Allah…Kau yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan keterlanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan..Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai suami
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka

Berikanlah aku petunjuk kearah rahmatMu
Ya Allah…Sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbingan MuAku cacat tanpa hidayah Mu
Aku hina tanpa Rahmat Mu

Ya Allah…Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku suami yang disenangi isteri
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agama Mu
Bimbinglah aku menjadi Suami Mithali
Hanya pada Mu,

Ya Allah…
Ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaan Mu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniaMu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaran Mu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujian Mu

Ya Allah Tuhanku…….
Aku hanya ingin menjadi suami yang dirahmati
Suami yang dikasihi
Suami yang Mithali
Suami yang sentiasa disayangi
Amin, Ya Rabbi Allamin…….

sumber asal : http://ridzuan1706.wordpress.com/2009/03/04/doa-untuk-isteri/

Posting asal : 22 Oktober 2009
Repost        : 14 Jun 2020

13 Jun 2020

Doa Untuk Suami


Ya Allah bagiMu segala kepujian dan kesyukuran sebagaimana layak untukMu dengan kebesaran kekuasaanMu dan kemulian wajahMu dan ketinggian kemulianMu yang bilamana Engkau menjadikan dia sebagai suamiku.

Ya Allah Engkau jadikanlah dia penyejuk mataku dan pembantu untuk aku mentaatiMu

Ya Allah Engkau jadikanlah aku sebagai penenang untuknya dan penasihat yang diberkati

Ya Allah Engkau kasihkan aku kepadanya dan kasihkanya kepada aku

Dan rezekikan kami zuriat yang soleh yang menjadi kebaikan kepada agama dan dunia

Ya Allah jadikan antara kami berdua sebagimana antara Ali dan Fatimah

Ya Allah satukan hatiku dengan hati-hati ahli keluarganya dengan rahmatMu Wahai Yang Maha Pemurah


Ya Allah tutupilah keburukanku padanya dan tutupilah keburukannya kepada ku

Dan perlihatkanlah kepadaku kebaikannya dan redhakan aku apa yang telah Kamu beri kepadaku dan berkati aku padanya

Ya Allah permudahkanlah ia bagi ku dan permudahkan urusanku bersamanya dan jauhikanlah aku keburukannya

Jadikanlah aku berpuashati dengannya dan dia berpuashati denganku
Ya Allah jadikanlah aku dimatanya hebat dan jadikanlah ia dimataku kecil

Ya Allah bukakanlah antaraku dan suamiku dan ahli keluarganya sesungguhnya Engkau sebaik-baik pembuka

Ya Allah yang menghimpunkan manusia pada hari Kiamat, himpunkan aku dan suamiku dalam kebaikan

Ya Allah Engkau jadikan aku sebagaimana yang ia sayangi dan jadikan ia sebagaimana yang aku sayangi dan jadikan kami sebagaimana yang Engkau sayangi

Ya Allah Engkau jadikan hati suamiku tergantung kepadaMu dan kemudian tergantung kepada rasulMu dan kemudian kepadaku

Ya Allah Engkaulah yang menguruskan kenikmatan dan kelazatan dalam kesusahanku,
Jadikanlah kegarangannya terhadapku suatu kesejukan dan keselamatan sebagaimana engkau jadikan api ke atas nabi Ibrahim suatu kesejukan dan keselamatan

Ya Allah berikanlah petunjuk kepadanya sebagaimana yang Engkau kehendaki dan redha

Ya Allah Engkau yakinkanlah hatiku bahawa sesungguhnya aku tidak akan dicelakai dan Engkau sentiasa bersamaku

Ya Allah perkenankanlah
Ya Allah perkenankanlah
Ya Allah perkenankanlah

From: Wan Ahmad Wazir Afandy
Sent: Monday, April 13, 2009 10:51 AM
Subject: FW: Doa isteri utk suami

Posting asal : 21 Oktober 2009
Repost        : 13 June 2020

16 Mei 2020

Pos barang dari kelantan ke Kuala Lumpur sampai dalam masa 1 jam

Terima kasih Firefly Airlines !!😍

Baru ambo tahu boleh pos barang dengan Fifefly. 1 jam dah smpai KL.

Adik ambo ni dudk KL, dio call ko umi ambo nak mkn ketupat palas, nok sekut rayo, nok lada solok, nok kueh kelate😃😅. Nok suruh ata KL. Nok pos ke KL rasanya lepas raya baru sapa.haha


Kita try guna khidmat Firefly, ambo pun baru tahu. Senang dan jimat masa. Harga pun takde la mahal sangat. Boleh tengok resit dalam gambar deh. Berat barang ambo pos 5.2kg jugak.

Kalau anda semua nk gunakan khidmat Firefly dalam masa seminggu sebelum raya ni, very recommended!


Langkah-langkahnya mudah je :

1. Mula-mula adik saya call Firefly Centre tanya. Centre kata boleh pos barang.
2. Cek dekat laman web Firefly untuk dapatkan jadual penerbangan dari destinasi anda ke tempat tujuan.
3. Sediakan barang-barang untuk dihantar
4. Terus ke kaunter Firefly dan isi form utk pengeposan.
5. Timbang, bayar dan check in barang. Ada nombor tracking flight dia akan tampal dekat kotak.
6. 1jam je barang sampai.
7. Pengirim dan penerima akan menerima mesej dari Firefly apabila barang selamat berlepas dan tiba ke destinasi.
8. Adik saya sedia menunggu di airport utk ambik barang.



Mudah, murah dan jimat masa!
Hanya RM21.20 untuk 5.2kg.

Berbaloikan!🤩

Kredit : Hazalina Hamzah
Pautan : https://www.facebook.com/hazalina.hamzah.1/posts/1203300116688768

14 Mei 2020

Rahsia anak jadi taat dan cerdik

Saya nak kongsikan semula Rahsia Anak Taat dan Cerdik seperti yg sy cerita di Live 7.15 pagi td. Mungkin ada yg terlepas atau tak dpt nak tangkap betul-betul. Jadi jom dengarkan rahsianya.

Amalan ni dikongsikan sendiri oleh mak mertua sy. Mak mertua sy pulak, dpt korek rahsia ni drpd saudara dia yg ada 10 org anak, dan anak-anak dia semua berjaya, semua masuk universiti, semua baik-baik..Masa tu adalah sewaktu zaman 80-an dulu. Waktu anak-anak mak mertua sy masih kecik. Dimana pd zaman tu, jarang sgt kita dgr anak bole dpt masuk universiti. Tahun 1980. Memang ajaib. Jd sebab itu lah mak mertua sy cuba korek rahsia tu.

Kisah kedua adalah kisah anak-anak mak mertua sy pulak. Apa jadi pd anak-anak dia setelah mereka amalkan pulak rahsia tu pd anak-anak mereka.



Kisahnya..mak mertua sy ada 5 org anak perempuan. Alhamdulillah..anak-anak nya semua berjaya. Yg sulung guru, kedua akauntan, ketiga akauntan, keempat engineer dan yg terakhir doktor. Berjaya yg sy nak cerita dekat sini bukan pasal pekerjaan anak-anak tu. Semua pekerjaan bagus. Cumanya nak cerita, anak-anak mak mertua sy semua baik-baik, taat, dan paling penting tak tinggal solat.

Disebabkan rahsia tu perlu diamalkan sewaktu anak-anak masih kecik, jd ada kisahnya di mana masa kecik² lagi..dah nampak betapa anak tu memang mendengar kata.

Ada byk kisah, tp sy nak kongsikan satu contoh.



Ayah mertua sy memang seorg yg tegas. Dia tegas bukan pada paksa anak-anak belajar. Tak pernah sekali pun dia tanya anak dia, "Dah belajar ke belum?", "Dah siap kerja sekolah ke belum?". Tapi satu soalan yg akan ditanya pada anak-anak dia adalah "Dah solat ke belum?". Biasanya soalan tu akan ditanya bila waktu solat dah nak habis. Tu je soalan ayah mertua sy. Dan setiap kali kalau anak-anak jawab "belum"..maka habuannya adalah rotan.😅 Satu rakaat, satu rotan. Anak² memang tau perkara ni. Tp dr cerita mak mertua sy, dia pelik sgt..kenapa anak-anak dia sgt jujur. Hati ibu kan, walaupun tau anak tu mmg salah, tp tetap rasa sedih bila tgk anak kena rotan. Mak mertua terpikir, kenapa anak-anak dia tak nak "tipu" je kata dah solat walaupun belum. Nanti lepas tu solat lah kan. Kan dah kena rotan. Tapi tak. Anak-anak mesti jawab dgn sgt jujur dan taat. 😅

Jadi nk cerita dekat sini, subhanAllah..amalan yg dibuat tu mmg makbul dan mustajab. Dari kecik dah boleh nampak kesannya. Sampai lah anak tu besar dan jadi "manusia".

Ok dah nampak sendiri KESAN amalan tu dari kisah-kisah benar ni kan?Jadi jom baca apakah rahsia anak-anak boleh jadi taat dan berjaya.

========================

📌Amalan ni perlu buat sekali je seminggu.
📌Setiap khamis mlm jumaat.
📌Setelah anak baring untuk tidur.
📌Duduk disebelah anak, dan bacakan ayat-ayat alquran seperti tatacara di bawah.
📌Sebelum buat tu, pastikn gosok gigi dulu. Supaya anak-anak tak pengsan bau mulut mak ayah dia.😂
📌Bermula dengan telinga kanan, berakhir dengan telinga kanan jugak.

TELINGA KANAN
1. Tutup telinga kiri anak dan baca pada telinga kanan anak. "Inna anzalna.." 7x (surah al-qadr : surah berkaitan lailatul qadr tu) dan "selawat" 3x. Tiup telinga selepas setiap kali baca. (Seolah-olah nak bagi bacaan tu masuk terus dlm telinga kanan anak dan tak keluar dr telinga kiri sbb kita tutup dgn tangan tadi.)

UBUN-UBUN
2. Baca ayat kursi di ubun-ubun anak 1x dan tiup.

MUKA
3. Baca lagi "inna anzalna.." 1x di muka anak dan tiup.

TELINGA KIRI
4. Baca "walyatalattaf wala yush iranna bikum ahada" 1x (surah al-kahfi ayat 19), ditelinga kiri anak dan tiup.

TELINGA KANAN SEMULA
5. Baca "wal asr" (surah al-asr) di telinga kanan anak dan tiup.

Baca dengan perlahan dan tiup perlahan-lahan. Jgn hembus kuat-kuat pulak sampai terkejut anak tu. 😂


Buat amalan ni sekali je dalam seminggu. Setiap malam jumaat. Dan nantikan kesannya. InsyaAllah. Semuanya ayat Quran. Bukan jampi serapah.😂 Jd jgn risau. Baca dpt pahala, jd doa untuk anak tu. Percayalah. Semoga bermanfaat.

Bila anak-anak dah dengar cakap, mudah lah urusan kita. Nak suruh belajar ke..nk suruh mengaji ke.

Kepada ibu bapa yg nak kami bantu pendidikan anak-anak, nak tanya tips-tips atau nasihat untuk anak-anak, boleh klik je link di bawah ni. Saya akan cuba bantu sebaiknya. InsyaAllah.

Yang benar,
ZAID
Brainsmart

Klik link ni:
http://www.wasap.my/+60104115133/SAYA+NAK+CIKGU+BANTU+ANAK+SAYA

*Ni gambar anak bongsu mak mertua saya, merangkap isteri saya. Masa ni kecil lagi. Sekarang ni dah jadi doktor. Bertuah kan saya?😄


Kredit : Cikgu Zaid
Pusat Tuisyen Brainsmart
Pautan : https://www.facebook.com/brainsmartummahjohorbahru/

26 Apr 2020

Cara cek dan bayar bil elektrik sepanjang PKP

Terdahulu Tenaga Nasional Malaysia (TNB) telah menyumbang sebanyak RM10 juta kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk membantu menambah bekalan perubatan yang semakin berkurangan, terutama di institusi perubatan dan kesihatan negara yang menjadi barisan hadapan negara dalam menangani koronavirus baharu (Covid-19).

Tambahan sumbangan RM10 juta telah diluluskan dan akan disalurkan ke beberapa hospital lain di seluruh negara. TNB turut menyediakan sumbangan tambahan berjumlah RM150 juta bagi menyokong usaha terbaru kerajaan membantu rakyat menerusi pemberian rebat elektrik berperingkat.

Hampir 90 peratus pengguna domestik di Semenanjung Malaysia akan menerima rebat 15 hingga 50 peratus secara automatik bermula 1 April 2020 hingga 30 September 2020, dengan rebat tertinggi sebanyak 50 peratus diterima kumpulan B40.

Di bawah rebat berperingkat terbabit, tiga juta pengguna domestik (penggunaan bulanan bawah 200kWh) akan menerima rebat 50 peratus, manakala 1.5 juta pengguna (penggunaan bulanan antara 201 kWh dan 300kWh) menerima rebat 25 peratus dan 2.2 juta pengguna (penggunaan bulanan antara 301kWh dan 600kWh) menerima rebat 15 peratus.


Rebat elektrik ini akan disubsidi secara bersama oleh kerajaan, TNB serta dana daripada Kumpulan Wang Industri Elektrik (KWIE).

TNB hulur sumbangan RM150 juta
Pautan : https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/03/559364/tnb-hulur-sumbangan-rm150-juta

Sepanjang tempoh PKP, TNB tidak akan membuat bacaan meter dan penghantaran bil elektrik dari rumah ke rumah.

Jadi, cara untuk cek dan bayar bil menggunakan portal myTNB seperti yang telah dikongsi di says.com.


Tiada Bil Elektrik Bercetak Sepanjang PKP, Ini Cara Untuk Anda Cek Bil TNB Secara Online
Pautan : https://says.com/my/seismik/tiada-lagi-bil-elektrik-bercetak-sepanjang-pkp-ini-cara-anda-cek-bil-tnb-secara-online


Cara kedua adalah dengan menggunakan aplikasi myTNB yang boleh dimuat turun dari Google Play Store atau Apple App Store. 



Cara ketiga adalah dengan bertanya terus kepada admin laman page TNB Careline.
Disarankan kepada yang mempunyai kesulitan untuk menggunakan cara pertama dan kedua.
TNB Careline
Pautan : https://www.facebook.com/TNBCareline/

Pengguna domestik tidak perlu mengambil apa-apa tindakan. Diskaun diberikan
secara automatik kepada semua pengguna domestik yang berdaftar dengan TNB
berdasarkan jumlah penggunaan elektrik untuk tempoh penggunaan mulai 1 April

hingga 30 September 2020. 

Pengguna domestik di Semenanjung Malaysia layak menerima diskaun ini secara
automatik seperti jadual di bawah: 
Kelayakan diskaun adalah berdasarkan jumlah penggunaan elektrik bulanan.
Contoh : Sekiranya penggunaan elektrik bulanan adalah 300kWh maka pengguna akan mendapat diskaun sebanyak 25% ke atas bil mereka.


DISKAUN BIL ELEKTRIK DI BAWAH PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI BERIKUTAN PENULARAN WABAK COVID-19

Berkenaan dengan cara pembayaran. Anda boleg membuat pembayaran terus melalui portal atau aplikasi myTNB. Pilihan lain seperti pembayaran melalui website akaun (pembayaran bil atas talian & JOMPay) dan terbaru menggunakan aplikasi e-wallet.
Begitulah ceritanya....

17 Apr 2020

Doa Untuk Kekasih

Dengan nama Allah,
Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...
Ya Allah...Seandainya telah Engkau catatkan,
Dia milikku tercipta buatku,
Satukanlah hatinya dengan hatiku,
Titipkanlah kebahagian antara kami,
Agar kemesraan itu abadi,

Ya Allah...Ya Tuhanku Yang Maha Mengasihi,
Seiringkanlah kami melayari hidup ini,
Ketepian yang sejahtera dan abadi,
Maka jodohkanlah kami.

Tetapi Ya Allah...
Seandainya telah Engkau takdirkan,
dia bukan miliku,
bawalah dia jauh dari pandanganku,
luputkanlah dia dari ingatanku,
Dan peliharalah aku dari kekecewaan.

gambar ehsan dari kartunhits.blogspot.com

Ya Allah Ya Tuhanku yang Maha Mengerti,
Berikanlah aku kekuatan,
Menolak bayangannya jauh ke dada langit,
Hilang bersama senja yang merah,
Agar ku senantiasa tenang,
Walaupun tanpa bersama dengannya...

Ya Allah yang tercinta,
Pasrahkanlah aku dengan takdirMu,
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan,
Adalah yang terbaik untukku,
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui segalanya....

Repost : 17 Apr 2020

8 Apr 2020

tips menghadapi temuduga (tingkahlaku dan adab)

Repost : 8 Apr 2020 8:00 AM
Posting asal : 18 Jan 2016 5:00 PM

Saja nak berkongsi tips menarik yang diperolehi dari blog Tips Temuduga.
Malangnya kali terakhir tuan tanah update blog tu pada September 2007 

Kepada yang pernah menghadiri temuduga tetapi belum berjaya lagi. Jangan sedih² yer, 
belum ada rezeki lagi la tu.

7 Apr 2020

Create goal alternatif baru scammer pindah duit dari akaun

Baru tiga hari yang lepas saya berkongsi satu entri Floating transaction teknik terbaru scammer. 
Pautan : https://www.simiey.info/2020/04/floating-transaction-teknik-terbaru.html

Hari berikutnya seorang pengguna laman sosial telah dihubungi oleh seorang yang mendakwa menerima duit dari mangsa dan berkemungkinan telah dipindahkan secara tidak sengaja. Modus operandinya sama tetapi cara duit dipindahkan agak berbeza. Summary modus operandi scammer boleh di baca dengan menekan link di atas.



Kali ni, scammer telah create goal dan memindahkan sejumlah wang sebelum meminta mangsa memeriksa baki akaun.



Berikut adalah perkongsian seorang pengguna laman sosial facebook yang nyaris menjadi mangsa. Beliau bernasib baik kerana tidak panik dan mengambil inisiatif menghubungi saudara mara yang bekerja di bank.


Semoga bermanfaat..

6,103,515,625 backlink ke blog anda hanya dengan buat satu entri

Repost : 07 Apr 2020 8:52 PM
Tidak diketahui sejauhmana keberkesanan trick ini dan saya telah kembali aktif bulan lepas menggunakan domain baru selepas 5 tahun menyepi. Namun tak salah kalau mencuba..


Original post : 28 Apr 2010 8:52 PM
1. Tulis posting artikel seperti posting saya ini, atau copy-paste artikel ini. Kemudian beri tajuk yg menarik.
2. Anda hanya cuma meletakkan Link URL di bawah ini untuk artikel yang anda tuliskan dalam blog / web anda.

3 Apr 2020

Floating transaction teknik terbaru scammer

Zaman sekarang duit adalah segalanya. Tidak keterlaluan kalau dikatakan semua benda perlukan duit dan tanpa duit kita tak boleh buat apa-apa. No money no talk!

Ayat yang sering digunapakai bila bercakap tentang caj yang nak dikenakan apabila diminta percuma atau diskaun, "Nak masuk tandas pun kena bayar". Hahaa..

Sehingga tahun 2014, beberapa entri berkaitan scammer telah saya kongsikan.

1. maybank2u fake alert!!
    Pautan : https://www.simiey.info/2009/10/maybank2u-fake-alert.html
2. pbebank fake alert!!
    Pautan : https://www.simiey.info/2010/04/pbebank-fake-alert.html
3. maybank2u fake alert 2
    Pautan : https://www.simiey.info/2010/05/maybank2u-fake-alert-2.html
4. Maybank fake alert : Account Locked!!
    Pautan : https://www.simiey.info/2010/10/maybank-fake-alert-account-locked.html
5. Maybank fake alert : Service upgrade
    Pautan : https://www.simiey.info/2010/10/maybank-fake-alert-service-upgrade.html
6. Maybank fake alert : Security Notice
    Pautan : https://www.simiey.info/2010/10/maybank-fake-alert-security-notice.html
7. Maybank fake alert : new security message
    Pautan : https://www.simiey.info/2010/10/maybank-fake-alert-new-security-message.html
8. Mobile and Online services has been suspended - Maybank fake alert
    Pautan : https://www.simiey.info/2014/06/mobile-and-online-services-has-been.html

Jika dulu modus operandi adalah dengan menghantar email fake alert dan disambung ke alamat website yang salah. Namun kini, modus operandi lebih agresif.

Terbaru, seorang pengguna laman sosial facebook telah berkongsi teknik terbaru scammer yang telah dialaminnya.

Daripada perkongsian tersebut, maka saya rumuskan seperti berikut;

Trick baru scammer.
1. Transfer ke akaun lain (status floating, tunggu TAC).
2. Hubungi dan claim dari penyedia perkhidmatan jualan online.
3. Minta mangsa periksa akaun untuk pastikan berlaku transaksi.
4. Minta mangsa bagi no TAC bagi tujuan pemulangan balik semula.

Apa yang perlu dibuat.
1. Jangan panik apabila terima panggilan.

2. Hubungi pihak bank untuk pengesahan dan langkah seterusnya (sekiranya pemanggil beri nombor telefon pwgawai bank, jangan dail).

1 Apr 2020

Cara tebus 1GB internet percuma sepanjang PKP

Mungkin ada lagi yang masih tertanya-tanya cara untuk menebus 1GB internet percuma. Saya pengguna Hotlink Postpaid dan baru ja menebus 1GB untuk hari ini. Saja nak mencuba..

Saya telah melanggan unifi internet unlimited, jadi mobile data hanya diguna semasa di luar rumah sahaja. Namun saya akui, pemberian 1GB ni kepada pengguna prepaid dan postpaid sangat-sangat bagus kerana mengikut keadaan sekarang, semua maklumat boleh didapati secara terus melalui telefon. Jadi agak membebankan sekiranya perlu tambahan duit untuk topup dan sebagainya.

Internet percuma 1GB ni hanya boleh digunapakai bermula jam 8 pagi sehingga 6 petang bermula hari ni sehingga tamat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Caranya adalah seperti berikut;

Celcom
- automatik terus masuk ke telefon

DIGI
- tebus melalui aplikasi MyDigi

Maxis
- tebus melalui aplikasi MyMaxis, MyMaxis Biz, Hotlink Flex, Hotlink RED atau UMB dan pilih 1GB daily pass

UMOBILE
- Prepaid  : dail *118*6# kemudian pilih special offer
- Postpaid : dail *118*7# kemudian pilih special offer

TUNETALK
- sms STAYHOME ke 2222

ONEXOX
- tebus melalui aplikasi ONEXOX Black atau dail USSD*150#


Perkongsian oleh kenalan di laman facebook.


29 Mac 2020

Sahut cabaran tayang gambar keluarga di facebook undang penyakit 'ain

Sehari dua ni saya perhatikan wujud satu trend challenge seperti "bergambar dengan Pasangan", "bergambar dengan anak sulung" dan sebagainya. Saya hanya mampu mengeleng kepala dan berharap tiada perkara buruk yang berlaku.


Maaf sekiranya anda merasakan saya seorang yang kolot, namun apa yang saya risaukan ialah Penyakit 'Ain. Ditambah dengan keadaan kita sekarang yang dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) disebabkan Covid-19. Anda mungkin tidak mahu menambah masalah dengan satu lagi penyakit. Kepada yang telah sahut cabaran tu, anda disarankan agar memadam dengan segera dan kepada yang masih berkira-kira untuk turut menyahut cabaran..fikir-fikirkan lah sekiranya berbaloi dan semunya terpulang kepada anda untuk menentukan.


Tak pernah dengar Penyakit 'Ain?

Berikut adalah penerangan terperinci berkaitan penyakit ini dan boleh dibaca secara terus di laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan bertajuk AL-AFKAR #43: PENYAKIT ‘AIN DAN RAWATANNYA.
Pautan : https://muftiwp.gov.my/artikel/al-afkar/3072-al-afkar-43-penyakit-ain-dan-rawatannya

Penyakit ‘ain adalah thabit di dalam nas-nas syara’. Allah SWT berfirman:
وَإِن يَكَادُ الَّذِينَ كَفَرُوا لَيُزْلِقُونَكَ بِأَبْصَارِهِمْ
MaksudnyaDan sesungguhnya orang-orang yang kafir itu, hampir-hampir menggelincir dan menjatuhkanmu dengan pandangan mereka (yang penuh dengan permusuhan dan kebencian),
Surah al-Qalam (51)
Ibn Abbas, Mujahid dan lain-lain berkata: (لَيُزْلِقُونَكَ) bermaksud mereka hendak menggelincirkan. (بِأَبْصَارِهِمْ) "Dengan mata mereka, maksudnya mereka dengki kepadamu kerana kebencian mereka terhadapmu. Seandainya bukan kerana perlindungan dan pemeliharaan Allah pada dirimu dari mereka (nescaya engkau tidak selamat)
Di dalam ayat ini terdapat dalil yang menunjukkan bahawa sasaran dan pengaruh "mata" benar-benar nyata adanya atas perintah Allah SWT. Sebagaimana disebutkan dalam beberapa hadis yang diriwayatkan dari pelbagai jalan yang banyak. (Lihat Tafsir al-Qur’an al-‘Azim, 8/260)

28 Mac 2020

Premis LHDNM ditutup sehingga tamat Perintah Kawalan Pergerakan Covid-19

Dalam kesibukan menghadapi Covid-19, jangan lupa bayar cukai pendapatan ya. Walaupun LHDNM telah mengeluarkan kenyataan rasmi berkenaan penutupan premisnya sepanjang perintah kawalan pergerakan, anda boleh ja buat di laman web secara e-filing.


Saya baru ja buat minggu lepas, dari tak buat apa-apa kat umah boleh juga mengisi masa lapang. Kepada yang pertama kali menggunakan perkhidmatan atas talian, jangan risau kerana pihak LHDN telah menyediakan manual lengkap cara mengisi borang.

Pastikan anda menggunakan sepenuhnya setiap pelepasan yang telah diberi seperti tuntutan pelepasan bagi ibu bapa yang telah berusia lebih 60 tahun dengan nilai maksimum RM1,500 seorang. Sekiranya lebih dari seorang pembayar cukai yang menuntut, maka jumlahnya akan dibahagi sama rata. Tahun ni, saya bagi adik saya menuntut kesemua jumlah yang diperuntukkan. Sekali sekala beralah. hahaa..

23 Mac 2020

Siapa berisiko tinggi dijangkiti Covid-19

Perkongsian Prof Dr. Azreen Shahril Adnan di platform laman sosial facebook dan beliau meminta agar perkongsiannya dipanjangkan kepada umum. Saya mengambil inisiatif berkongsi di blog ini agar sampai kepada golongan sasaran.


COVID 19 - Siapa Yang Berisiko Tinggi

Covid-19 adalah virus baru, "novel virus" banyak perkara yang masih belum diketahui tentang virus ini. Apabila banyak perkara yang tidak diketahui maka kaedah perawatan, kaedah pencegahan menjadi lebih kompleks.

Kita sedang mengharungi situasi yang sangat mencabar, dan kita perlu tenang dan sistematik serta 'lebih precautious' dalam menghadapi situasi ini. "being panic" do not help, "just follow instructions from the authority"

Sedar atau tidak kita sedang diuji dengan jati diri, prinsip diri kita sendiri dan disiplin.

22 Mac 2020

Panic Buying trend baru dunia kesan Covid-19

Panic Buying (Pembelian panik) mengikut wikipedia bermaksud membeli produk dalam kuantiti yang banyak melangkaui keadaan normal disebabkan oleh bencana, kenaikan atau penurunan harga.
Macam tu lah kurang lebih maksudnya bila pandai-pandai translate. hahaa..
Baca sendiri di wikipedia : Panic buying.

Tapi kalau mengikut pemahaman saya selama ni pembeliaan panik ni lebih kepada keadaan pembelian secara tergesa-gesa. Huhuu..

Bukan sahaja di Malaysia, malahan di negara-negara besar turut terjadi pembelian panik sehingga pasaraya kehabisan stok barang keperluan. Gara-gara Covid-19, semua orang menjadi panik dan paranoid.

Beberapa hari lepas saya menonton video kejadian perebutan tisu tandas di pasaraya dan kejadian berlaku di luar negara. Datuk Lee Chong Wei juga turut berkongsi pengalaman yang sama apabila terserempak seseorang membeli tisu tandas dalam kuantiti yang banyak ketika keluar membeli keperluan untuk keluarganya.

15 Mac 2020

Rebusan Bawang Putih Penawar Covid-19??

Tular kebelakangan ni di laman sosial facebook mahupun whatsapp group bawang putih mampu menyembuhkan Covid-19. Terdahulu turut tular dakwaan kononnya menu ikan singgang yang popular di negeri sebelah Pantai Timur mampu menyembuhkan Covid-19.

Namun begitu, saya mengambil pendekatan tidak terus menghukum salah atau betul tentang ni kerana saya berpendapat selagi tiada kajian terperinci yang telah dibuat oleh pihak yang berwajib dan mengesahkan keputusannya. Maka kita menganggap ini sebagai salah satu ikhtiar.

Astro Awani turut mengulas dengan terperinci dalam posting bertajuk Bawang putih sebagai penawar? Ini mitos tentang COVID-19 yang perlu anda tahu.
Pautan : http://www.astroawani.com/gaya-hidup/bawang-putih-sebagai-penawar-ini-mitos-tentang-covid-19-yang-perlu-anda-tahu-233233
Turut disertakan beberapa mitos-mitos mengenai COVID-19 yang disebarkan warganet seperti:
1- ‘Mineral ajaib’
2- Resipi gel pembasmi kuman buatan sendiri
3- Minum air setiap 15 minit
4- Pilih suhu panas

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan turut memberikan saranan dalam menghadapi dugaan Covid-19 dalam BAYAN LINNAS SIRI KE - 224: COVID-19: SARANAN KAMI.
Pautan : https://muftiwp.gov.my/artikel/bayan-linnas/4295-bayan-linnas-siri-ke-224-covid-19-saranan-kami
Maklumat terperinci berkenaan Covid-19 turut disertakan seperti takrif, keluarga virus, sejarah, kronologi, gejala, statisktik, dan fatwa-fatwa berkaitan.

Terdapat beberapa doa yang telah diijazahkan oleh beberapa ustaz untu diamalkan agar dijauhi dari bencana virus Covid-19. Saya kongsikan di sini agar dapat diamalkan dan sebagai umat Islam kita wajib beriman kepada rukun iman yang keenam. Sedikit ulangkaji, rukun Iman 6 perkara;
1- Percaya kepada Allah
2- Percaya kepada Malaikat-Malaikat
3- Percaya kepada Kitab-Kitab
4- Percaya kepada Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul
5- Percaya kepada Hari Akhirat
6- Percaya kepada Qada' dan Qadar

14 Mac 2020

Kempen Amalkan 55555 galak diet dan cegah obesiti

Repost :
Kecenderungan rakyat Malaysia untuk menjadikan musim perayaan sebagai pesta makanan mendorong Kementerian Kesihatan mengambil langkah pencegahan dengan melancarkan kempen ‘Amalkan 55555’ bagi menggalakkan diet sihat serta mencegah obesiti.

‘Amalkan 55555’ merujuk kepada makan lima makanan setiap hari, lima sajian buah dan sayur, hadkan kepada 500 kalori sahaja untuk setiap waktu makan utama, hadkan kepada lima gram atau satu sudu teh gula untuk minuman manis dan bersenam lima kali seminggu.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, kempen tersebut bukan hanya terhad untuk musim perayaan Aidilfitri tetapi wajar menjadi ikutan sepanjang masa.

Beliau berkata, berdasarkan tinjauan secara rawak dalam kalangan 181 orang responden dewasa pada sambutan Tahun Baru Cina lalu, sebanyak 51.4 peratus responden mengalami peningkatan berat badan selepas 15 hari menyambut perayaan itu.


“Jadi secara puratanya berlaku peningkatan berat badan sebanyak 0.7 kilogram bagi setiap responden.

“Kita perlu ingat, perut yang terlalu kenyang adalah punca kepada semua penyakit, jadi makanlah secara sederhana,” katanya pada sidang akhbar pelancaran kempen Makan Secara Sihat Pada Hari Raya di sini semalam.

Tambah Tiong Lai, pengambilan makanan yang tidak terkawal serta kesukaran mengawal nafsu makan boleh menyebabkan peningkatan berat badan secara mendadak selain lebih terdedah kepada risiko penyakit kronik.

Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) mendapati kadar obesiti di Malaysia meningkat daripada 14.0 peratus pada 2006 kepada 15.1 peratus pada 2011.

Tiong Lai memberitahu, pakar diet mencadangkan lelaki dewasa mengambil makanan tidak lebih 2,000 kalori manakala perempuan sebanyak 1,500 kalori sehari.

Panduan amalan makan secara sihat itu boleh dimuat turun melalui laman web http://www.moh.gov.my atau http://nutrition.moh.gov.my

sumber asal: kosmo - Kempen kawal nafsu makan

Original post : 10 Aug 2012
simieY: bagus la tu..