• Maklumat Terkini Covid-19

    Klik untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan Covid-19 seperti jumlah kes baharu, kes sembuh baharu dan kematian baharu.

  • Facebook Fanpage

    Klik untuk mendapatkan perkongsian terus melalui fanpage. Terdapat sesetengah perkongsian yang hanya dibuat melalui fanpage sahaja.

  • Ciapan Twitter

    Klik untuk mengikuti kemaskini secara terus melalui twitter.

  • Youtube Channel

    Klik untuk menonton video tutorial beserta dengan penerangan terperinci di channel youtube.

  • Kisah 25 Rasul

    Bermula 4 May 2020, satu kisah nabi dari 25 Rasul akan dikongsi setiap hari dan dijangka akan tamat selepas Hari Raya Aidilfitri. Semoga kita semua mendapat manfaat.

Memaparkan catatan dengan label tutup. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tutup. Papar semua catatan

20 Okt 2021

Lokasi laut terbelah Pantai Mek Mas ditutup

 Kawasan 'laut terbelah' lebih satu kilometer yang menjadi tarikan baharu orang ramai ke Pantai Mek Mas, Kuala Besar di sini, ditutup sejak tiga hari lalu atas faktor keselamatan.


Tinjauan NSTP di sekitar pantai berkenaan mendapati pita amaran dipasang selain terdapat papan tanda amaran dan bendera merah diletakkan di kawasan itu bagi melarang pengunjung menghampiri lokasi.



Ia dipercayai berikutan fenomena air pasang besar yang berlaku di beting pasir berkenaan memandangkan semakin menghampiri musim tengkujuh.


Penghulu Mukim Che Latiff, Zinuddin Daud, 58, berkata, keputusan menutup kawasan itu selepa kata sepakat dicapai dalam mesyuarat jawatankuasa bencana peringkat jajahan, demi keselamatan semua pihak.


"Sejak beberapa hari lalu, ombak dan air pasang besar menyebabkan benteng pasir yang sebelum ini boleh dilalui kelihatan semakin tenggelam.


"Justeru itu, kita ambil langkah awal dengan menutup kawasan memandangkan ketika tular (mengenai beting pasir) tempoh hari, jumlah pengunjung yang datang ke sini mencecah hampir 500 orang pada hari minggu.


"Saya juga ingin mengingatkan orang ramai supaya patuh arahan dan jangan sesekali memasuki kawasan pantai untuk riadah kerana boleh membahayakan nyawa mereka," katanya ketika ditemui, hari ini.


Sementara itu, kakitangan bank, Nur Athirah Zulkaain, 28, berkata, dia datang bersama keluarga untuk melihat fenomena 'laut terbelah' tetapi hampa apabila mendapati ia ditutup.


"Kami datang dari Pasir Mas selepas melihat gambar tular di media sosial. Disebabkan kawasan sudah ditutup, maka dapat lihat dari jauh sahaja," katanya yang memberitahu tindakan penutupan adalah wajar supaya dapat mengelak kejadian tidak diingini.


Fenomena 'laut terbelah' di Pantai Mek Mas dilapor berlaku lebih sebulan lalu yang terjadi disebabkan paras laut surut dan membentuk beting pasir hingga membolehkan ia dilalui.


Demi keselamatan, kawasan 'laut terbelah' ditutup

Pautan : https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/10/768340/demi-keselamatan-kawasan-laut-terbelah-ditutup

19 Sep 2021

Laluan Seksyen 43.9 Jalan Simpang Pulai-Cameron Highland ditutup kerana tanah runtuh

 

Tanah runtuh dilaporkan berlaku di Laluan Persekutuan FT185 Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands, di sini, petang tadi, menyebabkan laluan itu di Seksyen 43.9 ditutup sepenuhnya kepada semua aliran trafik bermula 9 malam ini.


Perkara itu disahkan Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kinta yang menyatakan kejadian membabitkan laluan sepanjang 30 meter dengan lebar lima meter yang dikesan 5.45 petang tadi.



Susulan itu, jabatan terbabit bersama syarikat konsesi Belati Wangsa (M) Sdn Bhd, melakukan pemantauan di lokasi terbabit.


JKR Daerah Kinta menerusi kenyataan yang dikongsikan kepada media malam ini berkata, runtuhan laluan di kawasan cerun terbabit berkemungkinan disebabkan faktor hujan berterusan yang menyebabkan struktur tanah menjadi lemah serta tidak kukuh.


Katanya, pengguna jalan raya bagaimanapun masih dapat menggunakan jalan alternatif iaitu Laluan FT059, Jalan Tapah-Ringlet.


Seksyen 43.9 Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands ditutup

Pautan : https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/09/756557/seksyen-439-jalan-simpang-pulai-cameron-highlands-ditutup

25 Mei 2021

Operasi kasino Genting Highlands ditutup

 

Polis Daerah Bentong melakukan pemeriksaan dan pemantauan terhadap operasi pusat kasino di Genting Highlands, Pahang, malam tadi.


Pemeriksaan itu dilakukan bagi memastikan operasi pusat kasino di kawasan percutian itu ditutup sepenuhnya.



Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, hasil pemeriksaan yang dilakukan mendapati pusat kasino di kawasan berkenaan tidak beroperasi.


"Ketika pemeriksaan sekitar jam 11 malam tadi, pihak polis mendapati pusat kasino di kawasan ini tidak beroperasi.


"Ini adalah selaras dengan arahan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan (MOF)," katanya ketika dihubungi BH hari ini.


Zaiham berkata, proses pemeriksaan dan pemantauan yang dijalankan juga berjalan lancar tanpa sebarang kejadian tidak diingini.


"Sehubungan itu, saya menyeru kepada orang ramai untuk sentiasa mematuhi arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi memutuskan rantaian pandemik COVID-19.


Operasi pusat kasino Genting Highlands tutup sepenuhnya - KPD Bentong

Pautan : https://www.bharian.com.my/berita/kes/2021/05/820667/operasi-pusat-kasino-genting-highlands-tutup-sepenuhnya-kpd-bentong

23 Mei 2020

Sekolah ditutup semula selepas satu hari dibuka pelajar positif Covid-19


Pembukaan semula sekolah dilihat sebagai satu pertaruhan yang amat berisiko. Satu-satu kelas mempunyai sekurang-kurangnya 20 orang pelajar. Terdengar desas - desus sekolah akan dibuka beberapa hari lepas khususnya bagi pelajar - pelajar yang akan menduduki peperiksaan besar seperti SPM, SVM, SPTM dan STAM. Namun masih belum diputuskan kerana keputusan ini bergantung kepada "nasihat" dari KKM.
Belum ada tarikh buka sekolah
Pautan : https://www.hmetro.com.my/utama/2020/05/579066/belum-ada-tarikh-buka-sekolah

Terdapat kebimbangan yang disuarakan oleh para ibu bapa dan pelajar kerana penularan Covid-19 masih belum reda sepenuhnya. Sebilangan ibu bapa akur sekiranya pihak kerajaan akan memulakan sesi persekolahan dalam masa terdekat dan beranggapan mungkin lebih baik dan memudahkan pelajar mengikuti sesi pembelajaran bersama guru di sekolah di mana dapat memberikan tumpuan penuh.
Ibu bapa bimbang lepas anak ke sekolah
Pautan : https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/05/578028/ibu-bapa-bimbang-lepas-anak-ke-sekolah


Telah terjadi beberapa kes di Seoul dimana sekolah terpaksa ditutup semula ekoran terdapat pejalar positif Covid-19.

Menurut Pejabat Pendidikan Metropolitan Daegu, seorang pelajar senior sekolah tinggi pertanian yang tinggal di asrama disahkan dijangkiti Covid-19, mendorong pihak berkuasa menutup semula sekolah dan semua pelajar lain diarah pulang ke rumah atau dikuarantin, lapor agensi berita Yonhap.



Covid-19: Sekolah tutup, selepas dibuka sehari
Pautan : https://www.hmetro.com.my/global/2020/05/581461/covid-19-sekolah-tutup-selepas-dibuka-sehari


Apa-apapun, pembukaan semula sekolah memerlukan penelitian yang khusus ke atas prosedur operasi standard (SOP) bagi setiap proses bermula dari pelajar melangkah masuk sehinggalah melangkah keluar dari kawasan sekolah (balik).

4 Okt 2013

Kerajaan AS ditutup kerana hutang?

Dunia kini bimbang krisis penutupan operasi kerajaan Amerika Syarikat (AS) akan membawa kesan ekonomi lebih meluas jika ia dibiarkan berlanjutan. Kesan pembekuan bajet negara itu mula dirasai di seluruh dunia apabila sistem pengesanan gempa bumi global yang dibiayai AS kini ditutup.

Pembekuan bajet itu turut menyebabkan saintis-saintis AS menarik diri daripada persidangan antarabangsa serta memaksa Presiden Barack Obama menangguhkan lawatan ke dua buah negara rantau Asia Tenggara. "Walaupun impak penutupan kerajaan ini masih terhad, kesannya akan lebih buruk dan meluas jika ia dibiarkan berlanjutan selama beberapa hari atau minggu," lapor agensi berita Xinhua merujuk kepada ekonomi AS.