• Maklumat Terkini Covid-19

    Klik untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan Covid-19 seperti jumlah kes baharu, kes sembuh baharu dan kematian baharu.

  • Facebook Fanpage

    Klik untuk mendapatkan perkongsian terus melalui fanpage. Terdapat sesetengah perkongsian yang hanya dibuat melalui fanpage sahaja.

  • Ciapan Twitter

    Klik untuk mengikuti kemaskini secara terus melalui twitter.

  • Youtube Channel

    Klik untuk menonton video tutorial beserta dengan penerangan terperinci di channel youtube.

  • Kisah 25 Rasul

    Bermula 4 May 2020, satu kisah nabi dari 25 Rasul akan dikongsi setiap hari dan dijangka akan tamat selepas Hari Raya Aidilfitri. Semoga kita semua mendapat manfaat.

Memaparkan catatan dengan label tv. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tv. Papar semua catatan

5 Apr 2011

TV tertua di Britain dilelong

LONDON - Set televisyen tertua di Britain yang dipasang pada 1936, akan dilelong pada harga bidaan bermula £5,000, (RM24,415), lapor sebuah akhbar semalam.
SET televisyen Marconi 702 yang berusia 75 tahun

Set televisyen jenis Marconi 702 itu yang didatangkan dengan skrin berukuran 30.48 sentimeter, masih berfungsi dengan baik walaupun sudah beroperasi selama 75 tahun.

Ia dibeli pada harga bawah £100 (RM488) oleh seorang lelaki, G. B. Davis selepas tiga minggu siaran televisyen bermula di Britain.

Pada masa itu, cuma terdapat satu saluran di Britain yang bersiaran selama tiga jam setiap hari.

"Set ini dijual oleh keluarga pemilik asalnya (telah meninggal dunia) dan merupakan televisyen tertua di Britain yang masih berada dalam keadaan baik," kata pakar agensi lelongan Bonhams yang mengendalikan lelongan itu, Laurence Fisher. - Agensi

1 Nov 2010

TV Alhijrah dilancar hari ini

SEBAGAI sesi pengenalan, stesen televisyen kerohanian, TV Alhijrah yang pernah diperkatakan sebelum ini akan mula beroperasi mulai jam 3 petang ini sehingga 12 tengah malam.

Selepas hampir dua tahun diperkatakan mengenai kewujudan stesen ini, TV Alhijrah operasi siaran sepenuhnya pada Disember yang akan menyajikan pelbagai program berbeza dengan memberikan perspektif Islam.

TV Alhijrah ditubuhkan sebagai syarikat yang dikenali sebagai Alhijrah Media Corporation dan dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan serta diletakkan di bawah penguasaan Jabatan Perdana Menteri (JPN).


Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, kewujudan stesen televisyen berlandaskan Islam itu sebagai memberi pilihan kepada penonton yang menekankan nilai Islam di dalamnya.

“TV Alhijrah ini adalah untuk memberi pilihan kepada penonton tempatan dan mensasarkan kepada semua peringkat usia. Golongan muda, remaja dan kanak-kanak adalah golongan terbesar yang menonton iaitu sebanyak 63 peratus dan selebihnya adalah penonton biasa.

11 Okt 2010

Hos TV ejek Ketua Menteri New Delhi, Sheila Dikshit letak jawatan

WELLINGTON: Seorang hos televisyen umum New Zealand meletak jawatan semalam selepas ejekannya ke atas nama seorang diplomat India mencetuskan satu bantahan perkauman diplomatik.

Pengacara kontroversi Paul Henry melepaskan jawatannya dengan Television New Zealand kerana ejekannya terhadap nama Ketua Menteri New Delhi, Sheila Dikshit.


Nama keluarganya bermaksud ‘orang yang menerima permulaan agama’ dan ia hanya boleh digunakan golongan Brahmin, kasta tertinggi di kalangan masyarakat India. Bagaimanapun, bagi pendengaran tidak biasa, ia disebut sama dengan sebutan bahasa Inggeris.