• Maklumat Terkini Covid-19

    Klik untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan Covid-19 seperti jumlah kes baharu, kes sembuh baharu dan kematian baharu.

  • Facebook Fanpage

    Klik untuk mendapatkan perkongsian terus melalui fanpage. Terdapat sesetengah perkongsian yang hanya dibuat melalui fanpage sahaja.

  • Ciapan Twitter

    Klik untuk mengikuti kemaskini secara terus melalui twitter.

  • Youtube Channel

    Klik untuk menonton video tutorial beserta dengan penerangan terperinci di channel youtube.

  • Kisah 25 Rasul

    Bermula 4 May 2020, satu kisah nabi dari 25 Rasul akan dikongsi setiap hari dan dijangka akan tamat selepas Hari Raya Aidilfitri. Semoga kita semua mendapat manfaat.

Memaparkan catatan dengan label ujian. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ujian. Papar semua catatan

29 Okt 2021

KPDNHEP tidak tetap harga siling kit ujian kendiri COVID-19

 

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) tidak akan menetapkan harga siling bagi kit ujian kendiri COVID-19.


Harga kit berkenaan akan ditentukan pasaran selepas KPDNHEP mendapat jaminan daripada syarikat pengeluar bahawa kit berkenaan akan dijual dengan harga lebih murah berbanding harga siling RM19.90 ketika ini, termasuk menjualnya pada harga bawah RM10.



Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid berkata demikian pada sesi penggulungan Rang Undang-Undang Perihal Dagangan (Pindaan) 2021 di Dewan Rakyat yang diluluskan tanpa sebarang pindaan, hari ini.


Beliau berkata, kit kendiri COVID-19 itu akan dijual bukan saja di farmasi dan kedai ubat, tetapi akan diperluas ke pasar raya, kedai rangkaian dan stesen minyak dalam masa terdekat.


"Pada asalnya, kementerian bercadang untuk menentukan harga maksimum (kit ujian kendiri COVID-19), mungkin RM15 atau RM13, namun apabila ramai pemain industri datang dan beradvokasi dengan kita, ada yang tawarkan untuk menjualnya di bawah RM10.


"Jika dibenarkan dijual di pasaran terbuka yang diluluskan Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA), maka mereka boleh jual dengan harga lebih murah.


"Jadi, saya yakin menerusi komitmen dan janji yang dibuat pemain industri ini dan akan dikotakan pada akhir bulan ini. Jadinya kementerian beranggapan tidak perlu tentukan harga maksima, kita biarkan pasaran menentukan harganya," katanya.


Beliau berkata demikian pada sesi penggulungan Rang Undang-Undang (RUU) Perihal Dagangan (Pindaan) 2021. RUU berkenaan diluluskan hari ini tanpa sebarang pindaan.


Mengenai mekanisme bagi menentukan kebolehpercayaan kit ujian kendiri yang akan dijual lebih murah itu, Rosol berkata, kit berkenaan diluluskan MDA.


"Apabila ada cop MDA, maka ia diluluskan kerajaan, jadi tiada kerisauan. Jika tidak diluluskan, maka ia menjadi satu kesalahan untuk alat itu dijual.


"Jika ada hal penipuan dan peralatan palsu, kita terbuka untuk sentiasa menyiasat," katanya.


Sementara itu, mengenai isu minuman keras jenama Timah yang sebelum ini mewujudkan suasana tidak selesa dalam kalangan umat Islam, Rosol berkata, pengeluar minuman itu sudah membuat satu komitmen untuk mengkaji semula nama berkenaan.


"Mereka memahami akan keresahan dan kerisauan umat Islam di negara ini dan ini menunjukkan Keluarga Malaysia ini cukup prihatin tanpa mengira bangsa, agama dan kepercayaan," katanya.


Mengenai RUU Perihal Dagangan (Pindaan) 2021 yang diluluskan itu, Rosol berkata, ia adalah penambahbaikan kepada Akta Perihal Dagangan 2011 (Akta 730) supaya lebih komprehensif, bersesuaian dengan peredaran masa dan isu berbangkit masa kini.


Ia antara lain memasukkan seksyen baharu 39A ke dalam Akta 730 bagi memberikan kuasa kepada Penolong Pengawal untuk menahan mana-mana orang yang dipercayainya melakukan atau cuba melakukan kesalahan mengikut Seksyen 5, 16, 17, 20 atau 51 Akta 730.


Selain itu, ia turut bertujuan memasukkan seksyen baharu 52A untuk memberikan seseorang Penolong Pengawal kuasa untuk meminda, memilih, mengambil atau mendapatkan sampel apa-apa barang bagi maksud analisis, tanpa bayaran daripada mana-mana orang yang mengilang, mengeluarkan, menjual atau mengimport barang itu atau daripada ajen atau perkhidmatannya.


"Seksyen 52A yang dicadangkan juga bertujuan untuk menjadikan suatu kesalahan jika mana-mana orang enggan untuk mematuhi apa-apa permintaan yang dibuat oleh Penolong Pengawal," katanya.


Tiada had siling harga kit ujian kendiri COVID-19 - Rosol

Pautan : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/10/881077/tiada-had-siling-harga-kit-ujian-kendiri-covid-19-rosol

5 Ogo 2021

Kerajaan disaran beri subsidi kit ujian kendiri COVID-19

 

Kerajaan disaran memberi subsidi pembelian kit ujian kendiri COVID-19 kepada golongan berpendapatan 40 peratus terendah (B40) dan mereka yang memerlukan.


Pengerusi Ikatan Komuniti Selamat, Tan Sri Lee Lam Thye, berkata ketika ini harga kit ujian kendiri itu sekitar RM39.90 di pasaran yang agak membebankan, terutama bagi keluarga mempunyai ahli yang ramai yang perlu membuat ujian menggunakan kit berkenaan.



Katanya, penggunaan kit itu untuk mengesan COVID-19 amat praktikal kerana kurang berisiko berbanding melakukan ujian calitan di klinik atau makmal yang memerlukan seseorang itu keluar rumah.


"Bagaimanapun dengan harga sedemikian, ia agak membebankan terutama jika satu rumah itu mempunyai sehingga empat ahli keluarga yang perlu membuat ujian menggunakan kit berkenaan.


"Justeru, kerajaan perlu mencari inisiatif dengan memberikan subsidi untuk membantu golongan ini bagi memudahkan mereka mendapatkan kit kendiri itu," katanya kepada BH, hari ini.


Lam Thye berkata, cadangan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menyenaraikan kit ujian kendiri itu dalam senarai barangan harga kawalan, perlu dilakukan segera.


Ketika ini, katanya, permintaan terhadap kit terbabit semakin meningkat dan beliau bimbang akan ada pihak yang akan mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan.


"Saya yakin harga kit ini boleh diturunkan lagi dan berharap Kementerian Kesihatan (KKM) mengadakan perbincangan dengan syarikat berkenaan dalam usaha mendapatkan harga yang lebih murah," katanya.


Kelmarin, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid dipetik berkata, kementerian itu bercadang menyenaraikan kit ujian kendiri COVID-19 sebagai barangan harga terkawal berikutan harganya RM39.90, terlalu membebankan rakyat.


Katanya lagi, perbincangan dengan pelbagai agensi lain termasuk KKM akan dilakukan sebelum kit ujian kendiri itu disenaraikan sebagai barangan harga kawalan.


Sementara itu, Lam Thye meminta Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan segera insentif kepada mereka yang sudah melengkapkan dua dos suntikan vaksin COVID-19.


Katanya, insentif itu bagi menceriakan mereka yang berjaya membantu kerajaan dalam usaha mencapai komuniti kelompok.


"Kerajaan diharap mula benarkan individu sedemikian makan di restoran atau kedai makan, menonton wayang di pawagam atau benarkan untuk rentas daerah dan negeri. Semua aktiviti itu, jika dibenarkan, tidak boleh mengabaikan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan," katanya.


Beliau berkata, dengan kadar vaksinasi yang semakin tinggi setiap hari ketika ini, sudah pasti ramai yang sudah menerima suntikan dan berharap insentif segera daripada kerajaan.


Syor subsidi beli kit ujian kendiri COVID-19 untuk B40

Pautan : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/08/847451/syor-subsidi-beli-kit-ujian-kendiri-covid-19-untuk-b40

27 Jul 2021

Malaysia hasil kit ujian Covid-19 Salixium sensitiviti 91.23% ketepatannya 100%

 

Mudah digunakan di rumah, menghasilkan ketepatan 100 peratus dan ujian sensitiviti mencecah 91.23 peratus adalah ciri kelebihan yang ada pada kit ujian kendiri pantas antigen Covid-19 pertama buatan Malaysia, Salixium.


Salixium dihasilkan MeDKAD Sdn Bhd (MeDKAD) yang turut diiktiraf Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).



Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama MeDKAD, Ezuan Yaacob berkata, Salixium adalah produk tempatan daripada inovasi dan bakat anak tempatan.


Menurutnya, tercetusnya idea itu pada April lalu apabila MeDKAD berkolaborasi dengan Reszon Diagnostics International Sdn Bhd selepas mendapati kes Covid-19 semakin membimbangkan.


"Kami merasakan sudah sampai masa perlunya Malaysia mempunyai kit kendiri ciptaan tempatan supaya stok itu dalam kawalan tempatan serta membuktikan ia inovasi yang bukan calang-calang.


"Hasil ujian yang dilaksanakan kami menunjukkan bahawa sensitiviti Salixium adalah 91.23 peratus, manakala ketepatannya ialah 100 peratus.


"Keputusan sama juga dihasilkan daripada sampel menggunakan Salixium dengan keputusan oleh makmal IMR KKM," katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini, hari ini.


Beliau berkata, inisiatif pihaknya adalah mengurangkan kebergantungan negara terhadap produk sama dari luar negara.


Menurutnya, apabila bergantung kepada produk import, ada masalah harga tinggi apabila berlakunya permintaan tinggi dan stok terhad.


"Daripada segi lain kita boleh juga kawal kualiti, mutu dan memastikan barang digunakan tiada unsur haiwan atau berkaitan halal yang agak sensitif bagi kalangan kita. Halal itu penting untuk membezakan kami dengan produk import luar dan ini juga adalah syarat untuk kami eksport ke Arab Saudi.


"Salixium sudah mula dijual 19 Julai lalu menerusi dalam talian, manakala jualan di farmasi bermula pada 21 Julai lalu dengan harga RM39.90 seunit," katanya.


Ditanya sasaran jualan, Ezuan berkata pihaknya menjangkakan untuk bulan pertama ini sejuta kit dijual dan pada Ogos dijangkakan pihaknya sudah bersedia untuk eksport di Asia Tenggara dengan jualan dijangkakan meningkat kepada lima juta kit.


Buat masa ini katanya, separuh daripada sasaran penjualan sejuta kit sudah pun dicapai.


Salixium digunakan dengan mengambil calitan air liur dan hidung menggunakan dua batang alat calitan dan keputusan boleh diperolehi dalam masa 10 hingga 15 minit apabila ia menunjukkan satu garisan (negatif) atau dua garisan (positif).


Ezuan berkata, antara sebab diperkenalkan uji kendiri itu untuk menggalakkan orang ramai melakukan saringan lebih awal atau persediaan pertahanan diri lapisan pertama secara sendiri.


"Jika rasa bergejala atau kontak rapat dengan pesakit Covid-19, boleh lakukan sendiri di rumah tanpa perlu bergaul dengan orang luar.


"Andainya positif Covid-19 maka boleh terus asingkan diri dan hubungi KKM untuk tindakan seterusnya.


"Kalau tidak mereka perlu pergi ke klinik, bercampur gaul dengan orang lain dan risiko menjangkiti pula. Kita nak saringan berlaku lebih awal, Insha-Allah cara ini boleh membantu," katanya.


Kit ujian Covid-19 kendiri Salixium mudah digunakan, hasil keputusan tepat

Pautan : https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/07/735427/kit-ujian-covid-19-kendiri-salixium-mudah-digunakan-hasil-keputusan-tepat

12 Mei 2021

Teleskop gergasi James Webb Space sedia dilancarkan menerusi roket Ariane 5 hujung Oktober


Teleskop ruang angkasa terbesar dan terhebat di dunia membuka cermin emas gergasi buat kali terakhir di bumi semalam, sebelum balai cerap bernilai AS$10 bilion (RM41.24 bilion) dilancarkan akhir tahun ini.


NASA berkata, cermin Teleskop James Webb Space berukuran 6.5 meter (m) mengembang sepenuhnya dan terkunci pada tempatnya, ujian terakhir bagi memastikan ia bertahan dalam perjalanan 1.6 juta kilometer (km) dan sedia untuk mengetahui asal-usul semesta.




Kontraktor utama Northrop Grumman, Scott Willoughby, berkata ia seperti membuat jam tangan Swiss setinggi 12.2 m dan menyediakannya bagi perjalanan memasuki ruang vakum pada suhu -240 celsius (°C), empat kali lebih jauh dari bulan.


Beliau bercakap di lapangan terbang syarikat itu di Pantai Redondo, California, lokasi teleskop itu akan dihantar ke Guiana Perancis untuk dilancarkan menerusi roket Ariane 5 yang dijadualkan NASA, pada 31 Oktober depan.


Cermin utama Webb dibuat daripada 18 segmen heksagon, bersalut lapisan emas sangat nipis bagi meningkatkan pantulan cahaya inframerah.


Ia dilipat seperti origami ketika dilancarkan bagi memastikan muat di dalam reraut roket 5m, sebelum menggunakan 132 penggerak dan motor untuk membengkokkan setiap cermin ke kedudukan tertentu.


Cermin itu akan berfungsi sebagai pemantul besar, membolehkan teleskop melihat lebih jauh ke dalam kosmos berbanding sebelum ini. - AFP

11 Mei 2021

Kerajaan sedia guna vaksin Covid-19 Sinovac


Negara sedia menggunakan lebih 500,000 dos vaksin Covid-19 keluaran Sinovac Life Sciences Co Ltd China yang dibotolkan oleh Pharmaniaga LifeSciences Sdn Bhd.


Menteri Sains Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin berkata, Pharmaniaga dijangka membekalkan sejumlah 180,000 dos minggu ini.



Beliau berkata, sejumlah 450,000 dos lagi dijangka tersedia pada 18 Mei ini.


Katanya ia kini sedang melalui ujian oleh Badan Regulatori Farmasi Negara (NPRA) Kementerian Kesihatan (KKM).


"Vaksin yang dibekalkan secara 'fill-and-finish' akan mula digunakan bermula bulan ini," katanya pada sidang media mingguan Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) di sini, tadi.


Khairy berkata, negara akan menerima bekalan seterusnya vaksin keluaran Pfizer-BioNTech 259,740 dos bulan ini.


Beliau berkata, sebanyak 197,730 dos akan tiba pada 19 Mei diikuti sebanyak 44,460 dos pada 20 Mei sebelum 17,550 dos lagi akan tiba sehari kemudian.


"Termasuk dengan angka ini, jumlah dos vaksin Pfizer yang sudah dan akan kita terima sehingga 21 Mei adalah 2,490,930 dos.


"Bagi vaksin AstraZeneca, ketibaan bekalan kedua adalah dijadualkan pada 20 Mei 2021 dan yang ketiga pada 1 Jun 2021 dengan jumlah sebanyak 615,120 dos sekali penghantaran," katanya.


Sementara itu, Khairy berkata, setiap tiga daripada setiap vaksin Covid-19 yang sudah tiba di negara ini, telah digunakan.


Justeru, beliau sekali lagi menafikan kadar vaksinasi negara adalah rendah.


"Untuk makluman kadar penggunaan vaksin di Malaysia untuk waktu ini adalah 75 peratus. Sememangnya, kami ingin meningkatkan lagi kadar ini ke 80 peratus, tetapi sudah pastinya kami tidak boleh pergi lebih tinggi daripada peratusan ini kerana perlunya simpanan untuk dos kedua sebelum tibanya bekalan vaksin seperti dijadualkan," katanya.


Beliau berkata ketika ini, proses vaksinasi dijalankan selama enam hari seminggu dan ia akan ditingkatkan kepada tujuh hari seminggu sebaik bekalan vaksin Covid-19 meningkat dengan ketibaan lebih banyak bekalan vaksin di masa depan.


Dalam perkembangan berkaitan, Dr Adham berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) meminta mana-mana individu yang mengalami kesan samping yang teruk selepas menerima vaksin Covid-19 untuk tampil mendapatkan rawatan dengan segera.


Beliau berkata, bahagian farmasi di KKM akan merekodkan semua laporan serta aduan yang diterima melalui aplikasi MySejahtera.


Menurutnya, KKM juga mengumpul rekod aduan yang dikemukakan penerima apabila mereka menerima rawatan di hospital.


"Dengan kes kesan samping serius, kami dapati mereka tidak memerlukan rawatan di hospital yang berpanjangan.


"Kami merayu kepada penerima jika mereka memerlukan rawatan di hospital, jangan tunggu di rumah," katanya.


Rakyat Malaysia akan mula guna vaksin Sinovac

Pautan : https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/05/704662/rakyat-malaysia-akan-mula-guna-vaksin-sinovac

20 Apr 2021

Pakar dari Singapura temui kaedah pengesahan Covid-19 melalui ujian penafasan menggunakan breathalyser

 

Pakar di republik ini menemui kaedah pengesahan COVID-19 menerusi ujian pernafasan menggunakan 'breathalyser' atau alat penganalisis nafas.


Kaedah itu memberi keputusan lebih pantas pada kos jauh lebih murah dan lebih mudah dilakukan pada skala lebih besar membabitkan ramai orang.



Syarikat perubatan, Silver Factor Technology, bekerjasama dengan Pusat Nasional Penyakit Berjangkit (NCID), Lapangan Terbang Changi dan firma keselamatan Certis bagi membangunkan ujian pernafasan itu, lapor The Straits Times.


Ujian pernafasan TracieX, yang dibangun Silver Factory Technology itu dilaporkan hampir tepat dengan ujian reaksi rantai polimerase (PCR), meskipun ia mengambil masa hanya dua minit untuk memberi keputusan.


Kos ujian pernafasan itu juga lebih rendah iaitu SGD$26 (RM80) bagi setiap ujian. - AGENSI


Singapura temui ujian pernafasan bagi pengesahan COVID-19

Pautan : https://www.bharian.com.my/dunia/asean/2021/04/808930/singapura-temui-ujian-pernafasan-bagi-pengesahan-covid-19

14 Apr 2021

Moderna umum penurunan 4.1% kadar keberkesanan vaksin Covid-19 kepada 90% lepas ujian klinikal Fasa Ketiga

 

Syarikat bioteknologi Amerika Syarikat (AS), Moderna, mengumumkan bahawa vaksin COVID-19 keluarannya memiliki kadar keberkesanan 90 peratus bagi menangani sebarang bentuk jangkitan wabak itu.


Vaksin Moderna juga didapati merekodkan kadar keberkesanan 95 peratus dalam membendung jangkitan teruk.



Keputusan baharu itu diperoleh hasil ujian klinikal Fasa Ketiga membabitkan lebih 30,000 individu di seluruh AS.


Namun, angka keberkesanan utama vaksin itu dilihat sedikit merosot berbanding kadar 94.1 peratus yang diterbitkan dalam Jurnal Perubatan New England pada Disember lalu.


Angka terbaru itu dinilai berdasarkan 900 kes COVID-19 diambil kira dalam kajian setakat 9 April lalu, manakala kadar keberkesanan terdahulu membabitkan 185 kes.


Kenyataan media dikeluarkan syarikat itu tidak menyatakan sebarang perincian mengenai punca kemerosotan kadar keberkesanan vaksin Moderna.


Bagaimanapun, satu kemungkinan puncanya ialah kemunculan varian baharu COVID-19 yang dikhuatiri tidak dapat ditangani melalui pembentukan antibodi dalam kalangan penerima suntikan vaksin berkenaan.


Ketika ini, Moderna sedang merintis usaha ke arah penghasilan suntikan penggalak membabitkan dua varian khusus, malah kajian menggunakan tikus makmal menunjukkan wujud peningkatan tindak balas imun.


Hasil kajian saintifik berkenaan dimuat naik dalam talian dan kini menanti penelitian susulan pakar.


Ketua Pegawai Eksekutif Moderna, Stephane Bancel, berkata data praklinikal baharu berhubung calon vaksin khusus yang dibangunkan syarikat berkenaan, memberi keyakinan dari segi keupayaan membendung penularan COVID-19 membabitkan kemunculan varian baharu.


Menurut syarikat itu lagi, setakat 12 April lalu, Moderna sudah mengedarkan 132 juta dos vaksinnya ke seluruh dunia, termasuk kira-kira 117 juta dos untuk AS.


Berdasarkan prestasi semasa, Moderna menjelaskan syarikat itu berupaya menepati jadual pengeluaran kedua membabitkan 100 juta dos menjelang akhir Mei depan dan diikuti 100 juta dos lagi, dua bulan kemudian.


Ujian klinikal Moderna terhadap individu berusia 12 hingga 17 tahun kini berjalan sepenuhnya dengan 3,000 peserta dalam kalangan warga AS.


Ujian pediatrik bagi kanak-kanak berumur enam bulan hingga 11 tahun pula sedang mendaftarkan 6,750 peserta di AS dan China. - AFP


Keberkesanan vaksin Moderna turun sedikit kepada 90 peratus

Pautan : https://www.bharian.com.my/dunia/amerika/2021/04/806698/keberkesanan-vaksin-moderna-turun-sedikit-kepada-90-peratus

12 Apr 2021

Jenis ujian dalam rumahtangga


1. Ujian Mertua

Tak semua orang memiliki mertua yang baik...ada yg terpaksa berhadapan dengan mertua yang selalu mencari salahnya, memandang kelemahannya dan mencanang kekurangannya...hal kecil diperbesarkan mertua kerana mertua tidak boleh menerima dia seadanya...untuk ujian ini, hanya ada 2 keadaan, 



Pertama, isteri menceritakan layanan mertua kepada suami, suami juga nampak dan faham dengan situasi isteri, maka suami akan cuba menasihati ibunya untuk tidak berbuat sedemikian pada isterinya...jika orang tuanya masih meneruskan perbuatan itu, suami menjarakkan isteri dengan mertua untuk sementara waktu...


Kedua, suami menganggap isteri memperburukkan orang tuanya, suami taknak mendengar dan minta isteri jangan buat macam tu sedangkan apa yang dinyatakan isteri itu adalah perkara benar...isteri dipersalahkan suami, suami taknak faham dan memilih untuk menyebelahi orang tuanya 100%... Untuk keadaan ini, hanya kesabaran si isteri yabg menentukan berapa lama hubungan itu akan bertahan...


2. Ujian Ipar

Tak semua orang juga memiliki ipar yang baik...ada pasangan yang mempunyai ipar yang suka mencampuri urusan rumahtangga mereka...apa yg mereka lakukan, ke mana mereka pergi dan apa yang mereka beli, semuanya ipar ambik tahu dengan tujuan untuk menyampaikan perkara itu kepada seseorang...ipar kerap mencari salah pasangan adik-beradiknya kerana tidak serasi, tidak suka dan tidak puas hati kepadanya...ipar mengawal rumahtangga abangnya, kakaknya atau adiknya hanya kerana satu perasaan yang dipanggil dengki... 


3. Ujian Kewangan

Setiap pasangan pasti akan menghadapi ujian kewangan ini dalam beberapa tahun pertama setelah mendirikan rumahtangga...dulu, gaji bulanan yang diperolehi hanya untuk perbelanjaan seorang, Tetapi kini berdua...apa yang suami makan, isteri makan...apa yang suami pakai, isteri pakai...segala galanya kena berkongsi...waktu ini, ada pasangan yang akan bergaduh sebab kewangan walaupun kedua duanya ada pendapatan...maka, perancangan sebelum dan selepas mendirikan rumahtangga sangat sangat penting bagi memastikan kewangan setiap pasangan itu teratur dan terurus...


4. Ujian Anak

Expectation yg ada dalam setiap pasangan, iaitu bila berkahwin, kita akan dapat zuriat...anak ini rezeki, dan bila rezeki, maka Allah s.w.t tidak berjanji bahawa kita akan dapat apa yg kita impikan itu dengan segera...Allah s.w.t nak kita usaha dan sabar...Allah s.w.t hanya akan bagi rezeki anak bilamana Dia merasakan pasangan itu sudah bersedia untuk menerima kehadiran anak itu disisi mereka...ujian terbesar tentang anak ini ialah pertanyaan yang tiada hentinya daripada mereka yang berada di sekeliling pasangan tersebut...pertanyaan ini yang akan membuatkan pasangan tertekan dan terbeban...


5. Ujian Kecurangan

Adakah kita dah mengenali pasangan sewaktu kita bercinta dgnnya? Adakah kita betul betul tahu luar dalam pasangan masa kita berkawan dengannnya? Kita hanya akan mengenali siapa pasangan kita, perangainya dan tabiat pasangan bilamana kita dah sebantal dan sekatil dengannya...dia mungkin ada mengenali orang lain sebelum berkahwin dengan kita, dia mungkin rapat denga rakan sepejabatnya atau dia mungkin ada bekas kekasih...dan kemungkinan dia masih berhubung dengan orang orang ini sangatlah tinggi...gejala kecurangan ini perlu dibendung di awal perkahwinan supaya ianya tidak berlarutan dan berterusan...


Akhir Kalam, ada Pasangan yang mampu menempuhi kesemua ujian ujian yang dinyatakan, ada yang Tak... Bagi Mereka yang berjaya, mugkin sekarang mereka dah Berbahagia...bagi yang tidak, mungkin sekarang mereka dah berpisah...hanya 2 pilihan itu sahaja yang ada untuk sesebuah rumahtangga Bila di Uji Allah s.w.t...


Semoga Semakin Cekal.. Tabah.. Kuat kan Bersabar Serta Berfikiran Positif Sentiasa.

Banyak banyakkan Berdoa. Dan Dekatkan lah Diri Kita Dengan Allah SWT.

Semoga Rumahtangga Kita Di Berkati Allah SWT dan Berbahagia Hingga Ke Akhir Hayat.

Kunci kebahagiaan Adalah Sabar Ikhlas dan Sentiasa Bertolak Ansur dalam apa Jua perkara. Buangkan Rasa ego dan jangan membanding bandingkan pasangan Kita Dengan orang lain. Terima lah Buruk Baik pasangan Kita Itu Seadanya kerana perkahwinan Itu sebenarnya Menyatukan Dua Insan Yang Serba Kekurangan dan Tak Sempurna.


Semoga Kita Semua Di Rahmati Allah Taala.

Aamin Ya Robbal Alaaminn...

❤️🌹❤️


Nukilan Fazlina Pasha ...

28 Mac 2021

Jodoh

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Renungkanlah Sedalam-dalamnya..
Tidak, Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35tahun belum apa² kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu dalam doa² lewat sembahyang. Allah mendengar.

Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.

Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar² mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah.

Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil pula org yang memandu kereta mewah (walaupun sebenarnya tak mewah) terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di tgh² bandar raya.


19 Mac 2021

Lelaki di Poland gagal 192 kali ujian memandu dalam tempoh 17 tahun

 

Seorang lelaki di Poland amat tidak bernasib baik apabila masih belum memiliki lesen memandu kerana gagal ujian bagi mendapatkan lesen itu sebanyak 192 kali.


7 News.com.au melaporkan dia yang berusia 50 tahun itu cuba berbuat demikian sejak 17 tahun lalu.


Namun, keputusan ujian masih sama iaitu gagal. 



Pihak berkuasa Poland memaklumkan itu rekod gagal tertinggi untuk ujian memandu pernah dicatatkan di negara itu, setakat ini.


Lelaki dari Piotrkow Trybunalsk di tengah Poland itu belum pernah sekalipun menduduki ujian memandu di jalan raya.


Sebaliknya, dia dilaporkan gagal pada peringkat ujian teori. Di Poland, ujian teori itu dijalankan menggunakan komputer.


Lelaki itu berusaha untuk lulus selama hampir dua dekad, tetapi tiada had umur ditetapkan untuk lulus ujian berkenaan.


Menurut stesen televisyen tempatan, Telewizja Polska (TVP), lelaki itu membelanjakan 6,000 Zloty (kira-kira RM6,413) untuk menduduki 192 ujian berkenaan.


Polis mengendalikan peperiksaan itu mengakui ia agak susah namun ia tidak sepatutnya mengambil masa begitu lama.


Menurut pihak berkuasa, individu kedua yang dianggap paling teruk dalam ujian memandu di negara itu mencuba sebanyak 40 kali.


TVP melaporkan, kebanyakan rakyat Poland berjaya mendapatkan lesen memandu selepas mengambil ujian sebanyak dua atau tiga kali.


192 kali gagal ujian memandu

Pautan : https://www.hmetro.com.my/global/eropah/2021/03/685709/192-kali-gagal-ujian-memandu


20 Feb 2020

CePSWaM Kursus ujian bertulis dan ujian praktikal

Kursus dan Ujian CePSWaM
Terlebih dahulu sebelum mengikuti kursus CePSWaM. Anda perlu mematuhi beberapa syarat dan memenuhi kriteria yang telah ditetapkan antaranya tahap pendidikan;
1- Diploma or Degree in Science or Engineering; or 
2- Diploma or Degree in other disciplines with 1 year experience; or 
3- Certificate from polytechnic or SKM Level 3; or 
4- SPM with 3 years experience in handling scheduled waste (company must submit copy of SPM certificate with a letter to confirm the experience)

Begitu la syarat-syaratnya...

Jadi syarikat tempat saya bekerja telah mendaftar dengan INSTEP dan saya telah menghadiri kursus selama 5 hari, hari kelima tu ujian bertulis dan praktikal di Hotel New York, JB dari 22-26 Sep 2019.