• Maklumat Terkini Covid-19

    Klik untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan Covid-19 seperti jumlah kes baharu, kes sembuh baharu dan kematian baharu.

  • Facebook Fanpage

    Klik untuk mendapatkan perkongsian terus melalui fanpage. Terdapat sesetengah perkongsian yang hanya dibuat melalui fanpage sahaja.

  • Ciapan Twitter

    Klik untuk mengikuti kemaskini secara terus melalui twitter.

  • Youtube Channel

    Klik untuk menonton video tutorial beserta dengan penerangan terperinci di channel youtube.

  • Kisah 25 Rasul

    Bermula 4 May 2020, satu kisah nabi dari 25 Rasul akan dikongsi setiap hari dan dijangka akan tamat selepas Hari Raya Aidilfitri. Semoga kita semua mendapat manfaat.

Memaparkan catatan dengan label utusan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label utusan. Papar semua catatan

24 Dis 2015

Biodata Rasulullah S.A.W.

From : LieY GreaT
Sent : Thursday, July 23, 2009 9:46 AM
To : si_miey@yahoo.com
Subject: [Usrah]: BIODATA RASULULLAH

Pepatah Melayu ada mengatakan "Tak Kenal, Maka Tak Cinta". Demikianlah sikap kita terhadap Rasulullah SAW. Seseorang itu tidak akan menyambut kelahiran Rasulullah SAW jika tiada perasaan cinta terhadap baginda.

Malahan sesetengahnya langsung tidak mempedulikan Rasulullah SAW, seolah-olah tiada apa-apa keistimewaan dengan kelahiran dan pengutusannya.

Menyedihkan lagi, sebahagian daripada umat Islam lebih mengingati kelahiran paderi ' St. Valentino ' daripada mengingati Rasulullah SAW, lebih mengingati biodata para artis daripada biodata Rasulullah SAW.

Beginikah kecintaan kita kepada seorang kekasih dan utusan Allah SWT? Justeru itu kita harus berasa bertanggungjawab untuk memaparkan biodata dan kronologi hidup Baginda SAW untuk tatapan dan ingatan kita bersama agar kita lebih mencintai kehidupan dan perjuangan Rasulullah SAW.


BIODATA RASULULLAH SAW

· Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
· Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571 Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Kaabah).
· Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.
· Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
· Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.
· Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW).
· Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
· Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).


USIA 5 TAHUN

· Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.


USIA 6 TAHUN

· Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa ' (sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah).
· Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.


USIA 8 TAHUN

· Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
· Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.


USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).

· Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan..
· Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.


USIA 20 TAHUN

· Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ' , jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
· Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.


USIA 25 TAHUN

· Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.
· Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.
· Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
· Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.


USIA 35 TAHUN

· Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah.
· Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Makkah.
· Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.


USIA 40 TAHUN

· Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.


USIA 53 TAHUN

· Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
· Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622 M.


USIA 63 TAHUN

· Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11 Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.


ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW

§ Khadijah Binti Khuwailid.
§ Saudah Binti Zam'ah.
§ Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).
§ Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab).
§ Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
§ Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
§ Zainab Binti Jahsy.
§ Maimunah Binti Harith.
§ Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
§ Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu Orang Miskin).


ANAK-ANAK RASULULLAH SAW

1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra '


ANAK TIRI RASULULLAH SAW

Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda)..


IBU SUSUAN/SAUDARA SUSUAN

1. Thuwaibah 1. Hamzah
2. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad


SAUDARA SUSUAN

1. Halimah Al-Saidiyyah 1. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
2. Abdullah bin Harith bin Abdul ' Uzza
3. Syaima ' binti Harith bin Abdul ' Uzza
4. ' Aisyah binti Harith bin abdul ' Uzza


BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW
(ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)

1. Al-Harith
2. Muqawwam
3. Zubair
4. Hamzah ***
5. Al-Abbas ***
6. Abu Talib
7. Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)
8. Abdul Ka ' bah
9. Hijl
10. Dhirar
11. Umaimah
12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
13. Atiqah ##
14. Arwa ##
15. Umaimah
16. Barrah
17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam) ***

*** Sempat masuk Islam.
## Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.



Sabda Rasulullah SAW:
"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga." (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )

اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم


Nabi Muhammad SAW - Manusia agong


KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W. SECARA LAHIRIAH

Begitu indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda.


Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah:

- Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah saw..
- Aku melihat cahaya dari lidahnya.
- Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari terbit.
- Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.
- Rasulullah umpama matahari yang bersinar.
- Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah..
- Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.
- Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.
- Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.
- Wajahnya seperti bulan purnama.
- Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya.
- Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah.
- Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang.
- Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut..
- Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali pertama kali melihatnya.
- Mulut baginda sederhana luas dan cantik..
- Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.
- Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.
- Janggutnya penuh dan tebal menawan.
- Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca..
- Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah.
- Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.
- Rambutnya sedikit ikal.
- Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah bahu tapi disisir rapi.
- Rambutnya terbelah di tengah.
- Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur dari dada ke pusat.
- Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih drpd biasa.
- Seimbang antara kedua bahunya.
- Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar dan tersusun dgn cantik.
- Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.
- Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik.
- Kakinya berisi, tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.
- Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.
- Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan putih.
- Warna putihnya lebih banyak.
- Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.
- Warna kulitnya putih tapi sihat.
- Kulitnya putih lagi bercahaya.
- Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh.
- Badannya tidak gemuk.
- Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran sederhana lagi kacak.
- Perutnya tidak buncit.
- Badannya cenderung kepada tinggi, semasa berada di kalangan org ramai
baginda kelihatan lebih tinggi drpd mereka.


KESIMPULANNYA :

Nabi Muhammad s.a.w adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh sepanjang zaman.
Baginda adalah semulia-mulia insan di dunia.

8 Feb 2012

tanah perkuburan Islam pertama di Perancis

STRASBOURG 7 Feb. - Perancis secara rasmi menyediakan tanah perkuburan Islam pertama di bandar ini, semalam - suatu tindakan yang dilihat oleh pemimpin Islam sebagai langkah mengiktiraf satu daripada kumpulan minoriti terbesar di negara ini.

Pegawai tempatan dan pemimpin Islam menghadiri upacara di bandar terletak di timur laut negara ini bagi melancarkan tanah perkuburan itu, yang mengandungi ruang untuk 1,000 buah kubur.

Ketua Majlis Agama Islam Perancis, Mohammed Moussaoui menyifatkan, pembukaan tanah perkuburan tersebut sebagai detik bersejarah bagi penganut Islam di Perancis dan berkata, ia menjadi 'simbol kepunyaan penting' komuniti.

"Jika komuniti beragama mahu merasa seperti berada di tempat sendiri di sesuatu bandar, ia patut dibantu melalui pembinaan rumah beribadat dan juga kawasan pengkebumian bagi penganutnya," kata Datuk Bandar Strasbourg, Roland Ries.

Sebahagian masyarakat Islam Perancis menanam sebatang pokok sempena pembukaan tanah perkuburan Islam pertama di bandar Strasbourg pada 5 Februari lalu. - AFP

Undang-undang 1905 Perancis mengenai pembahagian gereja melarang bangunan tanah perkuburan perbandaran dan dihadkan kepada satu agama sahaja. - AFP

simieY: alhamdulillah..

5 Feb 2012

rakyat Bangladesh bawa balik RM3.62 bilion Januari 2012

sejak 10 tahun kebelakangan ni, bilangan pekerja asing di negara meningkat secara mendadak.

kalau kita perhatikan, industri sama ada kecil atau besar amat bergantung kepada pekerja asing.

simieY berani kata sedemikian kerana simieY bekerja di kilang industri kecil dan turut berdepan dengan masalah ni (bergantung kepada pekerja asing).

kemana perginya tenaga kerja tempatan??

2 Feb 2012

sekolah makmal pertama Malaysia 2013

TANJUNG MALIM 2 Feb. – Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di sini akan menubuhkan sebuah sekolah makmal pertama di Malaysia yang meliputi prasekolah sehingga sekolah menengah secara berperingkat-peringkat bermula pada awal tahun depan.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin berkata, penubuhan sekolah makmal itu berharga RM41 juta mampu memberikan pendedahan dan latihan yang secukupnya kepada penuntut dan siswazah UPSI.

Operasi, kokurikulum dan pengurusan sekolah dalam universiti ini dijalankan sepenuhnya oleh UPSI, katanya kepada pemberita selepas melawat UPSI hari ini.

31 Jan 2012

statistik pelacur wanita tempatan meningkat 70%

KUALA LUMPUR 30 Jan. - Kegiatan pelacuran membabitkan golongan wanita tempatan dikesan meningkat hampir 70 peratus iaitu daripada 1,060 orang pada 2010 kepada 1,801 orang pada tahun lalu.

Statistik yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu menunjukkan kaum Cina merekod jumlah seramai 333 orang diikuti Melayu (213 orang), India (83 orang) dan lain-lain kaum (430 orang).

Kajian mendapati faktor kesempitan hidup dan keinginan untuk meraih pendapatan tinggi dengan cara mudah dan cepat selain kepincangan dalam institusi kekeluargaan merupakan punca utama menyumbang kegiatan pelacuran membabitkan wanita tempatan.

25 Jan 2012

Toyota cipta enjin tidak guna logam nadir bumi

TOKYO 24 Jan. - Toyota Motor Corp menemui cara untuk membina kenderaan hibrid dan elektrik tanpa menggunakan logam nadir bumi yang mahal dan hampir dimonopoli bekalannya oleh China.

Toyota, pengeluar terbesar kereta hibrid jimat minyak seperti Prius, dijangka membawa teknologi itu ke pasaran dalam tempoh dua tahun lagi jika harga logam nadir bumi tidak jatuh, lapor agensi berita Kyodo News, hari ini.

Seorang jurucakap Toyota berkata, syarikat itu terus mencari jalan untuk mengurangkan penggunaan logam nadir bumi dan belum menetapkan jadual untuk mengkomersialkan produk tanpa elemen tersebut.

Logam nadir bumi seperti neodimium dan disprosium digunakan untuk membuat magnet tetap yang terdapat di dalam motor elektrik yang menggerakkan kereta hibrid dan elektrik, dan permintaan untuknya dijangka melonjak apabila semakin banyak kereta mesra alam dipasarkan.

20 Jan 2012

Meja bersepah tidak jejaskan kerja

BERLIN 19 Jan. - Mungkin anda merasakan keadaan meja pejabat yang bersepah menjejaskan tugasan harian dan produktiviti seseorang, namun satu kajian menunjukkan ia sebaliknya!

Menurut sekumpulan penyelidik dari Jerman, meja yang bersepah sebenarnya boleh membantu individu berfikir dengan lebih jelas kerana keadaan itu membuatkan mereka mencari jalan bagi memudahkannya.

Ini berikutan keadaan bersepah secara visual dan mental mampu memaksa manusia untuk memberi fokus dan berfikir dengan lebih jelas.

14 Jan 2012

Malaysia bakal jadi pengeluar kondom utama dunia

NEW DELHI 13 Jan. — Malaysia kini di ambang menjadi pengeluar kondom utama di dunia pada tahun ini, dengan meninggalkan Thailand di belakang sebagai peneraju pasaran, demikian menurut Majlis Promosi Eksport Getah Malaysia (MREPC).
MREPC berkata, Malaysia kini menguasai satu pertiga daripada pengeluaran dunia dengan mudah melepasi paras satu bilion.

13 Jan 2012

Askar AS kencing mayat militan Taliban

WASHINGTON 12 Jan. - Kor Marin Amerika Syarikat (AS) akan melancarkan siasatan berhubung satu rakaman video yang menunjukkan askar AS di Afghanistan dipercayai membuang air kecil ke atas mayat pejuang Taliban yang disiarkan di YouTube dan laman web lain.
Gambar yang dipetik daripada video tidak bertarikh dalam YouTube menunjukkan tentera Marin AS kencing ke atas mayat militan Taliban di Afghanistan. - REUTERS
Dalam video itu, empat lelaki berpakaian seragam tempur celorong-celoreng kelihatan membuang air kecil ke atas mayat tiga pejuang Taliban.
Seorang daripada mereka secara bergurau berkata, 'selamat jalan, kawan', manakala seorang lagi membuat jenaka lucah mengenai mandi di bawah pancuran.

12 Jan 2012

Changi Airport, Singapore paling sibuk di dunia

SINGAPURA 12 Jan. – Lapangan Terbang Changi menjadi lapangan terbang paling sibuk di dunia dalam mengendalikan pesawat A380 apabila lebih 200 penerbangan menggunakan pesawat itu dilakukan ke 10 bandar utama di seluruh dunia pada setiap minggu.
Menteri Pengangkutan Singapura, Lui Tuck Yew berkata, perkembangan rangkaian pengangkutan udara negara ini menyaksikan Changi menjadi medium utama apabila mengendalikan lebih 6,000 penerbangan setiap minggu sejak November lalu.