• Maklumat Terkini Covid-19

    Klik untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan Covid-19 seperti jumlah kes baharu, kes sembuh baharu dan kematian baharu.

  • Facebook Fanpage

    Klik untuk mendapatkan perkongsian terus melalui fanpage. Terdapat sesetengah perkongsian yang hanya dibuat melalui fanpage sahaja.

  • Ciapan Twitter

    Klik untuk mengikuti kemaskini secara terus melalui twitter.

  • Youtube Channel

    Klik untuk menonton video tutorial beserta dengan penerangan terperinci di channel youtube.

  • Kisah 25 Rasul

    Bermula 4 May 2020, satu kisah nabi dari 25 Rasul akan dikongsi setiap hari dan dijangka akan tamat selepas Hari Raya Aidilfitri. Semoga kita semua mendapat manfaat.

Memaparkan catatan dengan label vaksinasi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label vaksinasi. Papar semua catatan

10 Jun 2021

WHO puji program vaksinasi Covid-19 Indonesia

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memuji komitmen Indonesia untuk mempercepat dan mengoptimumkan program vaksinasi nasionalnya sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan pandemik Covid-19.


Menurut Pegawai Imunisasi WHO untuk Indonesia, Olivi Silalahi, Indonesia adalah antara negara dengan program vaksinasi yang berjaya.



Silahi dipetik Agensi Berita Antara sebagai berkata, Indonesia berada di tangga kedua dalam kalangan negara-negara dengan paling ramai penduduk di dunia yang sudah memberi vaksin Covid-19 kepada warga negaranya.


Lebih 17.7 juta penduduk Indonesia sudah menerima dos pertama vaksin COVID-19, manakala lebih 11.1 juta sudah melengkapkan dos kedua mereka.


Indonesia melancarkan program vaksinasi pada 13 Januari lalu, menggunakan vaksin Sinovac, AstraZeneca dan Sinopharm.



Kerajaan Indonesia mensasarkan untuk memvaksin lebih 40 juta orang pada fasa pertama dan kedua program vaksinasi nasional, mengutamakan petugas kesihatan, pekerja perkhidmatan awam, dan warga emas.


Vaksinasi pekerja perkhidmatan awam, termasuk guru dan warga emas, masih diteruskan di beberapa bahagian negara itu yang mempunyai populasi 270 juta.

18 Apr 2021

Ketua Pengarah Kesihatan gesa penerima vaksin Covid-19 patuh semua langkah kesihatan awam dan SOP

 

Seramai 40 kakitangan Kementerian Kesihatan (KKM) yang selesai menjalani proses vaksinasi dengan menerima dua dos suntikan dikesan dijangkiti COVID-19.


Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata daripada jumlah itu, sembilan kes dijangkiti dalam tempoh lebih dari dua minggu selepas dos kedua dan 31 kes lagi dijangkiti kurang dari dua minggu.


Beliau berkata, ia jelas menunjukkan langkah kesihatan awam termasuk pematuhan prosedur operasi standard (SOP) masih perlu dilaksanakan kerana COVID-19 masih boleh dijangkiti walaupun selepas melengkapkan vaksinasi, namun dengan gejala kurang serius.



"Seramai 142 kakitangan kesihatan pula dijangkiti selepas dos pertama, namun mereka yang dijangkiti itu mempunyai gejala kurang teruk," katanya di Facebook, di sini, hari ini.


Melalui perkongsian grafik di Facebooknya itu, Dr Noor Hisham berkata, daripada 426 kakitangan kesihatan yang mengambil vaksin, 244 atau 57 peratus tidak dikesan dijangkiti COVID-19 selepas selesai program vaksinasi.


Pada masa sama, beliau berkata, mereka yang sudah menyelesaikan program vaksinasi tidak boleh mengambil ringan semua langkah kesihatan awam dan SOP.


"Meskipun vaksin memberikan sinar untuk kita melawan COVID-19, namun jangan kita membuat kesilapan dengan mengambil mudah langkah berjaga-jaga.


"Ini kerana tiada yang selamat sehingga semuanya selamat. Semua diminta untuk terus mematuhi langkah kesihatan awam 3W iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (wash), memakai pelitup separuh muka di tempat awam atau jika bergejala (wear) dan amaran daripada KKM yang lebih berkonsep peringatan (warn).


"Selain itu, elakkan 3C iaitu jauhi kawasan sesak (crowded), kawasan sempit (confined) dan elak sembang atau bertutur dengan jarak dekat (close)," katanya.


Sementara itu, dalam muat naik di akaun Twitternya, Noor Hisham menjelaskan definisi vaksinasi lengkap adalah hanya selepas dua minggu seseorang itu menerima suntikan dos terakhir atau dos kedua.


Sehingga Khamis lalu, seramai 434,301 individu dalam kumpulan fasa pertama Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) sudah melengkapkan dua dos suntikan vaksin mereka.


Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba dilaporkan berkata, seramai 671,589 individu menerima dos pertama sehingga Khamis lalu, menjadikan jumlah keseluruhan pemberian dos pertama dan kedua vaksin COVID-19 di negara ini adalah 1,105,890.


40 kakitangan KKM dijangkiti COVID-19 selepas selesai vaksinasi

Pautan : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/04/807772/40-kakitangan-kkm-dijangkiti-covid-19-selepas-selesai-vaksinasi