• Maklumat Terkini Covid-19

    Klik untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan Covid-19 seperti jumlah kes baharu, kes sembuh baharu dan kematian baharu.

  • Facebook Fanpage

    Klik untuk mendapatkan perkongsian terus melalui fanpage. Terdapat sesetengah perkongsian yang hanya dibuat melalui fanpage sahaja.

  • Ciapan Twitter

    Klik untuk mengikuti kemaskini secara terus melalui twitter.

  • Youtube Channel

    Klik untuk menonton video tutorial beserta dengan penerangan terperinci di channel youtube.

  • Kisah 25 Rasul

    Bermula 4 May 2020, satu kisah nabi dari 25 Rasul akan dikongsi setiap hari dan dijangka akan tamat selepas Hari Raya Aidilfitri. Semoga kita semua mendapat manfaat.

Memaparkan catatan dengan label varian. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label varian. Papar semua catatan

20 Ogo 2021

Bekas pesakit SARS imun varian COVID-19

 

Pakar mendapati pesakit yang pulih daripada jangkitan Pernafasan Akut Teruk (SARS) pada 2003 memiliki imuniti terhadap semua varian COVID-19 yang diketahui.


Mereka yang menerima vaksin Pfizer-BioNTech itu dapat menghasilkan antibodi untuk meneutralkan semua varian COVID-19 yang diketahui selain mampu mengatasi coronavirus haiwan yang berpotensi.



Penemuan ini dapat membantu menghasilkan suntikan penggalak atau 'booster', yang mungkin menyasarkan secara khusus virus SARS-CoV-1 yang bertanggungjawab terhadap wabak SARS pada 2003.


The Straits Times melaporkan, kajian saintis Sekolah Perubatan Duke-NUS dan Pusat Nasional Penyakit Berjangkit (NCID) itu diterbitkan dalam laporan The New England Journal of Medicine semalam.


Dalam menguji hipotesis mereka, penyelidik mendapatkan lapan orang yang pulih daripada SARS-CoV-1, 10 orang yang sihat dan 10 yang pulih daripada COVID-19.


Penyelidik program Penyakit Berjangkit Baharu (EID) Duke-NUS dan pengarang kanan kajian itu, Dr Wanni Chia, berkata pasukannya membandingkan tindak balas imun tiga kumpulan itu sebelum dan selepas mereka diberi vaksin COVID-19.


"Sebelum mendapat vaksin, mereka yang pulih daripada SARS mempunyai antibodi peneutralan yang dapat dikesan terhadap virus SARS-CoV-1, tetapi mempunyai sedikit atau tidak ada antibodi terhadap virus SARS-CoV-2.


"Namun, selepas menerima dua dos vaksin Pfizer, mereka yang menjalani kajian ini menunjukkan tahap antibodi peneutralan tinggi terhadap dua virus terbabit selain spektrum antibodi yang luas terhadap 10 sarbecovirus.


"Ini ialah kumpulan virus terdiri daripada SARS-CoV-1 dan SARS-Cov-2, yang menyebabkan COVID-19 serta sejumlah coronavirus yang disebarkan antara haiwan seperti kelawar, tenggiling dan musang," katanya.


Penyelidik program Duke-NUS EID, Prof Wang Linfa, berkata dengan pengetahuan baru itu, vaksin penggalak boleh dihasilkan bagi meningkatkan perlindungan seseorang daripada varian COVID-19, dan potensi penyakit SARS-CoV-3 atau SARS-CoV-4.


"Pasukan ini juga sedang berusaha menghasilkan rawatan COVID-19 menggunakan antibodi daripada pesakit SARS yang pulih dan sudah divaksin terhadap COVID-19.


"Bagi kajian lebih lanjut, kami berharap dapat merekrut lebih ramai pesakit SARS yang pulih termasuk mereka yang masih belum mendapat suntikan COVID-19, bagi menyiasat jumlah perlindungan yang dapat ditawarkan daripada satu suntikan.


"Ini termasuk mereka yang disuntik dengan vaksin lain seperti Moderna dan Sinovac, bagi memahami tahap perlindungan yang dapat diberikan," katanya.


Pihaknya juga percaya hasil yang sama akan diperoleh walaupun vaksin yang berbeza digunakan, namun mengakui bahawa secara ilmiah, perlu ada data sebenar untuk membuktikannya. - AGENSI


Antibodi bekas pesakit SARS mampu atasi varian COVID-19

Pautan : https://www.bharian.com.my/dunia/asean/2021/08/853511/antibodi-bekas-pesakit-sars-mampu-atasi-varian-covid-19

11 Jul 2021

Wanita 90 tahun positif Covid-19 varian Alpha dan Beta serentak

 

Seorang wanita berusia 90 tahun yang meninggal dunia akibat COVID-19, dikesan dijangkiti varian Alpha dan Beta serentak, kata penyelidik di Belgium hari ini, yang menyifatkan fenomena luar biasa itu kemungkinan dipandang mudah.


Wanita warga emas yang belum divaksin itu tinggal sendirian dan menerima penjagaan di rumah dimasukkan ke Hospital OLV di bandar Aalst, Belgium, selepas terjatuh dan didapati positif COVID-19 pada hari yang sama.


Tahap oksigen wanita itu pada mulanya baik, namun kemudian merosot dengan cepat dan meninggal dunia lima hari kemudian.


Ketika kakitangan perubatan menjalankan ujian mengesan kehadiran varian membimbang (VOC), mereka mendapati mangsa dijangkiti strain Alpha yang berasal dari Britain dan Beta yang kali pertama dikesan di Afrika Selatan.


"Kedua-dua varian itu menular di Belgium pada masa yang sama, jadi kemungkinan wanita ini dijangkiti virus berbeza daripada dua orang yang berbeza.


"Malangnya, kami tidak tahu bagaimana dia dijangkiti," kata ahli biologi molekul, Anne Vankeerberghen dari Hospital OLV yang mengetuai penyelidikan itu.


Vankeerberghen berkata, sukar untuk mengatakan jangkitan bersama itu memainkan peranan kepada kemerosotan cepat keadaan pesakit.


Penyelidikan itu yang masih belum dihantar kepada jurnal perubatan untuk penerbitan, dibentangkan pada Kongres Eropah Mikrobiologi Klinikal dan Penyakit Berjangkit.


Dalam satu kenyataan media, Vankeerberghen berkata, tiada 'kes lain diterbitkan' yang sama dengan jangkitan bersama itu dan menyifatkan 'fenomena itu kemungkinan dipandang mudah'.


Katanya, ini disebabkan ujian terhad yang dijalankan bagi VOC dan menggesa penggunaan ujian Polymerase Chain Reaction (PCR) pantas bagi mengesan mutasi varian yang diketahui. - AFP


Wanita 90 tahun dijangkiti dua varian COVID-19 serentak

Pautan : https://www.bharian.com.my/dunia/eropah/2021/07/837989/wanita-90-tahun-dijangkiti-dua-varian-covid-19-serentak

11 Jan 2021

Mutasi varian UK B.1.1.7 dikesan di Malaysia

 

Satu kes Covid-19 varian UK B.1.1.7 dikesan di Malaysia hari ini.


Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes itu dilaporkan dari seorang pengembara yang mempunyai sejarah perjalanan ke United Kingdom pada Disember lalu.


"Pengembara ini didapati positif pada 28 Disember lalu dan (sudah) diasingkan untuk rawatan lanjut.



"Sejak Oktober 2020, Kementerian Kesihatan (KKM) melakukan pemantauan terhadap kesemua pengembara dari negara yang melaporkan kes mutasi varian UK B.1.1.7 ini termasuk United Kingdom, Belanda, Singapura, Turki, Filipina dan India.


Satu kes Covid-19 varian UK B.1.1.7 dikesan di Malaysia hari ini.


Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes itu dilaporkan dari seorang pengembara yang mempunyai sejarah perjalanan ke United Kingdom pada Disember lalu.


"Pengembara ini didapati positif pada 28 Disember lalu dan (sudah) diasingkan untuk rawatan lanjut.


"Sejak Oktober 2020, Kementerian Kesihatan (KKM) melakukan pemantauan terhadap kesemua pengembara dari negara yang melaporkan kes mutasi varian UK B.1.1.7 ini termasuk United Kingdom, Belanda, Singapura, Turki, Filipina dan India.


Menurutnya, setakat 11 Januari lalu, tiada penularan dalam negara dikesan berkaitan virus mutasi UK B.1.1.7 itu.


"KKM melalui Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) dan Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC) Kebangsaan akan sentiasa memantau perkembangan mutasi UK B.1.1.7 ini dan akan memaklumkan dari semasa ke semasa.


"Walaupun mutasi UK B.1.1.7 ini tidak didapati menyebabkan simptom yang teruk, ia boleh menular dengan mudah dan cepat," katanya.


Noor Hisham menasihati orang ramai sentiasa mengamalkan kebersihan kendiri dengan kerap membasuh tangan, memakai pelitup muka di tempat awam, dan menjaga penjarakan fizikal setiap masa.


Kes Covid-19 varian UK B.1.1.7 dikesan di Malaysia hari ini

Sumber : https://www.hmetro.com.my/utama/2021/01/662897/kes-covid-19-varian-uk-b117-dikesan-di-malaysia-hari-ini