• Maklumat Terkini Covid-19

    Klik untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan Covid-19 seperti jumlah kes baharu, kes sembuh baharu dan kematian baharu.

  • Facebook Fanpage

    Klik untuk mendapatkan perkongsian terus melalui fanpage. Terdapat sesetengah perkongsian yang hanya dibuat melalui fanpage sahaja.

  • Ciapan Twitter

    Klik untuk mengikuti kemaskini secara terus melalui twitter.

  • Youtube Channel

    Klik untuk menonton video tutorial beserta dengan penerangan terperinci di channel youtube.

  • Kisah 25 Rasul

    Bermula 4 May 2020, satu kisah nabi dari 25 Rasul akan dikongsi setiap hari dan dijangka akan tamat selepas Hari Raya Aidilfitri. Semoga kita semua mendapat manfaat.

Memaparkan catatan dengan label warga. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label warga. Papar semua catatan

13 Jun 2021

Kerajaan disaran pertimbang pemberian vaksin kepada pembantu rumah warga asing

 

Kerajaan disaran mempertimbangkan pemberian vaksin kepada pembantu rumah warga asing dalam pelaksanaan fasa ketiga Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram Padang, Datuk L Manickam, berkata cadangan itu bukan berniat membelakangkan rakyat Malaysia dalam usaha vaksinasi.



Namun, katanya, kebanyakan golongan itu tinggal bersama majikan masing-masing, sekali gus berisiko mengakibatkan jangkitan COVID-19 kepada seluruh isi rumah.


Tambahan pula, beliau berkata, pembantu rumah bukan hanya menjalankan kerja rutin seperti memasak, malah turut menjadi pengasuh kepada anak majikan.


"Selain itu, ada yang menjaga orang tua dan orang sakit terlantar seperti diarahkan oleh majikan.


"Justeru, saya berpendapat mereka perlu dipertimbangkan untuk senarai penerima vaksin pada fasa ketiga program imunisasi," katanya dalam satu kenyataan.


Mengulas lanjut, Manickam berkata, beliau akan membawa cadangan itu kepada pengetahuan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan, supaya dapat dibentangkan kepada Kabinet dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).


Kerajaan disaran pertimbang vaksinasi amah asing

Pautan : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/06/826960/kerajaan-disaran-pertimbang-vaksinasi-amah-asing

17 Mei 2021

40000 dos vaksin Covid-19 untuk warga emas dan OKU

 

Sebanyak 40,000 dos vaksin Covid-19 akan diasingkan bagi tujuan vaksinasi kumpulan warga emas dan orang kurang upaya (OKU) yang menjadi kumpulan sasar Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dalam Program Imunisasi Covid-19 (PICK) fasa kedua.


KPWKM dalam satu kenyataan berkata, permohonan untuk tujuan itu telah dibuat kepada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) agar proses vaksinasi kepada kumpulan sasar terbabit dapat dipercepatkan.



Katanya, setakat ini, sebanyak enam institusi penjagaan warga emas di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah diberikan tarikh pemberian vaksin oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM) yang bermula 5 Mei lalu.


Untuk rekod, terdapat 15 institusi warga emas di bawah JKM di seluruh negara dengan jumlah keseluruhan penghuni sebanyak 2,081 setakat 30 April lalu.


“KPWKM melalui JKM telah mengemukakan senarai nama seramai 68,003 kumpulan sasar terdiri daripada 48,564 warga emas dan 19,439 OKU yang berdaftar untuk diberi suntikan vaksin dalam fasa kedua PICK.


“Daripada jumlah 48,564 warga emas, ia merangkumi ahli Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) dan penghuni institusi-institusi seliaan KPWKM.


“Bagi jumlah 19,439 OKU pula, ia terdiri daripada pelatih Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK),” katanya di sini hari ini.


Pada masa sama, KPWKM berkata, kementerian melalui JKM juga sentiasa membuat pemantauan prosedur operasi standard (SOP) pencegahan penularan Covid-19 ke atas 382 buah pusat jagaan warga emas dan 196 buah pusat jagaan OKU yang berdaftar di bawah JKM.


Katanya, sehingga 11 Mei lalu, sebanyak 404 pusat jagaan telah dibuat pemantauan.


“KPWKM juga menyeru kepada seluruh kumpulan sasar agar memberikan kerjasama sepenuhnya dengan mendapatkan vaksinasi Covid-19 mengikut tatacara yang telah ditetapkan oleh kerajaan.


“Ini demi memastikan program vaksinasi di negara ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan,” katanya.


Untuk keterangan lanjut berkenaan, mereka boleh melayari http://www.VaksinCovid.gov.my dan menghubungi Talian Kasih 15999 atau talian WhatsApp 019 – 2615999 yang beroperasi 24 jam sehari.


40,000 dos vaksin untuk warga emas, OKU

Pautan : https://www.kosmo.com.my/2021/05/17/40000-dos-vaksin-untuk-warga-emas-oku/

26 Mac 2021

Cacing pita sepanjang 18 meter punca warga emas deritai sakit perut

 

Seorang lelaki di Thailand terkejut apabila mendapati sakit perut dialaminya berpunca daripada cacing pita sepanjang 18 meter di dalam badannya.


Ia adalah rekod cacing pita paling panjang pernah dikeluarkan dari tubuh manusia di Thailand sejak 50 tahun.


Daily Star melaporkan pesakit berusia 67 tahun dari wilayah Nong Khai itu pada mulanya menderita kembung perut sejak awal Mac lalu.



Dia kemudian pergi ke hospital dan doktor mengambil sampel najisnya untuk ujian.


Hasil ujian mengandungi 28 larva infektif dipercayai berasal daripada daging lembu yang dijangkiti dan tidak dimasak.


Mereka memberi ubat kepada pesakit sebelum parasit itu keluar dari punggungnya pada keesokan harinya iaitu 20 Mac.


Rakaman yang diambil di Pusat Penyelidikan Penyakit Parasit menunjukkan dua doktor terkejut dan menuang air ke sebahagian besar cacing pita.


Kemudian, mereka menggunakan forseps untuk melakukan bedah siasat terhadap parasit itu dan meletakkannya di atas tikar plastik merah.


Jurucakap Pusat Penyelidikan Penyakit Parasit berkata, cacing pita jenis Taenia Saginata lebih 18 meter ditemui daripada seorang pesakit.


"Dia diberi ubat cacing sebelum tidur dan pada waktu pagi cacing panjang ini keluar dari punggungnya," katanya.


Lelaki itu diberi ubat dan diminta untuk mengubah tabiat pemakanannya.


Dr Schawanya Rattanapitoon yang mengetuai pasukan itu berkata, jangkitan itu disebabkan individu makan daging lembu mentah.


Katanya, parasit ini dapat hidup dalam badan manusia untuk tempoh lebih 30 tahun.


"Kami mencadangkan supaya keluarga pesakit juga menjalani ujian perubatan untuk mengetahui sama ada mereka mempunyai parasit sama.


"Kami juga mengingatkan kepada mereka untuk tidak terus memakan daging mentah kerana itu adalah salah satu penyebab utama parasit dalam badan. '


Taenia saginata biasanya dikenali sebagai cacing pita daging lembu adalah sejenis parasit yang dapat hidup dalam usus manusia sehingga 30 tahun.


Manusia boleh dijangkiti ketika mereka memakan daging lembu mentah yang mengandungi larva infektif.


Cacing 18m dalam perut

Pautan : https://www.hmetro.com.my/utama/2021/03/688072/cacing-18m-dalam-perut

15 Jul 2020

Pekerja kilang warga asing mohon kerja guna Mykad palsu


Melalui carian di laman web Jabatan Pendaftaran Negara, terdapat 12 permohonan yang berkaitan dengan kad pengenalan.



Kad Pengenalan
Pautan : https://www.jpn.gov.my/category/perkhidmatan/kad-pengenalan/


Kebelakangan ini kita sering mendengar kes - kes pemalsuan Mykad yang berjay ditumpaskan dalam operasi Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Dalam serbuan oleh penguatkuasa JPN awal tahun 2019, hasil soal siasat mendapati Mykad palsu dijual dengan harga serendah RM200 dan pendedahan diceritakan seorang remaja berusia 16 tahun dari Filipina selepas ditahan JPN dalam Operasi Terancang di kawasan rumah pangsa kos rendah di Nilai Perdana.


Remaja itu yang dikesan mempunyai MyKad seorang lelaki lain berusia 23 tahun dari Batu Sapi, Sabah itu mengaku ditawarkan MyKad oleh seorang ejen di Sabah sebaik tiba di negeri itu pada 2018.

Katanya, dia menggunakan MyKad itu dan berjaya memperoleh kerja di sebuah kilang di Nilai walaupun gambar di MyKad itu tidak sama dengan mukanya.

'Kad biru' RM200 [METROTV]
Pautan : https://www.hmetro.com.my/utama/2019/01/417201/kad-biru-rm200-metrotv


JPN sedang melakukan siasatan dalaman bagi memastikan tiada kes berhubung pengeluaran sijil kelahiran dan kad pengenalan secara penipuan berleluasa.

JPN dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur pada bulan September tahun 2019, memaklumkan pihaknya juga akan mengkaji semula serta menambah baik prosedur pengeluaran sijil kelahiran dan kad pengenalan bagi memastikan tiada ruang penyelewengan serta salah guna kuasa oleh pihak tidak bertanggungjawab.


“Merujuk kepada kes pendakwaan seorang pegawai JPN atas tuduhan aktiviti mengeluarkan sijil kelahiran dan kad pengenalan secara penipuan di Pulau Pinang, JPN mengulangi pendirian tegas bahawa jabatan ini tidak akan berkompromi terhadap sebarang salah laku pegawai serta kakitangan yang terbabit dalam pengeluaran dokumen pengenalan diri secara tidak sah.

Jual MyKad: JPN lakukan siasatan dalaman
Pautan : https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/09/495963/jual-mykad-jpn-lakukan-siasatan-dalaman

Terbaru 11 pekerja kilang warga asing ditahan kerana memiliki Mykad palsu dalam operasi Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di sebuah kilang di Jalan Bukit Kemuning, Batu 6, Shah Alam, Selangor.

"JPN turut mengingatkan pihak pengurusan kilang supaya memastikan mereka yang diambil bekerja mestilah mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.

"JPN tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang didapati terbabit dalam kegiatan sebegini," katanya.


Menurutnya, operasi penguatkuasaan akan sentiasa dilaksanakan di seluruh negara bagi membanteras penyalahgunaan dokumen kad pengenalan.

Guna Mykad palsu, mohon kerja kilang
Pautan : https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/07/600327/guna-mykad-palsu-mohon-kerja-kilang


Saya menyambut baik ketegasan pihak JPN untuk mengambil tindakan kepada pihak majikan yang culas. Memberi sedikit imbuhan / penghargaan bagi pemberi maklumat sehingga tertangkap si pelaku  dilihat sebagai satu inisiatif yang perlu dipertimbangkan oleh pihak JPN.

18 Mac 2020

Warga Tua positif Covid-19 ancam sebar virus meninggal dunia

Bermula hari ni 18 Mac bermulalah penguatkuasaan perintah kawalan pergerakan bagi membendung penularan Covid-19. Menurut kefahaman saya tentang isu ini, penawar bagi Covid-19 masih belum ditemui dan ini bermakna tidak ada cara yang spesifik untuk merawat pesakit yang positif Covid-19.

Menerusi perkongsian seorang doktor di laman sosial facebook, Covid-19 hanya akan menetap dan berkembang biak dalam badan untuk suatu masa tertentu sebelum berpindah ke perumah baru (badan baru). Jadi bertepatan dengan penguatkuasaan yang telah dibuat, di harap rantaian Covid-19 akan terputus sepenuhnya selepas 14 hari.

Perdana Menteri Malaysia ke 8,  Tan Sri Dato' (Dr) Haji Muhyiddin bin Haji Muhammad Yassin tidak menolak kemungkinan untuk melanjutkan tempoh kawalan pergerakan atau mengambil tindakan yang selainnya sekiranya usaha ini tidak memberikan hasil yang diharapkan. Kenyataan ini dibuat ekoran sikap "tidak ambil peduli" segelintir masyarakat yang tidak mempedulikan perintah kawalan pergerakan.

Cukup dengan isu dalam negara, beberapa hari lepas seorang warga tua yang positif Covid-19 telah mengancam untuk menyebarluaskan virus namun akhirnya meninggal dunia selepas 2 minggu kemudian. Berita penuh : Lelaki ancam sebar Covid-19 maut

Sebagaimana diwar-warkan sebelum ini, Covid-19 hanya menyerang mangsa yang mempunyai daya tahan tubuh yang lemah disebabkan oleh faktor penyakit, usia dan sebagainya. Seorang nenek berumur 103 tahun di Iran yang merupakan wanita tertua kedua yang telah pulih sepenuhnya Covid-19. Berita penuh : Wanita 103 tahun pulih jangkitan Covid-19

Semoga ujian ini akan cepat berlalu...

21 Okt 2010

9 anak hantar ibu ke pusat jagaan warga emas kerana kuat makan

JOHOR BAHRU: Hanya dengan alasan ibu kuat makan, seorang wanita tua yang lumpuh separuh badan dihantar anaknya ke pusat jagaan warga emas. Lebih menyedihkan, wang pencen arwah suami yang sepatutnya menjadi haknya turut dikaut sembilan zuriatnya itu setiap bulan.


Wanita berusia 84 tahun yang hanya mahu dikenali sebagai Aminah, dihantar ke pusat jagaan selepas semua anaknya bersikap lepas tangan mengenai kebajikannya sedangkan ada antara mereka berjawatan tinggi termasuk bergelar profesional.

Akibatnya, Aminah bergantung sepenuhnya terhadap ihsan pihak lain bagi meneruskan kehidupan walaupun dia sebenarnya berhak mendapat pencen arwah suami RM700 sebulan.