• Maklumat Terkini Covid-19

    Klik untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan Covid-19 seperti jumlah kes baharu, kes sembuh baharu dan kematian baharu.

  • Facebook Fanpage

    Klik untuk mendapatkan perkongsian terus melalui fanpage. Terdapat sesetengah perkongsian yang hanya dibuat melalui fanpage sahaja.

  • Ciapan Twitter

    Klik untuk mengikuti kemaskini secara terus melalui twitter.

  • Youtube Channel

    Klik untuk menonton video tutorial beserta dengan penerangan terperinci di channel youtube.

  • Kisah 25 Rasul

    Bermula 4 May 2020, satu kisah nabi dari 25 Rasul akan dikongsi setiap hari dan dijangka akan tamat selepas Hari Raya Aidilfitri. Semoga kita semua mendapat manfaat.

Memaparkan catatan dengan label warna. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label warna. Papar semua catatan

21 Jan 2020

Tutorial Microsoft Excel 2016 Conditional Formatting (Bahagian 3)

Tutorial Microsoft Excel 2016 (Tahap Pertengahan)

Conditional Formating (Performatan Bersyarat)
Bahagian 3

Kita telah mempelajari cara mewarnakan sel bedasarkan nilai-nilai angka pada sel, membuat bar data, skala warna dan memasukkan set ikon (arah, bentuk, indikator dan penarafan) di Bahagian 1 dan Bahagian 2. Sebelum ini kita hanya menggunakan rules (peraturan-peraturan) yang telah tersedia.

Di tahap pertengahan, kita akan belajar cara membuat rule sendiri untuk membuat perkara yang sama seperti sebelum ni.

Di bahagian 3, kita akan format sel yang dipilih berdasarkan nilai yang ditentukan. Kali ini kita akan belajar untuk buat;
a. skala 2 warna 
b. skala 3 warna 
c. bar data 
d. set ikon

Untuk memulakan, New Rule pada Conditional Formatting diklik.

Tutorial Microsoft Excel 2016 Conditional Formatting (Bahagian 2)

Tutorial Microsoft Excel 2016 (Tahap Asas)

Conditional Formatting (Penformatan Bersyarat)
Bahagian 2

Di bahagian ini, kita akan melihat beberapa pilihan seterusnya yang terdapat di conditional formatting iaitu membuat bar data, skala warna dan memasukkan set ikon (arah, bentuk, indikator dan penarafan).

Set ikon biasanya digunakan untuk membuat penarafan contohnya membezakan tahap penguasaan pekerja/pelajar, pemarkahan dan sebagainya.

Fungsi ini nampak ringkas tetapi memberikan impak yang besar bagi sesebuah pembentangan data.

30 Mei 2013

Lintah Pink ditemui di Australia!!

Lintah-lintah berwarna merah jambu hanya terdapat di kawasan Gunung Kaputar di negeri New South Wales, Australia.

Sebelum ini, sejumlah penduduk tempatan telah melaporkan tentang penemuan lintah gergasi itu selepas hujan turun.

Lintah tersebut boleh membesar sehingga 20 sentimeter panjang. Haiwan itu bersembunyi di sebalik daun-daun.

2 Nov 2012

Udang karang berwarna oren dan hitam

Seekor udang karang unik berwarna oren dan hitam yang sinonim dengan warna hari Halloween diberikan rumah baharu di Akuarium New England di sini, Amerika Syarikat (AS). 

Orang ramai terutama kanak-kanak akan memakai kostum menyeramkan pada perayaan tersebut yang dikaitkan dengan elemen hantu dan disambut pada setiap 31 Oktober di AS. Udang betina seberat 450 gram itu yang diberi nama Split, ditangkap di perairan Lautan Atlantik dekat bandar Salem, dalam negeri Massachusetts pada minggu lalu.

"Haiwan ini memang memiliki belang oren hitam," kata seorang jurucakap pusat akuarium tersebut berhubung spesies yang jarang ditemui itu. Bahagian kiri udang tersebut berwarna hitam, manakala warna oren terdapat di sebelah kanannya.


Mengulas mengenai keganjilan tersebut, beberapa pakar biologi marin berkata, warna pelik itu mungkin disebabkan oleh pemecahan sel semasa proses persenyawaan. Hidupan laut itu bakal dipamer kepada orang ramai selepas tempoh kuarantin tamat.

"Dianggarkan terdapat cuma seekor udang karang seperti ini dalam setiap 50 hingga 100 juta udang karang," ujar pihak akuarium berkenaan. Udang karang pada kebiasaannya berwarna hijau. - Agensi

20 Okt 2009

aku sebiji bola

Buat bacaan umum…………………

Tidak banyak yang aku tahu tentang tempat asal-usulku. Sebab ketika masih berstatus getah keping aku telah dihantar ke England. Yang aku tahu, di Malaysia sana ramai penduduknya yang berjiwa Scouser walaupun secara zahirnya mereka makan tempoyak dan budu. Kebanyakan dari mereka ini tidak pernah menjejakkan kaki ke Liverpool.

Bukan macam aku. Ketika umur masih getah sekeping aku telah menjejakkan kaki di Liverpool. Kapal yang aku naik dari Pelabuhan Klang selama beberapa bulan akhirnya tiba di Pelabuhan Liverpool. Alhamdulillah, sepanjang perjalanan kami tidak dirampok oleh lanun-lanun Somalia.