• Maklumat Terkini Covid-19

    Klik untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan Covid-19 seperti jumlah kes baharu, kes sembuh baharu dan kematian baharu.

  • Facebook Fanpage

    Klik untuk mendapatkan perkongsian terus melalui fanpage. Terdapat sesetengah perkongsian yang hanya dibuat melalui fanpage sahaja.

  • Ciapan Twitter

    Klik untuk mengikuti kemaskini secara terus melalui twitter.

  • Youtube Channel

    Klik untuk menonton video tutorial beserta dengan penerangan terperinci di channel youtube.

  • Kisah 25 Rasul

    Bermula 4 May 2020, satu kisah nabi dari 25 Rasul akan dikongsi setiap hari dan dijangka akan tamat selepas Hari Raya Aidilfitri. Semoga kita semua mendapat manfaat.

2 Nov 2010

Ameng Spring di penjara 2 bulan, denda RM4,000

KUALA LUMPUR: “Saya reda dengan keputusan ini dan menganggap semua yang terjadi adalah ujian daripada Allah,” kata Ameng, 42, ketika ditemui pemberita di kaunter jaminan Mahkamah di sini semalam.

Vokalis kumpulan spring itu berkata demikian selepas dikenakan hukuman dua bulan penjara dan denda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret selepas didapati bersalah terhadap pertuduhan memasukkan dadah jenis ganja ke dalam badannya, April lalu.


Majistret Zaki Asyraf Zubir menjatuhkan hukuman itu selepas berpuas hati pihak pendakwaan berjaya menimbulkan keraguan melampaui munasabah di akhir pembelaan terhadap Ameng.

Beliau turut memerintahkan Ameng atau nama penuhnya Wan Aminuddin Wan Ismail dikenakan tiga tahun pengawasan daripada Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan sekiranya gagal menjelaskan denda, dia boleh dikenakan empat bulan penjara.

1 Nov 2010

saman JPJ boleh bayar di pejabat pos

JERANTUT: Pengguna jalan raya yang disaman Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di sekitar Lembah Klang, boleh membayar saman mereka di lima pejabat pos, masing-masing tiga di ibu negara dan dua di Selangor bermula hari ini.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Solah Mat Hassan berkata, buat permulaan, lima kaunter akan dibuka di Daya Bumi; Wangsa Maju; Jalan Sultan Salahuddin; Shah Alam dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam.
“Bagaimanapun, langkah itu percubaan namun jika mendapat sambutan baik, kita akan teruskan (buka kaunter) di 688 pejabat pos seluruh negara menjelang akhir November bagi kemudahan semua pengguna di negeri lain.

“Sebelum ini, saman JPJ hanya boleh dibayar melalui dua saluran saja iaitu di kaunter JPJ dan e-Khidmat. Kami lihat ada kesukaran kepada pengguna jalan raya untuk membayar saman terutama penduduk yang berada di luar bandar.

“Justeru kami sudah mengadakan perbincangan dengan pihak Pos Malaysia untuk merealisasikan perkara ini malah sebelum ini orang ramai juga boleh memperbaharui cukai jalan dan lesen di pejabat pos,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan penutup Program Satu Komuniti Satu JPJ (PSKS) di Sekolah Menengah Kebangsaan Lepar Utara di sini, semalam.
Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lepar, Mohd Shohaimi Jusoh dan Pengarah JPJ negeri, Datuk Zakaria Man. Pada program itu 431 calon daripada 180 warga emas dan 251 Orang Asli berjaya mendapat lesen memandu kelas B2.

TV Alhijrah dilancar hari ini

SEBAGAI sesi pengenalan, stesen televisyen kerohanian, TV Alhijrah yang pernah diperkatakan sebelum ini akan mula beroperasi mulai jam 3 petang ini sehingga 12 tengah malam.

Selepas hampir dua tahun diperkatakan mengenai kewujudan stesen ini, TV Alhijrah operasi siaran sepenuhnya pada Disember yang akan menyajikan pelbagai program berbeza dengan memberikan perspektif Islam.

TV Alhijrah ditubuhkan sebagai syarikat yang dikenali sebagai Alhijrah Media Corporation dan dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan serta diletakkan di bawah penguasaan Jabatan Perdana Menteri (JPN).


Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, kewujudan stesen televisyen berlandaskan Islam itu sebagai memberi pilihan kepada penonton yang menekankan nilai Islam di dalamnya.

“TV Alhijrah ini adalah untuk memberi pilihan kepada penonton tempatan dan mensasarkan kepada semua peringkat usia. Golongan muda, remaja dan kanak-kanak adalah golongan terbesar yang menonton iaitu sebanyak 63 peratus dan selebihnya adalah penonton biasa.