• Maklumat Terkini Covid-19

    Klik untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan Covid-19 seperti jumlah kes baharu, kes sembuh baharu dan kematian baharu.

  • Facebook Fanpage

    Klik untuk mendapatkan perkongsian terus melalui fanpage. Terdapat sesetengah perkongsian yang hanya dibuat melalui fanpage sahaja.

  • Ciapan Twitter

    Klik untuk mengikuti kemaskini secara terus melalui twitter.

  • Youtube Channel

    Klik untuk menonton video tutorial beserta dengan penerangan terperinci di channel youtube.

  • Kisah 25 Rasul

    Bermula 4 May 2020, satu kisah nabi dari 25 Rasul akan dikongsi setiap hari dan dijangka akan tamat selepas Hari Raya Aidilfitri. Semoga kita semua mendapat manfaat.

19 Jun 2020

Honda Malaysia panggil balik 55,354 model 2018 dan 2019 bagi tujuan penggantian pam bahan api


Tugas utama pam bahan api adalah untuk mengepam bahan api ( petrol atau diesel) masuk ke dalam enjin. Kebiasaannya pam bahan api terbahagi kepada 2 jenis iaitu jenis mekanikal dan elektronik. 

Jenis mekanikal kebiasaanya digunakan pada kenderaan
jenis carburator dan kedudukannya berada di ruangan enjin. Manakala jenis elektronik pula kebiasaannya digunakan pada enjin jenis injection dan kedudukannya berada didalam tangki bahan api.

Bahan api digunakan untuk menyejukkan motor fuel pump,oleh itu JANGAN amalkan selalu dengan membiarkan bahan api anda (petrol/diesel) sentiasa berada diparas minima atau dengan kata lain paras minyak selalu dibiarkan hampir habis.

Ini boleh menyebabkan motor fuel pump anda kepanasan dan terbakar atau short,amalan ini juga secara tidak langsung akan menyebabkan tangki bahan api anda mudah berkarat dan tidak tahan lama.Ia akan menelan kos yang agak besar apabila tangki petrol juga turut sama rosak.


Oleh itu selalu pastikan petrol anda sentiasa berada diparas maksimum atau sekurang-kurangnya diparas setengah tangki,dengan ini hayat fuel pump anda akan tahan lebih lama.

JBT AUTO Centre
Pautan : https://www.facebook.com/157288228009039/posts/infofuel-pumppam-bahan-apitugas-utama-fuel-pump-adalah-untuk-mengepam-bahan-api-/215966138807914/



HONDA Malaysia memanggil balik 55,354 unit kenderaan untuk penggantian pam bahan api selaras dengan langkah pasaran Honda global.

Kenderaan yang perlu melakukan penggantian itu membabitkan model dari 2018 iaitu Accord, BR-V, Civic, HR-V dan HR-V Hybrid.

Untuk model 2019 antara yang terlibat ialah City Hybrid, Jazz dan Jazz Hybrid serta Model CR-V untuk tahun pembuatan 2018 dan 2019.

Menurut kenyataan Honda Malaysia hari ini, tiada sebarang insiden membabitkan alatan itu dilaporkan di negara ini.

Namun sebagai langkah pencegahan ia perlu diganti bagi mengelakkan kemungkinan kenderaan kehilangan kuasa enjin atau terhenti.

Honda juga memohon maaf atas kesulitan yang timbul dan menyatakan model Honda keluaran tahun 2020 tidak terlibat dengan penarikan semula produk tersebut.

Semua pelanggan yang terjejas akan dimaklumkan menerusi surat pemberitahuan dan digesa untuk menghubungi mana-mana pengedar sah untuk urusan temu janji.


Proses penggantian adalah percuma dan ditanggung sepenuhnya oleh pihak Honda Malaysia.

Honda panggil balik 55,354 kenderaan
Pautan : https://www.hmetro.com.my/vroom/2020/06/591102/honda-panggil-balik-55354-kenderaan

Gaji penjawat awam akan dipotong dan tiada bonus tahun ini


Ini berita yang kurang enak untuk dikongsikan. Ditambah lagi sekarang seluruh dunia sedang bergelut dengan pandemik covid-19. Terkadang keputusan yang tidak popular perlu dilaksanakan oleh pihak kerajaan. Diharap pihak yang terkesan dengan keputusan ini dapat menghadapi ujian ini dengan tabah dan semoga pandemik Covid-19 cepat berlalu.

Berita Harian Singapura melaporkan, dengan keadaan ekonomi muram itu, kerajaan Singapura telah memutuskan bahawa tiada bonus pertengahan tahun akan diberikan kepada penjawat awam tahun ini.

Malah, pegawai awam dalam gred 'superscale' akan dipotong gaji sekali sebanyak 0.5 hingga 1 bulan, dengan mereka yang bergaji lebih tinggi dikenakan potongan gaji lebih besar.


Ini berikutan potongan gaji yang diumumkan sebelum ini membabitkan pegawai kanan perkhidmatan awam dalam kedudukan kepimpinan utama yang dipotong gaji sebanyak 0.5 bulan pada Februari lalu.

Pengumuman itu dibuat Jabatan Perkhidmatan Awam dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Keputusan itu diambil selepas jabatan itu membuat rundingan dengan kesatuan sektor awam.

"Berdasarkan anggaran terkini, Kementerian Perdagangan dan Perusahaan menurunkan ramalan pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) 2020 kepada -7.0 peratus hingga -4.0 peratus daripada ramalan sebelumnya iaitu -4.0 peratus hingga -1.0 peratus," kata kenyataan itu.


Potong gaji penjawat awam, tiada bonus tahun ini
Pautan : https://www.hmetro.com.my/global/2020/06/591181/potong-gaji-penjawat-awam-tiada-bonus-tahun-ini

18 Jun 2020

NASA ulas penemuan tulang manusia di Marikh


Marikh mempunyai tempat penting dalam imaginasi manusia disebabkan dipercayai ada makhluk hidup di Marikh. Ini disebabkan perjumpaan "terusan Marikh" oleh Percival Lowell (13 Mac 1855 – 12 November 1916), seorang penulis dan ahli astronomi Amerika yang menyatakan ia merupakan struktur buatan oleh penduduk planet Marikh dan perubahan kegelapan/kecerahan yang telah menyebabkan beliau percaya ada pertumbuhan vegetatif di Marikh. 

Di situ berpuncanya cereka tentang makhluk planet Marikh. Sekarang, pemerhatian Percival Lowell telah dikatakan tersesat dan dilabelkan sebagai paritan lama akibat pergerakan air pada zaman dahulu-kala.

Pada tahun 2000, terdapat penyelidikan terhadap meteorit yang dikatakan mempunyai fosil hidupan purba Marikh. Sehingga tahun 2004, kehidupan di planet Marikh masih tidak mendapat jawapan yang tetap dan tepat.Mengikut kajian, pada tahun 2003 planet ini telah berubah putarannya sehingga kini. Perubahan putaran ini telah menyebabkan pelbagai kesan kepada bumi, antaranya pelbagai perubahan cuaca dan sebagainya.

Marikh
Pautan : https://ms.wikipedia.org/wiki/Marikh


Terdapat beberapa laporan sebelum ini yang menyatakan adanya tulang seperti paha manusia kelihatan di planet Marikh.

Menurut portal berita Metro.co.uk pada 14 Jun lalu, sebuah kenderaan Agensi Pentadbiran Angkasa Kebangsaan (NASA) milik Amerika Syarikat (AS), Curiosity yang meninjau planet itu berjaya merakamkan gambar seperti seketul tulang paha manusia pada 14 Ogos 2014.

Penemuan itu menyebabkan tersebarnya kenyataan bahawa gambar tersebut menjadi bukti bahawa terdapat makhluk yang pernah berjalan di Marikh.

Portal berita Express pula melaporan NASA sebagai berkata: "Tiada tulang mengenainya (tulang paha manusia). Dilihat oleh kenderaan peninjau dengan menggunakan MastCam, tulang batu itu mungkin kelihatan seperti paha manusia.

"Anggota-anggota pasukan misi sains berpendapat bentuknya kelihatan seperti terhakis oleh hakisan sama ada oleh angin atau air."


Bukan tulang paha manusia di Marikh: NASA
Pautan : https://www.sinarharian.com.my/article/88279/GLOBAL/Bukan-tulang-paha-manusia-di-Marikh-NASA

Kerusi roda selesai masalah pundi renang ikan emas


Seorang pereka fesyen berjaya membina kerusi roda untuk ikan emas kesayangannya yang sukar berenang akibat kecacatan di Seoul.

Daily Mail melaporkan, Henry Kim, 32, berusaha mencari idea di enjin carian Google sebelum mengolahnya sendiri menggunakan bahan plastik bagi membolehkannya membantu ikan itu terapung.

Ikan terbabit mengalami penyakit pundi renang yang menyebabkannya sama ada terapung secara terbalik atau tenggelam di dalam akuarium.

Menurut Kim, sebelum ini banyak daripada ikan emas peliharaannya mati akibat penyakit itu sekali gus mendorongnya mencari jalan menyelamatkan ikan terbabit.

“Penyakit pundi renang boleh berpunca daripada pelbagai sebab seperti terlebih makan atau air yang kotor.

“Keadaan ini sering terjadi kepada ikan emas yang diimport dari Thailand atau China.


“Ikan emas yang mengalami penyakit ini hanya boleh hidup untuk beberapa bulan saja dan saya amat bertuah kerana kerusi roda ini memberi peluang ikan peliharaan hidup sehingga lima bulan. Ia membantunya terapung dan hidup lebih lama,” katanya.



Ikan emas dapat 'kerusi roda'
Pautan : https://www.hmetro.com.my/global/2019/07/477385/ikan-emas-dapat-kerusi-roda


Seorang lelaki di Texas sanggup membuat ‘kerusi roda’ untuk ikan emas yang menghidap penyakit yang menyebabkan ia tidak dapat terapung di dalam air.

Lelaki dikenali sebagai Derek, 20, itu yang bekerja di sebuah kedai akuarium di San Antonio, Texas berkata, dia tidak sampai hati melihat ikan itu cuma mampu ‘duduk’ di dasar akuariumnya.

“Saya membeli tiub yang selalunya digunakan untuk pengudaraan tangki ikan dan melilitnya keliling ikan berkenaan.

“Kemudian saya menambah injap pada bahagian bawah yang berfungsi seperti ‘kerusi’ untuk menegakkannya.


“Selain itu, saya turut meletakkan pemberat di bawah ‘kerusi’ berkenaan manakala stirofoam digunakan untuk membantu apungan dan memudahkan pergerakannya,” katanya.



Kerusi roda bantu ikan emas terapung
Pautan : https://www.hmetro.com.my/node/213877

16 Jun 2020

Laporan Mingguan Program Pencegahan Wabak Covid-19 di tempat kerja


Bermula 10 Jun 2020, Laporan Mingguan Program Pencegahan Wabak Covid-19 di Tempat Kerja perlu dilaporkan melalui one stop centre di pautan : https://notification.miti.gov.my


Ini bermakna laporan tidak perlu dibuat setiap hari sepertimana sebelum ni. Pihak MITI juga telah mengemaskini one stop centre.

Kepada yang baru pertama kali membuat laporan mingguan, anda boleh rujuk artikel saya yang sebelum ini untuk mendapatkan informasi cara pendaftaran.

Laporan Harian Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) V2.0 MITI
Pautan : https://www.simiey.info/2020/05/laporan-harian-prosedur-operasi.html



Makluman: Pertanyaan berkaitan sistem CIMS

Segala pertanyaan berkenaan sistem CIMS boleh diajukan kepada Malaysia Automotive Robotics & IoT Institute (MARii). Pertanyaan boleh dibuat dengan menghantar emel kepada cims@marii.my


Makluman: Notifikasi bagi Kluster/Sektor Sukan

Segala pertanyaan berkenaan notifikasi bagi kluster/sektor Sukan boleh diajukan kepada Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Pertanyaan boleh dibuat dengan menghantar emel kepada feedback@kbs.gov.my atau menghubungi talian tertera di bawah
03-88713773
03-88713434
03-88713506

Ralat dalam pengiraan bacaan sebenar bil elektrik


Bermula Mei 2020, Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah memulakan kembali kaedah mengambil bacaan sebenar pada meter. Difahamkan, pada 2 bulan sebelumnya bil dikeluarkan berdasarkan bacaan anggaran.

Apa yang menjadi persoalan para pengguna TNB adalah jumlah bil yang diterima agak tinggi dari kebiasaannya dan didakwa terdapat kesilapan dalam pengiraan. Rungutan ini turut menarik perhatian Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Ahmad Amzad Hashim
dan mendesak agar pihak TNB menjelaskan teknik pengiraan elektrik yang dibuat agar dapat menyelesaikan kekeliruan.

Katanya, sekiranya ada kelemahan pada kaedah pengiraan sehingga berlaku tambahan bebanan kepada pengguna yang bukan akibat penggunaan elektrik yang luar biasa tetapi oleh kaedah pengiraan yang mengikut blok tarif ditentukan yang bertambah luar biasa kerana ia dijumlahkan untuk tiga bulan, hal itu perlu diselesaikan.

TNB perlu jelaskan teknik pengiraan bil elektrik
Pautan : https://www.sinarharian.com.my/article/87421/BERITA/Nasional/TNB-perlu-jelaskan-teknik-pengiraan-bil-elektrik


Namun begitu, Kementerian Tenaga dan Sumber Asli mengesahkan tiada sebarang kesilapan berlaku dalam pengiraan bil oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang didakwa melambung tinggi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

Menterinya, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, perkara itu kemungkinan berlaku disebabkan salah faham segelintir pengguna yang keliru dengan kaedah pengiraan dilakukan syarikat utiliti terbabit.

"Satu perkara yang saya nak sebut, apa juga kaedah pengiraan, TNB tidak boleh membuat sewenangnya, ia hanya boleh dilakukan setelah ia diluluskan Suruhanjaya Tenaga (ST).

"Sebagai sebuah badan yang mempunyai autoriti, ST bertanggungjawab mengawal selia apa juga berkaitan isu itu dan saya nyatakan di sini bahawa kaedah pengiraan yang dimaklumkan kepada rakyat itu telah pun diluluskan," katanya.

[DIKEMASKINI] Pengguna keliru kaedah kira bil TNB: Menteri
Pautan : https://www.sinarharian.com.my/article/85236/BERITA/Nasional/[DIKEMASKINI]-Pengguna-keliru-kaedah-kira-bil-TNB-Menteri


Terdahulu saya pernah berkongsi artikel yang berkaitan dengan Diskaun Rangsangan Ekonomi bagi penggunaan elektrik mulai 1/4/2020 sehingga 30/9/2020. Melihat kepada kadar bacaan sebenar bil baru-baru ni, nampak gayanya ramai yang hanya akan menikmati diskaun sebanyak 15 peratus.

Cara cek dan bayar bil elektrik sepanjang PKP
Pautan : https://www.simiey.info/2020/04/cara-cek-dan-bayar-bil-elektrik.html


Sebagai salah seorang pengguna TNB, saya juga agak terkejut apabila melihat amaun yang tercatat pada bil elektrik yang telah diterima. Saya telah mengambil inisiatif untuk meneliti bil diterima dan berkongsi apa yang saya faham dengan pembaca.



1. Sekiranya bacaan sebenar diambil bagi tempoh 3 bulan, secara logiknya blok tarif (kWh) perlu didarab 3.
Blok tarif dan kadar
200kWh pertama = RM0.218
100kWh berikutnya = RM0.334
300kWh seterusnya = RM0.516

Bil diterima : (607x0.218)+(303x0.334)+(192x0.516) = RM332.60

Dapat diperhatikan blok prorata yang dimasukkan dalam pengiraan telah melebihi dari tarif, malah sekiranya didarab 3, angkanya sudah melebihi 3 kali ganda.

Kemungkinan besar terdapat pengiraan tertentu yang telah dibuat oleh pihak TNB.


2. Berapa jumlah anggaran sebenar dan amaun yang telah dibayar. 

Pada bahagian keterangan bil, jumlah anggaran terdahulu ialah RM119.36. Apabila dicampurkan dengan amaun bil terdahulu RM43.45. Maka jumlah anggaran adalah RM162.81.

Saya telah membuat pembayaran sebanyak RM70 secara konsisten bermula penghujung Mac, April dan Mei dengan jumlah keseluruhan RM210. Mengikut pengiraan , sepatutnya terdapat lebihan bayaran sebanyak RM47.19
Namun tunggakan yang dinyatakan RM-26.55.

Secara logiknya begitu lah pengiraannya, seperti dikatakan sebelum ini selagi belum dikeluarkan secara rasmi cara pengiraan yang telah dibuat..pengiraan ini kekal sebagai "anggapan" sahaja...

Saya juga telah mengambil inisiatif memohon penerangan terperinci berkenaan kekeliruan yang dihadapi melalui aplikasi myTNB. Statusnya sedang diproses dan akan dijawab dalam sikit masa lagi.



---------------------------------------------------------------------------------
Update

Wakil TNB Kulai, Johor telah menelefon saya pada 18 June 2020. Daripada penerangan terperinci yang telah diberikan, saya berpuas hati dengan amaun bil elektrik yang diterima. 

Bagi kes saya, kekeliruan timbul kerana saya telah menjumlahkan jumlah bayaran dibuat pada penghujung bulan Mac, April dan May. Sedangkan bayaran bulan 3 adalah penggunaan elektrik sehingga 13 Mac 2020, sebelum PKP bermula.

Pegawai berkenaan juga turut berkongsi berdasarkan analisa ringkas kepada pertambahan bil elektrik saya, penyumbang utama adalah peti televisyen dan kipas yang mana telah digunakan dalam tempoh lebih lama dari sebelumnya. Saya akui kebenarannya kerana pada kebiasaanya kedua peralatan elektrik ini amat minima pada siang hari.
--------------------------------------------------------------------------



Pengerusi TNB, Dato' Mahdzir Khalid di laman facebooknya telah mengeluarkan kenyataan mengenai isu ini dan petikannya sepertimana di bawah;



Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera kepada seluruh Rakyat Malaysia yang dikasihi.

Apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mula dikuatkuasakan pada 18 Mac lalu, operasi bacaan meter TNB terpaksa dihentikan buat sementara waktu. Oleh yang demikian, bacaan meter secara anggaran terpaksa dilakukan dan dihantar kepada para pelanggan TNB untuk tempoh dua bulan (Mac dan April) melalui aplikasi myTNB.

Sejajar dengan perkembangan semasa, operasi bacaan sebenar meter TNB telah dimulakan kembali sejak 15 Mei yang lalu. Bil terkini yang diterima oleh para pelanggan adalah penggunaan sebenar sejak PKP bermula.

Saya mengambil maklum akan keluh kesah dan rungutan yang diluahkan oleh Rakyat Malaysia setelah menerima bil TNB tersebut.

Oleh itu, selaku Pengerusi TNB, saya dan seluruh pengurusan TNB serta Kementerian Tenaga dan Sumber Asli bersama-sama Suruhanjaya Tenaga sedang meneliti beberapa mekanisma untuk menangani rungutan yang disuarakan. InsyaAllah, doakan kami menemui jalan penyelesaiannya.

Adalah menjadi misi saya untuk merakyatkan TNB apabila ditawarkan jawatan sebagai Pengerusi TNB oleh YAB Perdana Menteri. Misi ini akan kekal selagi saya menyandang jawatan tersebut.

Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk menafikan dakwaan sesetengah pihak yang sedikit nakal mengenai elaun yang diterima oleh saya sebagai Pengerusi TNB. Elaun sebenar yang diterima adalah jauh lebih rendah. Cukup saya katakan terlalu rendah daripada apa yang ditularkan.

Saya amat berharap penjelasan yang dinyatakan ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan keresahan dalam kalangan Rakyat Malaysia seterusnya memberikan kelegaan.

#bilTNB #PKP #prorata



Diharap isu ini dapat diselesaikan dengan segera dan tiada pihak yang terluka..


Selingan : Artikel berkaitan bil elektrik

Bayar bil elektrik dengan hasil pertanian seperti ubi kayu, pisang, ayam dan itik
Pautan : https://www.simiey.info/2016/01/bayar-bil-elektrik-dengan-hasil.html

14 Jun 2020

Bekas pesakit Covid-19 terkejut kos rawatan RM4.7 juta


Sebagaimana yang diketahui umum, pesakit yang positif Covid-19 akan ditempatkan di Hospital Sungai Buluh, Hospital Shah Alam dan Hospital Rehabilitasi Cheras untuk menjalani rawatan lanjut. Tempoh rawatan ini bergantung kepada keputusan beberapa ujian dan proses ini memerlukan masa yang agak lama agar pesakit benar-benar pulih sepenuhnya.

Menurut Dr Noor Hisham, jabatan sedia ada dari dua tingkat yang dikosongkan itu dipindahkan ke fasiliti perubatan berhampiran supaya Hospital Sungai Buloh boleh menumpukan kepada penyakit berjangkit seperti kes-kes COVID-19.

Apabila ditanya sama ada hospital untuk penyakit berjangkit di Sungai Buloh adalah buat sementara waktu sehingga wabak itu berakhir, ketua pengarah kesihatan itu berkata: "Ada permintaan supaya kami mendapatkan hospital bagi penyakit berjangkit, maka kami akan jadikan Hospital Sungai Buloh sebagai hospital untuk penyakit berjangkit yang kekal."


Beliau berkata selain Hospital Sungai Buloh sebagai pusat perubatan yang dikhususkan merawat kes COVID-19, Hospital Shah Alam dan Hospital Rehabilitasi Cheras turut memainkan peranan yang sama.



Hospital Sungai Buloh bakal dijadikan hospital untuk penyakit berjangkit
Pautan : http://www.astroawani.com/berita-malaysia/hospital-sungai-buloh-bakal-dijadikan-hospital-untuk-penyakit-berjangkit-233100


Bila bercakap tentang kos, boleh dikatakan rakyat Malaysia sememangnya sangat beruntung kerana kos rawatan yang dikenakan oleh hospital-hospital kerajaan jauh lebih rendah dari negara-negara lain. Namun begitu, mutu perkhidmatan dan rawatan yang diberikan jelas setanding malah jauh lebih efisien.

Caj Rawatan
Pautan : https://www.moh.gov.my/index.php/pages/view/162


Setakat ni tiada rungutan atau komplen yang didengari dari bekas pesakit Covid-19 yang telah sembuh melainkan pujian kepada pihak kakitangan hospital yang telah memberikan perkhidmatan yang amat cemerlang. 

Menceritakan pengalamannya ketika disahkan dijangkiti COVID-19, adik perempuan kepada kes kesembilan dan kes pertama jangkitan tempatan itu berkata, beliau tidak dapat menerima berita itu dan tidak pernah menjangka COVID-19 akan membabitkan keluarga dan dirinya

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada kakitangan hospital itu kerana memberi layanan yang baik, sepanjang menjalani rawatan.


Wanita itu turut menyeru orang ramai supaya bertenang dan saling membantu antara satu sama lain, selain tidak perlu risau untuk mendapatkan pertolongan atau pun bantuan perubatan, jika mempunyai gejala jangkitan.

COVID-19: Pesakit ke-13 cerita pengalaman kembali pulih
Pautan : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/02/658188/covid-19-pesakit-ke-13-cerita-pengalaman-kembali-pulih


Ceritanya, seorang warga emas Amerika Syarikat (AS) berusia 70 tahun yang hampir mati akibat COVID-19, terkejut apabila menerima bil perbelanjaan hospital berjumlah AS$1.1 juta (RM4.7 juta), lapor Seattle Times.

Michael Flor dimasukkan ke sebuah hospital di bandar sebelah barat laut AS pada 4 Mac lalu, dan tinggal selama 62 hari, dan pada satu ketika hampir mati sehingga jururawat terpaksa menghubungi isteri dan anaknya untuk mengucapkan selamat tinggal.

Bagaimanapun, lelaki berkenaan pulih dan disahkan bebas daripada jangkitan COVID-19 pada 5 Mei lalu sehingga mengejutkan petugas hospital itu, dan kemudian menerima bil sebanyak 181 halaman berjumlah AS$1,122,501.04, katanya kepada akhbar itu.

Jumlah perbelanjaan itu termasuk AS$9,736 sehari untuk bilik rawatan intensif, hampir AS$409,000 bayaran transformasi menjadi bilik steril selama 42 hari, AS$82,000 untuk penggunaan ventilator selama 29 hari, dan hampir AS$100,000 untuk dua hari ketika prognosisnya mengancam nyawa.


Flor dilindungi oleh Medicare, program insurans kerajaan untuk warga emas, sekali gus dia tidak memerlukan keluar wang sendiri, menurut Times.



Warga emas bekas pesakit COVID-19 terima bil rawatan AS$1.1 juta
Pautan : https://www.bharian.com.my/dunia/amerika/2020/06/700102/warga-emas-bekas-pesakit-covid-19-terima-bil-rawatan-as11-juta


Beberapa negara lain turut mengambil inisiatif seperti membayar 90% daripada kos hospital dan menanggung kos untuk merawat pesakit COVID-19 yang diambil dari negara jiran.

Dalam ucapan pertemuan Pasukan Petugas Kebangsaan untuk Menghadapi Covid-19, Presiden Iran Hassan Rouhani dilaporkan berkata Iran telah memperkuatkan lagi sistem penjagaan kesihatannya termasuk meningkatkan peruntukan untuk rawatan kesihatan rakyat.

"Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, asas-asas sistem penjagaan kesihatan sangat kuat dimana sesiapa yang datang ke hospital kosnya dibayar 90% oleh kerajaan, dan anda melihat pesakit di negara-negara yang berbeza perlu membayar 130 dollar untuk ujian pertama dan mereka juga perlu membayar kos tambahan untuk setiap hari apabila mereka tinggal di hospital."

“Negara kita harus bangga dengan rancangan ini, semuanya bekerja bersama dan anda dapat melihat hari ini bahawa kita telah menjadi lebih integrasi daripada hari-hari sebelumnya."


“Hari ini, di samping penyakit Covid-19, terdapat perpaduan di seluruh negara,” kata Hassan Rouhani.



90% kos rawatan Covid-19 ditanggung oleh kerajaan, kata Presiden Iran
Pautan : https://malaysiadateline.com/90-kos-rawatan-covid-19-ditanggung-oleh-kerajaan-kata-presiden-iran/


Jerman akan menanggung kos untuk merawat pesakit COVID-19 yang diambil dari negara jiran Kesatuan Eropah (EU) sebagai tanda muhibah, kata Menteri Kesihatan Jens Spahn hari ini.


Jerman telah terhindar dari krisis COVID-19 terburuk yang dialami oleh beberapa negara jirannya di Eropah, dan telah mengambil pesakit - terutama dari Perancis - untuk menghilangkan tekanan pada sistem penjagaan kesihatan mereka yang berlebihan.

Sehingga penghujung April 2020, ekonomi terbesar di Eropah itu mempunyai lebih 140,000 kes yang disahkan dan 4,404 kematian, sementara Sepanyol dan Itali masing-masing melaporkan lebih 20,000 kematian.

Perancis mempunyai hampir 20,000 kematian sementara Britain lebih daripada 16,000.

Jerman mempunyai 28,000 katil di unit rawatan rapi sebelum bermulanya krisis dan sejak itu jumlahnya meningkat menjadi 30,000.


Lebih 12,600 katil masih kosong semalam, menurut Persatuan Antara Jurusan untuk Perubatan Intensif dan Kecemasan (DIVI).



COVID-19: Jerman tanggung kos rawatan pesakit warga asing
Pautan : https://www.bharian.com.my/dunia/eropah/2020/04/679626/covid-19-jerman-tanggung-kos-rawatan-pesakit-warga-asing